Tips Beli Saham Di Bursa Malaysia

tab

Pelabur saham dapat dipecahkan kepada 2 kategori.

  1. Pelabur yang tidak ada masa
  2. Pelabur yang mempunyai masa

Masa untuk apa ?

Masa untuk membuat penyelidikan sendiri tentang sesuatu syarikat.

Jadi kita mulakan dahulu dengan mereka yang tidak mempunyai masa untuk membuat penyelidikan sendiri untuk melabur.

1. Pelabur Yang TIDAK Ada Masa

Tuan fokus kepada perkara berikut:

  1. Syarikat-syarikat yang menjadi index constituent di Bursa Malaysia
  2. Dana unit trust yang spesifik menjejak prestasi indeks saham

Bagi kebanyakan pelabur dalam kelompok ini, cara yang sesuai adalah dengan membuat teknik dollar cost averaging.

2. Pelabur Yang ADA Masa

Sekurang-kurangnya ada 3 cara yang dapat digunakan untuk kalian.

(i) Beli Syarikat Yang Dijual Lebih Murah Dari Nilai

Kena mula bezakan harga dan nilai.

Harga adalah apa yang kita bayar. Nilai adalah apa yang kita dapat.

Tempat untuk bermula adalah dengan membaca penyata kewangan syarikat yang dilaporkan setiap tahun dalam laporan tahunan. Dari situ kita dapat mengira modal syarikat seperti Net Tangible Asset (NTA), jumlah hutang jangka pendek & jangka panjang seterusnya keuntungan sesebuah syarikat.

Elakkan membeli syarikat yang sedang dijual melebihi nilai wajar (fair value). Kita mencari syarikat-syarikat yang dijual pada harga diskaun iaitu harganya lebih murah dari nilai wajar.

(ii) Beli Syarikat Yang Ada Potensi Berkembang

Selepas sudah biasa dengan strategi (i).

Maka berkenalanlah dengan apa yang dimaksudkan dengan growth, future value, profitability.

Selalunya syarikat-syarikat yang kita jumpa dengan cara ini adalah syarikat-syarikat yang bersifat small cap to medium cap. Sebab syarikat sebegini masih ada ruang untuk membesar dalam industri mereka sendiri.

Berbeza dengan strategi (i), apabila melibatkan growth calculation maka ianya menjadi sangat subjektif. Kemahiran menggunakan financial ratio sahaja tidak mencukupi. Kita perlukan business acumen yang baik untuk menilai sesebuah syarikat yang baik. Lebih banyak yang kita tahu mengenai perniagaan maka ia adalah lebih baik.

(iii) Special Situation

Pasaran saham bukan pasaran yang 100% rasional.

Selain itu, Bursa Malaysia mempunyai hampir 1 ribu syarikat yang sahamnya boleh dijual beli.

Maka, adalah mustahil untuk seseorang pelabur itu dapat mengetahui setiap satu yang berlaku untuk setiap syarikat tersebut. Sedangkan ada aktiviti korporat tertentu yang dibuat.

Antaranya ialah merger & acquistion, spinoff, share repurchase, assets sales dan sebagainya. Adalah sangat baik jika kita dapat fokus dalam strategi ini. Apa yang diperlukan dalam strategi ini adalah kena rajin membaca. Dan sudah pasti sumber bacaan yang diterima itu adalah sumber yang dapat dipercayai.

Syarikat-syarikat di Bursa Malaysia terikat dengan regulasi. Mereka perlu memaklumkan kepada Bursa Malaysia malah ada aktiviti yang memerlukan kebenaran mahkamah sebelum ia dapat dilaksanakan. Maka, sudah pasti kita perlu meneliti dokumen yang berkaitan.

Belajar Selalunya Lebih Mudah

Untuk mempelajari strategi-strategi yang disebutkan adalah lebih mudah.

Apa yang sukar adalah bertindak seterusnya bersabar menantikan harga kembali kepada nilai yang sepatutnya.

Pasaran adakalanya mengambil masa yang lama untuk sedar untuk realise value sesuatu syarikat. Maka, jika kita dapat mengesannya lebih awal sudah tentu ianya menguntungkan kita.

Dan sudah pasti kita kena yakin dengan analisa yang dibuat.

You are neither right nor wrong because the crowd disagrees with you. You are right because your data and reasoning are right. – Benjamin Graham

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.