Sulaiman al-Rajhi: Dari Billionaire Kini Cuma Tinggal Sehelai Sepinggang

Berikut adalah catatan yang menarik mengenai Sulaiman al-Rajhi, pemilik al-Rajhi Bank iaitu bank Islam paling besar di dunia. Anggaran harta beliau yang dimiliki oleh Forbes adalah USD 7.7 bilion.

Namun kini beliau hanya tinggal sehelai sepinggang. Hartanya telah pun diberikan kepada anak-anaknya dan juga projek-projek wakaf. Ini adalah contoh orang kaya yang beriman yang dapat kita jadikan teladan selain dari kisah Ahmad Dawjee Dadhaboy yang mewakafkan tanahnya di ‘Golden Triangle’ Kuala Lumpur.

Bagaimana Sulaiman al-Rajhi Bermula?

1. Bermula dengan bisnes money exchange dan melihat masih belum ada bank Islam yang wujud, kira-kira 30 tahun dahulu.

2. Berjumpa dengan pengurus (CEO barangkali) Bank of England dan juga pelbagai bank pusat tentang idea bank Islam, menyakinkan mereka bagaimana perbankan halal dapat mengukuhkan lagi ekonomi dunia kerana orang Islam dan Kristian tidak dapat berurusniaga dengan riba.

3. Bermula di London dan setelah berjaya kembali ke Arab Saudi dengan sokongan mufti besar, Sheikh Abdul Aziz Bin Baz.

Menjadi Miskin Semula Setelah Kaya

1. Beliau pernah jatuh sebanyak dua kali, dan ‘miskin’ kali ketiga ini merupakan kehendaknya sendiri dan ia memberikan ketenangan dalam diri. Hartanya telah diberikan kesemuanya kepada anak-anak dan projek-projek wakaf.

2. Sebahagian harta telah dibahagikan terlebih dahulu kepada anak-anaknya untuk mengelakkan isu perebutan harta yang merugikan syarikat, masyarakat dan negara.

3. Sebahagian yang lain digunakan untuk projek-projek wakaf SAAR Foundation dan kesemua ini dilakukan semasa masih hidup dan bukan efektif selepas mati seperti yang selalu dibuat ramai orang.

Bertindak, bukan Sekadar Komplen

Antaranya …

1. Beliau menyedari pada zamannya tidak wujud bank Islam, maka dengan usaha keras beliau bermula dari bawah.

2. Beliau melihat proses sembelihan yang tidak sempurna, lalu beliau menubuhkan syarikat yang mengatasi hal berkenaan; al-Watania Poultry. Kini menguasai 40% pasaran di Arab Saudi.

3. Beliau juga sedar terlalu banyak bahan kimia dalam makanan, maka al-Watania Agricultural terlibat pula menanam sayur secara organik untuk memastikan lebih ramai yang makan makanan yang bebas bahan kimia berbahaya.

Pendidikan Kewangan Anak-anak

1. Memastikan anak-anak pandai menguruskan bisnes dan pelaburan sendiri seperti anak-anak perlu ‘bekerja’ untuk mendapatkan duit. Tiada istilah dapat duit ‘in exchange of nothing’.

2. Menjadi mentor terbaik untuk semua anak-anaknya.

3. Sesibuk mana pun menguruskan bisnes dan pelaburan, pastikan persaudaraan sesama keluarga dijaga dan juga kehidupan di akhirat.

Lagi Yang Menarik

1. Tidak suka membazir; kenapa perlu pasang langsir tebal dan memasang lampu sedangkan Allah swt telah beri cahaya pada siang hari secara percuma?

2. Bisnes vs peribadi; memiliki ekuiti syarikat penerbangan dan masih membayar untuk tiketnya.

3. Merendah diri; masih menaiki penerbangan kelas ekonomi.

4. Menepati waktu; mempelajarinya pada awal memulakan bisnes kerana pernah lewat beberapa minit menghadiri mesyuarat dengan pegawai syarikat terkemuka di Eropah dan pegawai tersebut enggan berjumpanya kerana kelewatan tersebut.

5. Tegas dengan prinsip Islam; dijemput menghadiri jamuan makan malam. Keluar dari jamuan tersebut selepas menyedari ada program hiburan yang menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab akhirnya membatalkan program tersebut bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Itulah kuasa orang kaya yang beriman.

6. Semuanya baik-baik; Alhamdulillah. Itulah ucapan dari mulut beliau apabila mendengar kilang-kilangnya terbakar. Bukan sekali kejadian itu berlaku, tetapi dua kali.

7. Semuanya Allah punya; kita cuma pemegang amanah di atas muka bumi.

Ini cuma ringkasan dari saya, kalian dapat membaca berita penuh dari ArabNews melalui link berikut:

Sulaiman Al-Rajhi’s life a rags to riches story

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner yang membantu individu untuk memulakan tabung persaraan — Klik sini untuk info lanjut

17 comments… add one
  • amirnawawi Jun 5, 2012

    Memang inspiring. Tak ramai orang kaya yang macam nih.
    Apepun semoga Allah merahmati beliau atas segala kezuhudannya.

  • helmi fadzli Jun 5, 2012

    subhanallah….

  • Nik Hisyam Jun 6, 2012

    kaya di dunia dan akhirat.

  • iza Jun 6, 2012

    Inspiring…moga anda, saya dan semua menjejaki kejayaan dan sikap beliau agar lebih ramai usahawan Islam beriman lahir.

  • Ummu Haikal Jun 7, 2012

    Subhanallah ternyata masih ada orang seperti itu di zaman sekarang… saya jadi teringat kisah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang dermawan, zuhud, dan bertakwa kpd Allah SWT… Semoga Allah tetap meluruskan niatnya.

  • Lenggang Kangkung Jun 7, 2012

    hebat

  • Abdul Hadi bin Muhamad Jul 3, 2012

    ???? ???? ?? ?????? ???? ??? ?????? ???? ???? ???? ?????

    • Abdul Hadi bin Muhamad Jul 3, 2012

      sebaris ayat suci kusubmitkan namun tergendala. maaf.
      Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat, jauhilah kami dari siksa nraka.

  • azli Dec 9, 2012

    Semuanya Allah punya; kita cuma pemegang amanah di atas muka bumi.

  • haneeza nordyn Jan 25, 2013

    Hanye terdapat satu dalam satu juta manusia spt Sulaiman Alrajzhi……yang tidak lupa menoleh kebelakang walaupun dah jauh kehadapan. Neeza, subang jaya, Malaysia

  • tron Feb 27, 2013

    pak saya share ke tempat lain boleh tidak? maaf sebelumnya

    • Suzardi Maulan Mar 11, 2013

      boleh

  • Forumme Mar 15, 2013

    Beliau masuk 120 orang terkaya di dunia tahun 2013 ini. Umur panjang banyak berkat.

  • Zalina Ahmad Jan 24, 2014

    Alhandulillah..smga dpt rahmt ALlah Tu die…kiteee..mcm mn..????

  • sakinah mat said Feb 8, 2016

    Alhamdulillah.. semoga semakin bertambah ramai umat islam seperti beliau termasuk diri saya. Kaya dunia & akhirat. InsyaAllah..

Leave a Comment