Senarai Syarikat Broker Yang Menawarkan Akaun Patuh Shariah

Sila rujuk senarai yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia-i melalui link di bawah:

Klik sini: Bursa Malaysia-i

Soalan:

Sekiranya saya membuka akaun yang tidak patuh syariah, tetapi hanya membeli saham patuh syariah, adakah ini boleh di sisi islam?

Barangkali kalian tertanya-tanya apa bezanya Islamic account dengan non-Islamic trading account. Bukan buat pinjaman pun.

Ada 3 perbezaan ketara, melalui Islamic trading account:

1. Kita hanya dibenarkan jual beli kaunter halal sahaja. Jadi, kita dapat kawalan secara automatik dari terbeli syarikat yang tidak patuh Shariah.

2. Kita tidak menerima sebarang interest (riba) atas duit yang kita simpan dalam trading account. Kalau tak, susah nak kira dan asingkan duit interest tu.

3. Urusniaga secara margin tidak dibenarkan.

Mungkin ada pembaca yang mahu tambah perbezaan lain. Ini pula respons dari Ustaz Adi Hanif Wafa yang terlibat secara langsung dengan syarikat broker patuh Shariah di Malaysia:

About the author: Anda TAK OK dengan pelaburan yang dibuat sekarang dan mahu membetulkannya ? Jika YA, sila klik link ini — Investment Workshop

Comments on this entry are closed.

  • wira Jun 13, 2012

    Pak Di, mana satu yang terbaik yang mengenakan caj commission yg rendah ?

    • pakdi Jun 13, 2012

      1. Mana yang terbaik tu, kena test satu-satu. Agak mustahil la nak buka 7 trading account. hoho..

      2. Caj komisyen tu pula belum sempat tengok satu persatu 😉

      • wira Jun 13, 2012

        ye betull Pak Di..

        Table yang Pak Di attached di atas, apa maksud Full Fledge dan Window pada kolum Type?

        • pakdi Jun 13, 2012

          Full fledged = Takde brokerage yang operate secara tidak patuh Shariah.

          Windows = Ada sediakan dua-dua. Kalau kita pergi kena terus minta yang Islamic trading account.

        • amin007.ledang Jun 13, 2012

          BIMB hanya di kuala lumpur, tiada kawasan di mana-mana negeri.
          walaupun berstatus Full Fledge…

          yang jadi pilihan saya sekarang adalah
          1. Maybank Investment Bank Bhd
          2. Jupiter Securities Sdn Bhd

          Kalau pilih maybank, kita boleh aktifkan di maybank2u sahaja.

          Kalau pilih jupiter, kos dia paling rendah ikut ada pendapat dalam satu blog laa
          dan boleh online sahaja.

          • M Oct 5, 2012

            Salam.. Buka kt jupiter.. Sebab salah stu company security yang terbaik pernah sy kerja dn sy bkeyakinan tuk sy terangkan pd client.. Tq

  • Zuhair Jun 13, 2012

    Camna nak buka akaun?

  • yasir Jun 13, 2012

    kena tutup akaun osk la gini,hihi

    • Pakdi Jun 14, 2012

      Ini list Sept 2011, tak terjumpa lagi current list lain. Kot2 lain-lain pun dah mula offer.

  • hfbenut Jun 13, 2012

    assalamualaikum wrt wbt

    Syeikh Pakdi, mohon share yer…

    Perkara ini ada dibangkitkan oleh Dr Aznan Hasan dlm seminar kewangan Islam minggu lepas…
    Saya pun terlepas pandang akan perkara ini..
    Terima kasih di atas info ini…

    • Pakdi Jun 14, 2012

      Boleh..

      Seminar yang mana tu Dr Aznan sebut? (Nampak sangat tak pergi, hehe)

  • zulh Jul 4, 2012

    macamana dgn ecm libra dan alliance securities..sy baru lg join dn masih dlm proses pembelajaran dlm trade saham.mohon pencerahan

    • Pakdi Jul 9, 2012

      Kalau dalam list SC tiada, maka masih belum ada Islamic brokerage.

  • ishak Jul 24, 2012

    Assalamualaikum .
    Saya terharu apabila terbaca panduan Broker Saham Patuh Shariah di Bursa Malaysia , rupa-rupanya OSK x tersenarai dlm Patuh Shariah . Macmna nii ? Di KB x ada Broker Saham Patuh Shariah .

  • khalid Sep 6, 2012

    OSK setakat ni cuma merancang nak buat yg patuh-syariah..tapi tahun 2013 baru ada..huhu..nak kena cari alternatif lain :p

  • Khoiri Sep 7, 2012

    Maybank paling senang bagi saya sebab pakai akaun maybank, ada iphone dan ipad program. Senang nak invest or trading

  • nuraisah Sep 20, 2012

    salam …sye nk wat program mngenai perbankan islam …jadi sye nk tau ..tempat mne yg patut sye pergi utk wat lwatan ?????? penting ,…..

  • Muhd Oct 17, 2012

    assalam. minimum $ untuk main saham ni brapa eh? kurang drp 1k ade ke?

  • Cik Chy Oct 25, 2012

    salam Pak Di..sy berminat utk main saham tapi sy xada asas langsung..utk yang ingin bermula mcm sy dan xada asas ini..cadangan Pak Di sy harus melabur brape k dahulu dan syarikat broker mana yg paling mudah utk sy berurusan?sy di batu pahat johor..adakah maybank?

  • hasan Nov 1, 2012

    asslamualaikum tuan…. sya brminat nk belajar main saham.klau bolih sya nk menghadiri kelas maksud sya,ada teori dan praktikal.pada sya belajar cara online tidak pasti atau tidak terang penjelasannya.klau pihak tuan ada membuat kelas utk tujuan trsebut,sya ingin mengikuti/menghadiri.
    t.kasih…. wslam.

  • HJ.AB.RAHIM BIN LONG Jan 15, 2013

    saya telahmula berjinak beermain saham pada tahun 96 tetapi pada tahun 2000
    saya tak aktif lagi kerana harga saham dah jatuh terok. Sehingga ke hari ini saya masih lagi menyimpan / mempunyai bebrapa lot saham dan Brusa Malaysia masih lagi menghantar penyata akuan.Satatus akuan saya tidak aktif./ Soalan saya bolih kah saya menjual semua yg saya miliki itu boleh macam mana ?

  • Tuan Syed Mahadhir Bin Syed Yahaya Sep 9, 2013

    bagaimana ingin menjadi broker saham

  • nasuha Sep 21, 2013

    salam. pakdie.. kalau saham kita tu jatuh harga, n then kita hold dlu dr jual… kita tunggu shingga dia naik balik.. kne byr pape x?.. or kita rugi x dlm tmpoh tu?

  • harie Oct 5, 2013

    salam tuan..sy nk tnya jk ada sykt yg anounce div. mcm mana kita nk ambil div tu ye. sy x clear la. mcm mana pembyaran d buat kpd kita. mohon info. tq

  • nani Dec 8, 2013

    Assalamualaikum pak di sy zero knowledge ttg saham tp berminat nk tau… mcm mna kita nk membeli saham.. dan nilai yg d tunjukkan pd skrin tu menunjukkan nilai sen ke dan ape yg dikatakan sebagai off stock

  • faruq Dec 30, 2013

    nk tanya, yang mana antara 7 broker saham halal ni yg menawarkan direct account.

    setahu sy maybank investment tu nominee kn?

    harap dapat membentu. terima kasih.

  • maju Mar 26, 2014

    Salam. Maksudnya kalu nk buka akaun cds yg patuh syariah blh buka kat mane2 cwngn maybank ke?atau yg kat k.lumpur tuje?

    • Suzardi Maulan Mar 26, 2014

      mana-mana boleh.

    • amin007.ledang Mar 28, 2014

      Ya. Akaun cds dan trading boleh buka di mana2 cawangan maybank.
      Walaupun tiada wakil pasal pelaburan saham di situ, dia orang boleh tolong apa yang patut.
      Lagipun dia akan link dengan maybank2u. Jadi senang nak transfer duit dan beli saham masa tu juga.

      p/s baru berjaya jual saham ghlsys. hari tu salah teka harga hahaha

  • saiful Apr 7, 2014

    assalam, saya baru nak mule melabur, ke mana saya harus pergi? dan apa yang perlu buat?
    Terima Kasih 🙂

  • mredwan Apr 18, 2014

    OSK188 patuh syari’ah tu ?
    dah google takde hasil..
    tengok list pun setakat 2012 je..
    OSK188 ni baru je link dgn RHB..kot2 ada info terbaru…
    dah terdaftar kat OSK dah bukak CDS..harap pakdi leh tolong..huhu

  • Muhamad Mail May 11, 2014

    Saya berminat untuk bisnes saham tapi tak ada pengetahuan ttg saham, saya faham bahawa main saham boleh memberi keuntungan jika ada pengetahuan dan pengalaman. Kalau di Sabah di mana kita boleh minta nasihat atau berjumpa dengan syarikat broker dan rimaser yang berpengalaman. Kawan2 yang ada info tolong dan mohon berkogsi.

  • kenny May 31, 2014

    sudah lama berminat dengan saham, tapi tidak juga faham faham.

  • kholid Jun 24, 2014

    assalamualaikum
    nak tanya,
    rhb dah dikeluarkan ke dari islamic stockbroking?
    terima kasih

    • ashraf Jul 7, 2014

      waalaikumussalam khalid.
      rhb dikeluarkan (in sha Allah, sementara) sebab bergabung dengan OSK. Sekarang ini dalam proses untuk memasukkan semula rhb sebagai platform patuh syariah

      • kholid Jul 9, 2014

        tq tuan.
        saya suka rhb sebab dia selalu mengadakan seminar pelaburan secara percuma.
        boleh dikatakan setiap minggu ada seminar di rhb investment sungai petani.

  • Ayui Aug 13, 2014

    Salam tuan,
    Sy pernah beli saham syariah, masih hold, bila mahu jual saham itu sudah jadi saham non syariah, jadi tidak boleh menjual nya. Bagaimana kita ingin menjualnya?

  • mandmax Apr 19, 2015

    Lepas buka ac apa langkah yg perlu sy buat

  • mohd fazril May 13, 2015

    salam semua, adakah penting untuk berada dalam group untuk pelaburan saham? atau pun boleh gerak bersendirian supaya bila untung/rugi kita tanggung sendiri tanpa salahkan orang lain. mohon pencerahan dr otai semua

    • amin007.ledang May 26, 2015

      Bergantung kepada skill sendiri.

      Kita memerlukan bank pelaburan dan dealer/remiser untuk uruskan jualbeli saham.

      Namun kita yang akan tentukan saham mana patut jual/beli tanpa pengaruh dari mereka.

      Bergerak dalam group penting untuk tahu keadaan emosi pelabur2 lain sebelum buat keputusan beli/jual.

  • akula Jul 6, 2015

    salam tuan, macam mana kalau kita buka akaun cds/trading convensional tapi kita hanya pilih kaunter shariah sahaja, adakah ia di kira halal? sebab untuk mengelakkan kerugian apabila forced sell apabila kaunter halal bertukar tidak halal..sebab kalau akaun convensional kita masih ada masa untuk berfikir sebelum jual..terima kasih pakdi

  • kindi Aug 23, 2015

    Adakah dengan kejatuhan nilai ringgit adalah masa terbaik untuk membeli saham? Terima kasih mohon maklumkan melalui email

  • muhammad faiz Sep 18, 2015

    Assalamualaikum… saya nak tanya apa itu forex

    • Iwan Sep 8, 2016

      Forex adalah tukaran matawang asing.

  • Mohd Helmi b Basrah Sep 18, 2015

    asalam… saya nak tanya…public mutual pun ikut syariah ke…cth nya public islamic opportunities fund…

  • zamri Sep 27, 2015

    Assalammualaikum.
    Saya baru nk berjinak dgn saham.berapa akaun perlu saya buka .
    Klu tak silap saya saham ada 2. Jangka panjang dan pendek.blh tak pak di terangkan

  • faaiz Sep 27, 2015

    Salam Pakdi, Boleh x saya melabur di saham yg patuh shariah melalui broker yg tidak patuh shariah?

    • Muizz Nov 11, 2015

      akaun di broker tidak syariah boleh beli semua kaunter, tak kira kaunter syariah atau tidak

  • Hakim Apr 5, 2016

    Assalamualaikum pak di , saya baru na belajar melabur saham..
    saya terus terang tak tau ape itu cds dan semua terminologi saham ni..
    blh ta bagi tau saya apa yang patut saya lakukan sebagai orang baru yang BETUL-BETUL KOSONG tentang pelaburan ni..:(

  • kun Jun 21, 2016

    jika dftr dgn maybank, bleh x activate dgn maybank2u sj?

  • Shahida Sulleh Oct 1, 2016

    Assalam Pak Di. Saya terlepas mengikuti kursus pelaburan Sept yg Pak Di tawarkan (sebab cuti bersalin). Bila ada lagi kursus bergitu? Saya berminat mnyertainya.

    • Suzardi Maulan Oct 6, 2016

      Sila isi nama & alamat emel Puan di sini ya:

      Klik –> http://www.pakdi.net/coaching-saham/

      • Mahmud Jan 2, 2017

        Assalammualaikum Pakdi. Saya ada beberapa soalan yang nak ditanya.
        1. Saya dah buka akaun CDS lama dahulu. Tapi dah lama xaktif. Apakah akaun CDS ini ada tarikh luput? Apakah ada sebarang bayaran pengurusan dikenakan? Sebab saya ada menerima penyata yang menunjukkan syarikat broker ada membuat potongan di dalam penyata tersebut.
        2. Kalau kita membuat jual/beli saham secara online, kita mesti guna platfom broker tempat kita daftar CDS akaun itu k? Bagaimana kita nak buka platform broker saham tersebut?
        3. Kalau nak jual/beli saham secara online, apa maklumat perlu dimasukkan dalam urusan jual/beli tersebut?

        Terima kasih Pakdi. Harap-harap ada jawapan untuk ini.