Tentang Membuat Penyucian Dividen KWSP

Apakah dividen yang diperoleh dari KWSP perlu disucikan (cleansing).

Jika memilih Simpanan Shariah ?

Ini jawapan dari Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP.

Sekiranya saya memilih Simpanan Shariah, adakah akaun saya perlu disucikan dari sebarang pendapatan tidak patuh Syariah?

Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) telah memutuskan pertukaran ke Simpanan Shariah dikecualikan daripada penyucian dividen. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah diadakan pada 18 Ogos 2015 juga telah memutuskan KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Shariah. Walau bagaimanapun, sekiranya ada ahli yang ingin melakukan penyucian dividen secara individu, ahli boleh melakukannya dengan merujuk kepada garis panduan penyucian dividen yang ditetapkan oleh JKPS.

Sumber laman web Simpanan Shariah KWSP.

Ketika nota ini disediakan, ahli JKPS ialah:

  1. Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin (Pengerusi)
  2. Prof. Madya Dr. Aznan Hasan
  3. Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
  4. Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali
  5. Dr. Kamaruzaman Noordin

About the author: Nak cari individu yang boleh bercakap tentang urus duit untuk organisasi anda ? >>Klik sini untuk keterangan lanjut<<

Comments on this entry are closed.