1. Berikut adalah laporan dari Utusan Malaysia yang memaparkan wawancara bersama Puan Jamelah Jamaluddin yang kini merupakan CEO Kuwait Finance House (M) Bhd. Saya mengucapkan syabas kepada Puan Jamelah atas keberaniannya menyatakan situasi sebenar perbankan Islam di Malaysia. Semoga ia akan membuka mata semua pihak.
2. Untuk makluman, di Malaysia kita ada dua sistem perbankan iaitu perbankan konvensional yang telah bertapak lama dan juga perbankan Islam yang bermula pada 1983. Walaupun begitu, Bank Negara Malaysia (BNM) adalah pihak yang mengawal semua aktiviti perbankan di Malaysia.
3. Perbankan Islam di Malaysia ada dua kategori, iaitu bank Islam di bawah Akta Bank Islam 1983 dan Skim Perbankan Islam (SPI) di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989.
4. Bank-bank Islam atau juga dikenali sebagai full fledged Islamic banking adalah seperti Bank Islam, Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB), Kuwait Finance House (KFH), Al Rajhi Banking Corporation & Investment Corporation (M) Bhd (al-Rajhi) dan Asian Finance Bank (AFB).
5. Manakala, Skim Perbankan Islam atau dahulu juga dikenali sebagai Skim Perbankan Tanpa Faedah / Islamic Banking windows (bank dua alam) adalah seperti Affin Islamic Bank, Alliance Islamic Bank, AmIslamic Bank, CIMB Islamic Bank, EONCAP Islamic Bank, Hong Leong Islamic Bank (atau Hong Leong bin Abdullah), HSBC Amanah, Maybank Islamic, OCBC al-Amin, Public Islamic Bank, RHB Islamic Bank dan juga Standard Charted Saadiq. Maksudnya, skim perbankan Islam sebegini bernaung di bawah kumpulan perbankan konvensional yang lebih besar.
6. Cerita-cerita sebegini sudah kedengaran lama dalam industri perbankan Islam. Contoh paling mudah adalah kegagalan pihak berkuasa mengeluarkan Hire Purchase-i Act walaupun sudah ada jawatankuasa khas bagi merangka perundangan sewa beli yang halal. Dah lama sangat HP-i Act ini disimpan bawah karpet. Pembelian kereta misalnya, walaupun kita menandatangani dokumen sewa beli dari perbankan Islam, tetapi rangka perundangannya masih ditadbir oleh HP Act yang bersifat konvensional. Justeru, apabila bekas Pengarah Urusan salah sebuah SPI sendiri bercakap kepada masyarakat umum begini, maka saya berasakan keadaan ini memang sangat serius.
7. Betul, perbankan Islam adalah entiti bisnes. Setelah lebih 25 tahun wujud, halal haramnya mesti dilihat lebih jauh dari konteks struktur produk semata-mata. Nak buat bisnes halal, buat betul-betul dan jangan ambil separuh-separuh. Allah dan Rasul melarang keras kita mengamalkan Islam sekerat-sekerat. Inilah yang mesti difahami khususnya semua yang terlibat secara langsung dalam industri kewangan Islam.
Selamat membaca laporan di bawah.




Tutorial Rancang Wang - Percuma. Dapatkan sekarang dengan mengisi nama & emel:
Jika artikel ini menarik, kongsikan di Facebook & Twitter:


{ 26 comments… read them below or add one }
waa, kes berat ini
Kalau beginilah gayanya, industri perbankan islam kat Malaysia ni susahlah nak berkembang.
yesss.. ade jugak org yg mengeluarkan kenyataan.. kalu bank tu betui2 mengamalkan 100% yg betui shouldn’t be afraid.. mmg patut menyedarkan bank yg menggunakan nama islam but niat hanya ingin mengaut keuntungan..
bravo
agaknya apa komen kerajaan ???
loan rumah aku islamic…
Baru saya tahu hari ini bahawa ada 2 cara bagaimana islamic bank itu beroperasi.
Hanya saya berharap, walaupun islamic bank itu di bawah naungan bank konvensional, syariah committee mesti memastikan segala urusan perbankan adalah halal.
Tapi kenyataan di item no 6 berkenaan Hire Purchase tu sungguh memeranjatkan!!!
so? sudah terlajak ni mcmana? saya ambil PB islamic bank utk loan rumah woo…..
nasib baik aku belum buat lagi loan kat mana bank. Lepas ini boleh buat bank betul-betul islamik.
apa beza Bank Islam BIMB dengan bank Islam lain ???
kadang2 bank islam selain BIMB guna kaedah BFR….
1. Perbankan Islam cuma beroperasi dengan framework yang dibenarkan BNM. Produk-produknya sudah disahkan patuh Shariah oleh Majlis Pengawasan Shariah masing-masing. Cumanya dalam wawancara ini, dalam kes SPI, Islamic banking division terhalang menjadi lebih besar dari konvensional.
2. Walaupun begitu, memang ada perbezaan dari sudut operasi antara full fledged Islamic Bank dan SPI.
3. Najib76, saya tidak faham soalan tersebut.
Sdra Najib76 mungkin fikir Bank Islam hanya menawarkan fixed rate financing. Pada masa yang sama meragui status halal Islamic financing with floating rate based on BFR.
1. saya meragui konsep BFR yg bank gunakan
2. perbezaan Fixed rate BIMB dengan BFR bank lain
sekarang kita dah tahu mana satu bank islam tak celup dan bank islam celup….
memang isu ni dah lama di pasaran. Cuma setakat ni pilihan kita sebagai pengguna adalah terhad.
Ramai jugak yang tahu bank yang betul2x islamik hanya ada 2-3 bank sahaja. Macam mana ? Kita wajib pilih yang 2-3 bank ni. Jgn bagi alasan = pilihan terhad!
tuanbri.com
satu info dan maklumat yg bagus.boleh dijadikan pengajaran.
bagaimana pula dgn takaful yg bawah konversional insurans…adakah sama…
Berani kerana benar sangat penting. Syabas Pn Jamelah.
Salam,
Acik baru saja memohon loan perumahan RHB Islamic Bank untuk housing loan rumah baru acik… Perlukah 5 tahun lagi acik menukar ke bank islam yg lain???
Perbankan Islam ni macam orang yg asalnya lahir Islam, ucap syahadah tapi akhirnya ikut cara bukan Islam. Nama masih Muhammad Kamil tapi cara perjalanan hidup macam Michael Camel.
Kita pernah berbincang tentang masalah ni 5 tahun dulu di forum pakdi — dan saya terang2 berpendapat yg perbankan Islam sebenarnya jauh lebih menindas dari perbankan konvensional.
Dan cara perlaksanaanya jauh lebih banyak ketidakpastian. Dan jauh tidak masuk akal — terutamanya tentang higher purchase dan dalam pinjaman rumah yg projek nya terbengkalai.
Tak tau lah kalau sekarang dah berubah.
terima kasih..info yang sgt berguna…
Good article. Very Relevant for my thesis. Bagi mereka yg benar2 ikhlas memperjuangkan SPI, teruskan jihad. Tiada perjuangan tanpa cabaran lebih2 lagi perjuangan menegakkan Islam pada akhir zaman ini.
BANK ISLAM TU LOAN DIE HALAL KER??? Aritu mase nak beli kereta..pi tanye BANK ISLAM (BIMB), die kate interest rate =4 %, tanye BANK RAKYAT seblah 3.9%…kire same lah so dimanekah status kehalalannyer??.. hanya kerana ade panel syariah 4% tuh halal???- just like that???
@Idris, itu tandanya pegawai bank yang ada di cawangan tu gagal menerangkan konsep yang diguna pakai dalam perbankan Islam. Perbankan Islam tidak bagi loan (qard) tetapi menggunakan sale creating debt contract seperti bai’ inah, tawarruq dll.
dan jika situasinya berlaku…samada bank Islam di bawah Akta Bank Islam 1983 dan Skim Perbankan Islam (SPI) di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989. masih lagi orang ramai mempertikaikan disebabkan MAHAL dan keadaan seperti menindas…walhal ini tidak berlaku dgn ar-rahn yang ada sekarang…mudah cepat dan meyakinkan orang ramai…wujudnya 3%…4%… dan sebagianya…caj dan kadar upah yang dikenakan juga tinggi tidak seperti ar-rahn
Saya kurang faham maksud sebenar komen ikanbilis.
tertarik dgn post die atas.
pakdi, boleh jelaskan ttg risiko dalam sukuk? adakah sukuk juga mempunyai risiko?
{ 1 trackback }