≡ Menu

Siapakah Orang Fakir Miskin?

mc01

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Orang fakir miskin bukanlah orang yang meminta-minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma – ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi.

Sebenarnya orang fakir miskin itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai, dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan.

(Direkodkan oleh Imam Ahmad)

1. Saya melihat institusi kewangan di Malaysia yang betul-betul mencari orang fakir miskin seperti hadis di atas adalah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

2. AIM merupakan Grameen Bank Malaysia.

3. Sekiranya kita masih mampu melayari internet dengan membayar bil sendiri, kita sepatutnya bersyukur. Sebab kita tidak layak sama sekali untuk memohon apa-apa bantuan dengan AIM. Kita tidak tergolong dalam golongan orang fakir miskin. Maka tidak hairan, kalau majoriti pembaca blog ini tidak tahu apakah itu AIM ini. (Kalian dapat layari sendiri laman web mereka)

4. Database fakir miskin yang mereka ada adalah lebih baik dari senarai pusat-pusat zakat.

5. Saya telah melihat sendiri pertemuan sahabat-sahabat (penerima bantuan) AIM ini satu ketika dulu. MasyaAllah. Hebat sungguh sistem & budaya yang mereka ada. Non-performing loan (NPL) mereka adalah 0.46%. Seramai 322,022 sahabat yang AIM telah bantu untuk keluar dari belenggu kemiskinan melalui pembiayaan melebihi RM 1 bilion. (Sehingga artikel ini ditulis) Dan kini AIM sedang mengubah dari sistem pinjaman riba kepada sistem pembiayaan Islam.

6. Kejayaan AIM ini cuba diduplikasi oleh Skim Micro Kredit Selangor, cuma saya tidak pasti sejauh mana skimsel ini berjaya. Moga-moga menghasilkan kejayaan yang sama seperti AIM.

7. Bermodalkan RM 500 (bantuan pertama yang diberikan AIM), ada di kalangan sahabat AIM ini kini telah memakai Camry, mengusahakan salon dan butik kecantikan sendiri.

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.