Tentang Hutang Personal Loan

Ramai orang ambil pembiayaan peribadi.

Orang bank memang suka betul mereka yang ada slip gaji.

Maka banyak tawaran personal financing datang kepada individu-individu ini. Tawaran dapat RM 100 ribu sekelip mata, dan boleh bayar ansur-ansur. Tetapi hati-hati jika tidak benar-benar faham kesan yang berlaku terhadap poket masing-masing. Jika faham maka sudah pasti soalan seperti di bawah tidak dihantar kepada saya:

Pakdi, ada tak cara-cara untuk selesaikan hutang pembiayaan peribadi ?

Sebagai jawapan, cara untuk setel hutang personal loan ialah bayar semula hutang-hutang tersebut. Dah namanya pun hutang, sudah tentu wajib dibayar.

Maka apabila ada niat untuk buat pembiayaan peribadi, baik dari urusan apa pun dari memerlukan wang tunai untuk berkahwin, down payment beli rumah, sebagai modal bisnes dan seterusnya maka (3) perkara ini yang perlu diketahui terlebih dahulu.

1. Personal Loan Adalah Duit Masa Hadapan Kita Sendiri

Ditambah dengan keuntungan bank.

Maksudnya, kita tak mahu simpan RM 1 ribu sebulan selama 10 tahun tetapi memilih untuk mendapatkan RM 100 ribu hari ini juga. Dah dapat tunai dari pembiayaan peribadi, maka ramai yang berbelanja sesuka hati.

2. Cashflow Bulan-Bulan Habis

Sebab setiap bulan kena bayar semula kepada bank.

Awal-awal memanglah seronok. Duit masih ada. Nanti bila duit pembiayaan peribadi dah habis guna, maka ketika itu pasti terasa sempit sebab duit gaji belum sempat rasa dah kena tolak siap-siap.

3. Kesan Terhadap Debt Service Ratio

Berhutang perlu ada perancangan.

Apakah sebenarnya yang paling diperlukan dalam hidup. Untuk buat kenduri raja sehari yang mewah atau memiliki sebuah rumah ?

Ini kerana pembelian terbesar kebanyakan penduduk Malaysia adalah rumah sendiri. Majoriti besar membelinya secara berhutang. Selain itu, keperluan berhutang lain adalah untuk membeli kenderaan. Had maksimum bayar hutang setiap bulan ialah sekitar 60% sahaja dari gaji. Maka sekiranya dah buat pembiayaan peribadi awal-awal maka sudah tentu semakin kecil DSR yang tinggal.
.

Jadi banyakkan berfikir sebelum buat personal loan.

Jangan sudah terantuk baru nak tengadah. Apakah ianya satu keperluan hidup – mati atau kita sebenarnya tidak dapat menangguhkan kehendak ?

About the author: Saya merupakan konsultan kewangan dan membantu pemilik bisnes + profesional untuk membuat cashflow analysis, assets & liabilities management dan exit plan.

Comments on this entry are closed.