Tentang Compounding Interest

compound

Gambarajah di atas ini namanya rule 72.

Formula ini adalah untuk mengira berapa cepat duit boleh jadi berganda. Tetapi kiraan ini cuma anggaran sahaja.

Seandainya seseorang itu berkata pulangan setahun adalah x %, maka bermaksud duit dapat berganda dalam tempoh y tahun. Contohnya, berapa cepat investable assets RM 100 ribu boleh menjadi RM 200 ribu ..,

  • 4% ; 72 ÷ 4 = 18 tahun
  • 6% ; 72 ÷ 6 = 12 tahun
  • 8% ; 72 ÷ 8 = 9 tahun
  • 10% ; 72 ÷ 10 = 7.2 tahun
  • 50% ; 72 ÷ 50 = 1.44 tahun

Maka persoalan seterusnya ialah …

Apakah pelaburan yang boleh bagi pulangan yang macam itu ?

Gunakanlah logik seorang pelabur. Malangnya seorang pelabur baru selalunya masih belum mempunyai logik seorang pelabur lagi. Logik seorang pelabur baru yang paling berbahaya ialah …

Semua orang nak duit berganda sekelip mata. Dan hanya mahu goyang kaki. Logik sebegini adalah salah.

pregn

Untuk mendapat keuntungan 50% setiap tahun (per annum; p.a) untuk satu tempoh yang panjang adalah mustahil. Maka jangan dikejar perkara yang pelik-pelik sebegitu.

Oleh itu pelaburan yang dibuat perlulah disasarkan seperti berikut:

  • Lawan inflasi (3% p.a)
  • Dapat untung lebih dari inflasi (6% p.a.)
  • Mencapai matlamat kewangan tertentu (10% p.a)
  • Financially free (15% p.a.)
  • Wealthy (20% p.a)

Ini kerana pelabur tersohor iaitu Warren Buffett memperoleh 21.6% p.a. sepanjang 50 tahun menguruskan Berkshire Hathaway. Sedikit ? Total return untuk tempoh tersebut adalah sebanyak 1,826,163%.

Maka, sekiraanya ada pihak dapat menjanjikan untung yang dijamin lebih banyak dari 20% p.a. maka tuan kena berhati-hati. Hanya golongan penipu yang menjanjikan untung sebegitu.

Bagi majoriti daripada kita mendapat pulangan sekitar 10 % p.a adalah realistik. Ini kerana kemahiran pelaburan yang diperlukan adalah berbeza-beza. Kemahiran nak peroleh untung 3% p.a. adalah berbeza dengan kemahiran nak peroleh untung 20% p.a. Kemahiran untuk memperoleh keuntungan lebih 15% p.a. ini dapat diperoleh sekiranya tuan melalui satu bentuk latihan, pendedahan dan kerja keras selama 10 tahun atau 10 ribu jam.

Sekiranya tuan mahukan ilmu silap mata, maka barangkali tuan sudah salah baca nota pelaburan.

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner yang membantu individu untuk memulakan tabung persaraan — Klik sini untuk info lanjut

Comments on this entry are closed.