Tak Tahu Nak Melabur Di Mana ? Baca Nota Ini Dulu

Pelaburan adalah aktiviti gandakan duit simpanan.

Tak perlu fikir jauh-jauh. Di Malaysia pun banyak.

Ada lebih 600 saham patuh Shariah. Sekurang-kurangnya 200 unit trust patuh Shariah. Ada exchange traded fund. Ada real estate investment trust. Pelaburan hartanah sudah tak terkira. Retail sukuk, private ekuiti malah kini ada bank-bank yang menawarkan investment account platform.

Apa Itu Pelaburan ?

Pelaburan adalah menangguhkan kehendak membeli 1 ekor kambing hari ini, supaya dapat beli 10 ekor kambing di kemudian hari.

Maksudnya begini. Modal nak beli kambing itu tadi, jangan terus beli lagi tetapi gandakan dahulu dahulu.

Ilustrasi adalah seperti berikut.

Seekor kambing biri-biri pada 2006 berharga RM 350. Pada 2015, harganya menjadi RM 475.

Pada tahun 2006, RM 350 yang ada di tangan tidak terus beli kambing tetapi dilaburkan terlebih dahulu. Maka selepas 10 tahun, berapakah RM 350 yang ada di tangan itu dapat berkembang ?

Sekiranya tuan simpan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), maka modal RM 350 itu dapat berkembang menjadi RM 753. Bersamaan harga 1 ekor kambing (2015) dan baki tunai sebanyak RM 278.

“Eh tak dapat 10 ekor kambing pun ?”

Memanglah tak dapat. Sebab duit tadi cuma disimpan dalam ASB sahaja!

— Kenapa Mesti Melabur Sekarang Juga ?

Simpan Sampai Ada RM 100 Ribu Pertama

Charlie Munger, business partner Warren Buffett berkata:

Accumulating the first $100,000 from a standing start, with no seed money, is the most difficult part of building wealth. Making the first million was the next big hurdle. To do that a person must consistently underspend his income. Getting wealthy, he explains, is like rolling a snowball. It helps to start on top of a long hill—start early and try to roll that snowball for a very long time. It helps to live a long life (2003)

Charlie Munger juga ada menyebut, – The first $100,000 is a bitch, but you gotta do it.

— Sekiranya Anda Berhenti Kerja Hari Ini Berapa Lama Anda Dapat Bertahan ?

Itu adalah halangan pertama yang mesti ditempuh.

Selepas berjaya melakukannya maka pelbagai peluang pelaburan muncul di hadapan tuan. Menariknya, tidak semestinya jadi full-time investor baru boleh jadi pelabur yang berjaya.

— Bagaimana Tuan Dapat Menjadi Pelabur Bijak Walaupun Tidak Menjadi Pelabur Full-Time ?

Rakan baik seorang pelabur adalah kuasa kompaun.

Memanfaatkan kuasa kompaun ini ibarat kita membela kambing dari sejak kambing tersebut baru lahir. Mula-mula namanya anak kambing, lama kelamaan menjadi bapa kambing. Sekiranya pelabur mengabaikan kuasa kompaun maka dia sedang berada di dalam kerugian.

— Tentang Compounding Interest

Harta terbaik untuk menggunakan kuasa kompaun ini ialah harta yang produktif.

Harta produktif ialah harta yang dapat memberikan pendapatan berbentuk aliran tunai. Bukan semua harta diciptakan sama. Justeru pelabur perlu tahu apakah perbezaan harta-harta yang ada ini.

— Apakah Pelaburan Yang Paling Menguntungkan ?

Di Malaysia sebenarnya banyak peluang pelaburan yang ada. Lebih dari cukup. Mudah-mudahan senarai nota berikut dapat membantu tuan:

About the author: Saya merupakan konsultan kewangan dan membantu pemilik bisnes serta golongan profesional di Malaysia untuk membuat cashflow analysis, assets & liabilities management sehinggalah exit plan.

Comments on this entry are closed.