Semua orang nak jadi kaya.
Namun berapa ramai yang pernah fikir maksud ‘kaya’.
Ramai yang melihat kekayaan sekadar terhad pada alat. Seperti:
- RM 1 juta dalam tangan,
- Jaguar di ‘porch’ kereta
- Banglo besar
Sedangkan kekayaan bukan apa yang disebut di atas. Ia cuma alat. Jika kita mengejar alat, sampai bila-bila kita pasti tidak akan puas.
Apakah erti kekayaan dalam diri tuan puan?

Bagi saya kekayaan adalah bebas daripada sebarang hutang.
Maka tuan perlukan sumber pendapatan, aset yang dapat membayar hutang-hutang rumah, kereta dan lain-lain.
Saya doakan tuan berjaya. Amin.
bebas hutang? billionaire pon berhutang. inikan golongan pertengahan.
bagi saya, kaya apabila tiada beban hutang, mampu membeli benda yg perlu tanpa berhutang malah dapat memberi kepada yang memerlukan.
Salaam. Bagi saya, kaya itu apabila kita merasa cukup dengan apa yang ada.
kaya ialah bila boleh banyak buat hutang dengan bank…
Menarik definisi yang tuan puan berikan ni
saya pun berpendapat yang sama..kaya adalah bebas dari sebarang bebanan hutang.
ada rumah sendiri dan juga ada isteri yang solehah”
Bagi saya, kaya ialah memiliki kesihatan y baik dan mempunyai pendapatan pasif y melebihi daily or monthly expenses walaupun sudah tidak bekerja. nikmat mempunyai masa bersama keluarga juga perlu dimasukkan di dalam equation.
Ada orang yang menghadkan kejayaan mereka tanpa sedar.
“Aku mahu dapat PhD, kerjaya yang bagus, kereta mewah dan rumah besar, isteri cantik, anak-anak comel.”
Maka setelah berhasil mendapatkan semua itu mereka masih merasa belum puas dengan hidup mereka. Terasa ada sesuatu yang belum dia capai, tapi dia sendiri tidak mengerti apakah itu.
Jangan kita hadkan KEJAYAAN dan POTENSI DIRI. KEPUASAN sebenar dalam BERJAYA adalah apabila kita dapat BANTU ramai orang dengan kekayaan kita.
Orang yang mahu BERJAYA TANPA HAD akan memikirkan bagaimana dia boleh menyumbang dengan lebih banyak kepada masyarakat.
Dia pasti bercita-cita membina rumah anak-anak yatim, menubuhkan yayasan kebajikan yang diwakafkan untuk orang ramai, membina perniagaan yang boleh membantu orang lain untuk mencari pendapatan dan banyak lagi cita-cita yang mulia.
Kita pula bagaimana?
Kita pun orang kaya juga membantu orang seperti ; contoh nya bank-bank…dengan berhutang kepada bank secara tak lansung kita membantu mereka ni…supaya dapat menggaji perkerja mereka hehehe kira menolong la tu sekaligus…jikalau semua orang tak berhutang macam mana perkerja mereka nak hidup hehehe tak semesti nya kita semua nak menubuhkan kebajikan…… itu yang terlepas pandang…
kaya bagi saya bermaksud kita ada apa2 pun (s/ada wang,harta,aset,etc) yg melebihi apa yg kita perlukan..tidak terhad kepada limit 1 juta, kereta besar..etc..contohnya kalau keperluan kita cuma rm 2000/bulan tapi kita ada rm3000 utk bulan tersebut,maka bagi sy kita sudah kaya dr segi wang ringgit..
kaya bermaksud dapat membantu orang lain jadi kaya juga …
Bagi saya kaya ialah, belanja kurang dari pendapatan, dapat menyimpan duit secara konsisten, tidak meminta-minta (semoga dijauhkan), dapat bersedekah, hidup dengan apa yang ada ditangan sambil tambah-tambah ilmu dunia akhirat, ada income part time, hati tenang jika berlaku apa2 masalah duit (masuk takaful…hehe)….wallahualam.
Takrifan kaya nie pelbagai… namun yg penting disini kita mestilah terlebih dahulu kaya dgn ilmu pengetahuan sebelum kaya dgn harta kekayaan…
Salam, acik panjangkan lagi pertanyaan sdr pakdi disini:
http://bincang.net/forum/showthread.php?117160-Apakah-erti-kekayaan-dalam-diri-anda&p=2812697
Wassalam.
Salam….bagi saya orang yang kaya ialah orang yang bebas dari hutang,sentiasa bersedekah kepada jalan Allah,hati budi bersih(kaya budi pekerti),pandai merancang kewangan dengan baik,dan juga diberikan kenikmatan kesihatan oleh Allah SWT….kalau kaya raya sekalipun tapi sakit keliling pinggang tak guna juga….pakdi pun kaya juga…kaya dengan ilmu untuk dimanfaatkan kepada umum….pahala pun bertambah….tq pakdi…
can’t agree more with asmadi zak!
bagi saya kaya bilamana saya sudah puas untuk tambah kekayaan, satu tahap dimana saya sudah puas untu melabur, menyimpan, membeli emas, main forex dan dll…bak kata orang ” pakai mana yang ada”
org kaya ialah org yg tak berharap pada sesuatu..org miskin adlah org sentiasa berharap.
Assalam, bagi saya, kaya sebenarnya ialah kita mencari ALLAH (AL-GHANIYY) , sebab selagi kita mencari kekayaan kerana ALLAH, maka dunia dan akhirat INSYAALLAH kita tak rugi. Sama-sama kita muhasabah diri.
kaya ialah sihat tubuh badan, boleh carik rezeki, buat ibadat, tolong orang lain, gi haji………
kaya adalah alat untuk mencapai sesuatu tujuan n matlamat hidup….. Tujuan hidup semua Muslim adalah SATU, tapi cara dan keadaan jalannya yang berlainan…. Carilah kekayaan untuk seribu tahun tapi ingatlah hak-hak yang sepatutnya dan niat kita mencari kekayaan HANYA kerana ALLAH.
Terima kasih atas pandangan tuan puan yang baik-baik belaka mengenai erti kekayaan.
Kaya bagi saya..dapat buat semua yang baik2 dengan senang hati,nak -dapat!,nak- ada!,diberi kesihatan yg baik, hidup tenang tanpa memikirkan sangat tentang wang..cakap mmg mudah..aje hi..
Saya sentiasa merindu setiap artikel baru dari Tuan yang bernilai islamik ,berisi dan bernas terima kasih kerana berkongsi wassalam.
anda kaya bila anda tak perlu lagi bekerja.. menikmati kehidupan dan membantu mereka yang memerlukan..kos hidup ‘ditanggung’ oleh pendapatan pasif yang telah dibina sebelumnya.. itu maksud kaya pada fikiran saya..
Bagi pendapat saya adalah, kekayaan apabila kita dapat membantu orang lain. Contohnya kita memberi sedekah kepada anak-anak yatim, kita membina surau atau masjid untuk keperluan umat Islam, kita sedekah membina jalanraya untuk keperluan orang ramai, kita membuka kedai runcit atau pasaraya yang menyediakan pekerjaan yang dan keperluan orang ramai, dan mengadakan aktiviti yang boleh menyatupadukan umat Islam terutama orang muda daripada menjalankan aktiviti tidak berfaedah.Kita umat Islam mesti jadi kaya untuk bantu umat Islam.
kekayaan yang hakiki yang kita cari….kaya + qana’ah…. adapun qana’ah dan kaya hakiki amat sukar kita cari dan memerlukan mujahadah secara non-stop……kaya hakiki = kaya disisi ALLAH SWT,dunia dan akhirat
Kaya bagi saya merasa cukup dengan apa yang ada dan dalam masa yang sama dapat membantu orang lain yang memerlukan