Tan Sri Khalid Ibrahim Menunjukkan Cara Membuat Penilaian Syarikat

ki

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebut perkara ini pasal isu air di Selangor.

Dan kenyataan ini menarik untuk kita baca.

“I have been an investment banker for so long that I look at the principle of valuation before determining the price (of the assets). I stood by my principle of valuation and set the price at RM9.65bil.

These people wanted to set the price and wanted the valuation to justify their price,” he said in an interview with The Star yesterday.

Ketepikan isu air.

Dalam konteks penilaian syarikat awam e.g. saham, (sebenarnya valuation unlisted company pun sama) kita perlu ada prinsip membuat penilaian terlebih dahulu.

Berdasarkan prinsip penilaian tersebut, kita dapat menilai semua syarikat dengan kaedah penilaian yang seragam tanpa ada bias tertentu. Sama ada syarikat tersebut syarikat jual telur untung 1,2 sen atau syarikat oil & gas yang untung 1,2 bilion. Takde beza.

Misalnya, bias sentimen; Air Asia vs MAS.

Siapa yang favour kepada MAS akan mencari kaedah penilaian yang menjustifikasi bias tersebut. Nak cari harga yang kita nak tengok. Walaupun mencatat rugi besar.

Siapa yang suka kepada Tony Fernandes pula mencari kaedah penilaian yang menjustifikasi bias tersebut. Nak tengok harga yang kita suka tengok. Walaupun untungnya jatuh.

About the author: Suzardi Maulan; Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info pelaburan saham

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.