Seorang Lelaki Mengadu Bisnesnya Rugi Dan Ketahui Apa Jawapan Nabi Muhammad

Pada satu hari seorang lelaki menemui Rasulullah (berselawatlah kita) dan mengadu kepada baginda tentang perniagaannya tidak menguntungkan. Lelaki tersebut membeli barang itu dijual. Malangnya barang itu tadi tidak dapat dijual atau akan rosak dahulu sebelum sempat dijual.

Rasulullah (berselawatlah kita) pun berkata, “Apakah kamu langsung tidak pernah memperoleh apa-apa keuntungan langsung dalam perniagaan ?”

Lelaki tadi menjawab, “Saya tidak pernah membuat untung dalam perniagaan melainkan ketika saya menyediakan modal dalam sesuatu perkongsian perniagaan (menjadi rabbul mal / venture capital).”

Lantas Baginda pun terus berkata, “Maka kamu patut fokus dalam aktiviti perkongsian perniagaan (sebagai rabbul mal),”

Lelaki tadi pun mendengar nasihat Rasulullah (berselawatlah kita) dan akhirnya dia berjaya memperoleh kekayaan dan keadaan hidupnya pun berubah. Apabila berita tersebut sampai kepada Rasulullah (berselawatlah kita), maka Baginda pun berkata, “Sesiapa yang dikurniakan dengan kejayaan dalam sesuatu perkara maka hendaklah dia tetap fokus terhadap perkara tersebut,”
.

Kisah ini mengikut Bushra al-Shurabji adalah berdasarkan hadis yang direkodkan dalam Ibn Majah, Bayhaqi dan al-Ajluni.

poorchar

Charlie Munger merupakan rakan kongsi kepada Warren Buffett. Memegang jawatan sebagai Vice Chairman Berkshire Hathway.

Semasa Annual General Meeting (AGM) Berkshire Hathaway pada tahun 2011, dia berkata:

“The secret of success in any field is getting very interested in it,”

Maka, sebaik-baik jalan dalam perjalanan pelaburan ialah mencari perkara yang kita pandai buat. Bukannya ikut trend apa yang tengah orang lain suka buat sekarang. Jika lihat orang lain tengah buat untung dalam saham, dia pun nak terlibat dalam saham. Dengar cerita orang buat untung dalam emas, dia pun nak terlibat dalam emas. Tahu ada orang buat untung pelaburan hartanah, dia pun mahu jadi hartanah.

Sedangkan satu pun tidak ada yang konsisten buat untung, melainkan rugi-rugi semuanya!

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner yang membantu individu untuk memulakan tabung persaraan — Klik sini untuk info lanjut

Comments on this entry are closed.