Skim Beli Emas Dapat Duit Setiap Bulan

alert

“Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang.”

Emas tidak ada aliran tunai.

Seperti hibah, dividen, pendapatan setiap bulan.

Melainkan tuan membeli saham syarikat berhad yang berkaitan perniagaan emas di Bursa Malaysia seperti Poh Kong Holdings Berhad baru ada dividen. Itu pun diberi berdasarkan prestasi keuntungan syarikat. Bukan sudah ditetapkan awal-lawa.

Jadi apabila ada pihak menawarkan tuan skim dapat duit setiap bulan, maka sebenarnya dia sedang menawarkan Skim Cepat Lingkup.

Ini tak ok.

Kalau syarikat berkaitan perniagaan emas yang besar-besar pun cuma berani dan mampu beri dividen tahunan sahaja, kenapa boleh ada syarikat biasa-biasa yang nak janjikan pulangan dividen setiap bulan? Ia tidak masuk akal. Syarikat sebegitu adalah musang yang sedang membela ayam.

Banyak persoalan perlu diperhalusi:

  • Apa yang sebenarnya syarikat sebegini jual? Emas ke saham?
  • Jika emas, mana emasnya? Jika emas tidak ada, emas tak boleh kita ambil, maka itu sudah jadi transaksi / pelaburan yang haram di sisi Islam. Riba.
  • Kalau saham pula, adakah ia tersenarai di Bursa Malaysia atau mana-mana bursa saham lain ?
  • Apakah operasi sebenar syarikat tersebut? Terlibat dalam jual beli emas macam Poh Kong, Habib dan Wah Chan atau cuma sedang menipu orang ramai, penjawat awam dan makcik-makcik di kampung?

Sila lari jauh-jauh dari orang yang sedang promosi skim emas ini.

Tergoda Dengan Janji Untung Tetap Bulanan

Perkara ini sentiasa berulang.

Modus operandi skim cepat lingkup bermula dengan model “pelaburan” semudah operasi skim Pak Man Telo dan Labu Peram. Kemudian disusuli skim forex, futures market, CPO, ternak lembu, rumpai laut, jala ikan, MLM dan kini pelaburan emas.

Tak percaya?

“Takkan dia tipu pula, sebab saya masih dapat duit tiap-tiap bulan Pakdi!” ujar seorang pegawai kerajaan.

Ok. Tiada masalah.

Pergi lah habiskan semua duit simpanan, duit simpanan nak pergi haji, pecahkan tabung anak, gadai tanah, buat pinjaman bank, minta duit & paksa emak ayah, adik beradik, kawan-kawan semua masuk dan jumpa peneroka Felda dan orang kampung untuk terlibat dalam skim yang sama.

Pergi buat apa yang patut untuk terlibat dalam skim macam ni. Pergi buat untuk jadi kaya dengan jalan menipu. Teruskan mengikis duit orang lain.

Saya dah tegur dan ingatkan skim cepat lingkup sebegini melalui siri seminar, ceramah dan bengkel dan hari ini melalui blog.

Saya cuma nak selamatkan diri saya, keluarga dan kalian yang mahu percaya sahaja.

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner yang membantu individu untuk memulakan tabung persaraan — Klik sini untuk info lanjut

27 comments… add one
  • Adi Hanif May 24, 2012

    Poh Kong, Tomei Consolidated Berhad dan Zhulian Corporation Bhd : )

    • Pakdi May 24, 2012

      Terima kasih Ustaz Adi 🙂

      • Adi Hanif May 25, 2012

        Zhulian tu syarikat emas celup..hehe

        • pakdi May 25, 2012

          Sebenarnya nak tanya juga tu, boleh kira ke. hehe

          Dalam report income dari situ dalam 20% juga.

          • amin007.ledang Jun 26, 2012

            20% ??? Tinggi
            tapi tak termasuk saham2 indeks kan …

  • nurmisnan May 24, 2012

    aku penggemar membeli jongkong emas dari Poh Kong kerana
    balutan plastik disetiap bar sgt bernilai selagi tidak di buka.

  • Azizan May 24, 2012

    Bila nampak duit, orang dah x ingat soal haram, hanya untung yg dikira. (ini bagi orag yang lalai je…….)

  • hasrul May 24, 2012

    Konsep paling mudah, nak buat pelaburan pastikan duit dah banyak. Kalau pinjam atau paksa diri memang susah nak survive, baik kerja atau buat bisnes,duit pasti masuk setiap bulan, kemudian baru buat pelaburan. IMO

  • UMARvellous May 25, 2012

    Sudah lama tidak melabur dalam emas.. Kurang bernafsu.. =)

  • Ahmad Tarmizi Jun 1, 2012

    Terima kasih atas perkongsian tentang emas.Banyak benda kena belajar ni.

  • nizam Jun 1, 2012

    terima kasih pakdi atas huraian ringkas ni..
    Sekarang saya sudah ada idea camne nak balas kat member saya yang susah nak faham pelaburan emas yang halal n haram.

  • Noor Hayati Yasmin Jun 4, 2012

    terima kasih atas huraian ini. menambah pengetahuan tentang pelaburan emas.

  • rie Jun 26, 2012

    org pandai2 tapi tamak byk masuk skim nih…bebudak oil n gas kat company member gua ada yg jual rumah tuk join bende alah ni…satu juta rm broooo…

  • tom Jul 24, 2012

    salam ustaz..nak tanya berkenaan pelaburan emas yang telah beroperasi baru2 ini..kalo xsilap dalam bulan mac 2012..katanya labur duit ikut gred2 harga emas dan bulan2 dapat dividen tetap 10%-15%..macam mana eik??

  • jeri Oct 5, 2012

    salam pakdi,

    skang ni menjadi-jadi plak pasal Worldshopperslink (WSL). apa pandangan Pakdi atau rakan2 pakdi yang mahir bab internet marketing pasal perkara ni?

  • mfadhlan Oct 15, 2012

    Beli saham Syarikat Emas Poh Kong berapa average annual dividen? Should be higher when comes to month of wedding /school holiday.

  • watangold Oct 27, 2012

    sy dah buat lama dah niaga saham emas,beli nilai emas,,beli emas syt tlg pegang kita ambik untung je.semuanya jadi belacan.hari ni sy buat keputusan…..ada barang ada duit,harga rendah lagi baik.kilang mas beritahu,beli boronglah,10kg sekali beli.dan2 1 ramadhan dpt adea best punya.lalu sy buka konsep beli muafakat secara borong jual runcit kpd ahli dgn harga pasarn.harga runcit pasaran ditolak harga borong.untuk dapat disimpantetapi di bayar setiap bulan selama 48 bulan.anggaran untung rm30k utk setiap kilo.dibahagi 3.5% setiap bulan,walaupun 1 transaksi cukup utk byr setahun untuk kpd 66 org ahli.yg mustahak dapat emas terus.emas boleh di pungut dari kedai emas yg diberi kuasa mendaftar ahli dan jual beli emas keluaran syt.syt sy akan bekerjasama dengan koperasi di malaysia iaitu pinjam duit tak perlu byr.jag tak percaya.perkara dah berlaku.hanya tunggu lesen dari BNM je.kem perdagangan hanya benarkan koop utkk jualan kpd ahli sahaja.kerana ianya penjana pendapatan utk ahli.tgu di akhbar kalau tak guna internet.tk

  • hadil ahmad Nov 27, 2013

    saya ingin menanyakan ada syt pegasusbullion.com memenuhi hukum syariah….

    sekian dan terimah kasih

  • yaya Nov 30, 2013

    Terima kasih atas perkongsian,sy bru je dipelawa tuk pelaburan emas y xtau hjung pkainye..:) crilah rzeki y halal, insya-Allah

  • sakura May 28, 2014

    salam pakdi n rakan2 ..
    sy nk tny…bleh ke olaburan emas jenis delay….
    cara nya adalah:
    kite jd sleeping partner…bg modal pd syarikat…syarikat bli emas scr pukal n smpn kt arrahnu ….kite pelabur dpt duit bulan2… profit kata nye hasil dr modal kite…
    pastu klu kite xnk bleh amik blik duit modal kite….

  • izham Jun 20, 2014

    saya beli emas 30 gram drpada kawan saya pada masa yang sama saya tak ambil emas tu daripada kawan saya dengan sebab saya ingin melabur emas tu pada sayarikat dia…… sebagai balasannya saya dapat hibah setiap bulan…..dan die juge kate nanti bile saye rase nak ambil emas tu just beritahu die je

  • as Sep 21, 2014

    depb ok ke x tuan…darul emas dan perak diorang buat loaded dan mcm2 lagi la pakej tp konsep dia emas

  • soleh Dec 16, 2014

    Salam. Dulu setiap bulan dapat duit hasil simpanan wang di KFH, sebab dulu setiap bulan dia hantar surat berapa dapat. Tak tahu sekarang, try check di bank KFH.

  • titan Apr 19, 2016

    ya.

    cuba jangan terlibat dengan bank macam nih.

    memang cari pasal la jawabnya kalau dah terjebak.

  • Fatin Feb 17, 2017

    Assalamualaikum. Nak tanya ni. Kalau syarikat bagi commission 2% kepada agent yang recruit merchant (merchant akan di register bawah agent berkenaan) berdasarkan keuntungan merchant tu tiap2 bulan sampai mati, tu kira macam mane? Apa hukum terima commission n apa hukum sertai sistem macam ni, contoh kalau jadi agent syarikat sebegini.

Leave a Comment