Pakdi merupakan seorang Islamic Financial Planner (IFP) yang bertauliah. Justeru, beliau dapat menerima sebarang jemputan ceramah & latihan berkaitan pengurusan kewangan, bisnes & pelaburan.
Tetapi beliau tidak dapat menerima jemputan yang bertemakan creative thinking, motivasi pelajar mahupun kekeluargaan. Itu bukan kepakarannya.
Kepakarannya adalah membantu anda buat duit, urus duit dan laburkan duit secara patuh Shariah.
Antara organisasi yang pernah mendapat perkongsian dari beliau adalah:
- Institut Tadbir Awam Negara (INTAN)
- Jabatan Insolvensi Malaysia
- Institut Latihan Kehakiman & Perundangan (ILKAP)
- Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Majlis Sukan Negara (MSN)
- Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
- Kementerian Pelajaran
- Termasuklah pelbagai institut pengajian tinggi di Malaysia.
Antara tema kursus yang dapat ditawarkan untuk organisasi (Kerajaan, swasta, universiti)
- Bagaimana untuk membantu kakitangan anda menguruskan wang dengan lebih baik.
- Bagaimana menyediakan kakitangan anda untuk bersara.
- Menyediakan graduan yang dapat urus wang dengan bijak.
- Memahami halal & haram dalam perbankan, pelaburan & urusan wang seharian anda.
- Bagaimana memulakan bisnes ‘niche’ yang menguntungkan.
Beliau dapat menerima jemputan dari sesi ceramah 90 minit sehingga 3 hari sesi latihan intensif mengenai tajuk berkaitan pengurusan kewangan peribadi. Jika anda berminat untuk menjemput beliau memberikan ceramah / latihan untuk organisasi anda, sila berhubung melalui:
AFIQ Training & Advisory (2068824-V)
Level 32 Menara Prestige
No. 1 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur
Tel: +603-92079780
Fax: +603-92079788
Emel: advisor[at]rancangwang.com – sila ganti [at] dengan @ ya
Sila nyatakan maklumat berikut ketika berhubung dengan kami:
1. Nama organisasi
2. Tarikh
3. Tempoh ceramah / latihan
4. Jumlah peserta
5. Bajet ceramah / latihan



