Time Value of Money (2)

Terima kasih tuan puan yang memberikan komen dan pandangan dalam post sebelum ini.

Teori Time Value of Money adalah begini.

1. Adakah RM 50,000 yang ada pada hari ini sama dengan RM 50,000 setahun akan datang ?

Selepas menjawab persoalan itu, maka kita perlu menimbang persoalan seterusnya, antaranya:

a. Sekiranya RM 50,000 itu diletakkan dalam pelaburan ASB (7%) misalnya, setahun akan datang ia akan menjadi RM 53,500.

b. Sekiranya, kita membuat pembiayaan 100% kereta berharga RM 50,000 dengan kadar keuntungan 4%  selama setahun, jumlah pembayaran adalah RM 52,000. Pembayaran bulanan adalah RM 4,333.33 sebulan.

Maka, apa yang lebih baik?

Sudah tentu ada banyak faktor lain yang diambil kira. Namun, jika kita boleh membuat perkiraan yang baik dalam hal ini sudah tentu kita boleh membuat keputusan yang lebih bijak dalam perancangan kewangan kita.

Sebab itulah adakalanya kita “sengaja” berhutang dengan bank khususnya apabila kita mempunyai kemahiran bisnes dan pelaburan untuk menggandakan wang tunai yang ada di tangan.

Pada sesetengah orang, hutang merupakan perkara yang mengerikan. Betul, jika kita tidak ada cashflow yang baik.

Atas faktor-faktor yang ditulis ini juga, setiap dari kita perlu ada plan kewangan yang berbeza. Kita boleh beri kepada beberapa orang wang tunai yang sama banyak, tetapi hasilnya berbeza.

About the author: Suzardi Maulan, penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang dan 2 tutorial online; Panduan Cashflow & Panduan Saham Untuk Pelabur Baru. Sila klik sini untuk membaca profil penuh.

10 comments… add one

  • hadyz Oct 8, 2010

    Yes!! betul tu pakdi… lain org lain plan nya…. setiap org berbeza hasilnya….

    xsalah kita pinjam bank walaupn kita ada cash yg banyak… yang penting kita tahu manage hutang kita… hutang tetep kena bayar….

  • Urus Hutang Oct 8, 2010

    Maknanya, duit RM50K tunai tu bukanlah satu-satunya aset yang kita ada.

    Duit dari sumber lain juga diperlukan seperti gaji, bisnes dan sebagainya untuk membayar ansuran bulanan tersebut ….

  • Pakdi Oct 8, 2010

    Ia lebih kepada persoalan, apakah pilihan yang terbaik dalam urusan kewangan. Meminjam, habiskan tunai, melabur, simpan bawah bantal dll dan sudah tentukan disesuaikan dengan situasi kewangan sendiri

  • alhamidi Oct 8, 2010

    Beli kereta ada ‘hidden costs’

    1) Insurans (first time beli kereta lagi naya, NCD 0%)
    2) Cukai Jalan
    3) Caj Servis (takkan setahun tak servis lgsg?)

    Mahal juga jadinya..

    Memang betul, banyak faktor yang menentukan apa yang terbaik. Pokoknya..MERANCANG sebelum membeli..!

  • Amin007.Ledang Oct 9, 2010

    jadi beli kereta secara hutang atau tunai bergantung sejauh mana kita mampu uruskan aset-aset kita?

    atau lebih baik dapatkan cashflow yang banyak dari aset-aset kita untuk bayar bulanan kereta yang bank “jual balik” dekat kita dengan “bunga” yang banyak sekali

  • 2bz4money Oct 10, 2010

    Pilihan samada ‘wealthy’ nak appreciate or depreciate..TWM menentukan nilai kekayaan anda. Penjimatan boleh dibuat via Cost Benefit Analysis (CBA) dalam membuat keputusan. Pelaburan berisiko rendah seperti ASB yang memberi ROI 7% atau Pembelian kereta baru yang nilainya menyusut lebih 10% setahun.

  • khairul Oct 11, 2010

    Masukkan RM50,000 dalam ASB.
    Cagarkan Sijil ASB utk dapatkan FD.
    Guna FD untuk bayar kereta secara ‘cash’.
    Bulan2 kita bayar interest FD shj.
    mana lagi murah, interest FD or Kereta(kalau hutang)?

  • eezone Oct 13, 2010

    gunakan 50k tu labur dalam hartanah (aku prefer lelong). Kalau kena gaya, dalam setahun dua dah boleh beli kereta tu cash rm50k n dapat rumah..bulan2 duit rumah tenant bayar..

  • sahimi Oct 14, 2010

    kalau kena gaya?kalau tak kena gaya, bole rugi..cuba terang skit…bab2 labur dlm hartanah ni lemah skit..guane nak bagi kena gaya tu?

  • Altisan Oct 19, 2010

    Salam, Semua best gak blog nie… terima kasih bgi saya pendapt sikit & share my experience… sya ade 50K hri tur… sya pon msk itut FD/OD and keluar… sharekan duit OD tdi kat sedara for business at the meantime, sya mintak jadik share partner business dia tur….. lpas tur.. tiap2 blan byar balik habiskan utang RM50K OD/FD tdi… sya kenakan intrst OD itu ajer… tapi sya dapt share comission about 10~15%… itu dari business base hasil jualan… business sya ckp tadi 3biji restoren 1biji mini martket….So kat sini kita nampak FD sya ade masok…business ade share and tiap2 bln duit kita pinjam tur pun masok balik O/D tadi… pulangan ditetapkan sampai 2thn ajer… lpas tur repeat balik from first…… Tapi apa2 pon partner kita tur kena lah jujur…tpi sya angap semua invertment ade risk dia… so sya rase inila risk yg sya ambik… setahu sya aje… sorry bnyk menulis…..

Leave a Comment