Sekiranya Tuan Diberitahu Sesuatu Pelaburan Itu Halal, Pastikan Wujud Panel Penasihat Shariah

up

Sebagai Muslim, kita wajib mencari pelaburan yang halal.

Iaitu pelaburan yang bebas dari aktiviti berikut:

  • perbankan konvensional;
  • insurans konvensional;
  • perjudian;
  • arak dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
  • babi dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
  • makanan dan minuman tidak halal;
  • hiburan tidak patuh Syariah;
  • tembakau dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
  • pendapatan faedah daripada akaun dan instrumen konvensional (termasuk pendapatan faedah yang diterima berikutan daripada keputusan mahkamah atau penimbang tara dan dividen daripada pelaburan tidak patuh Syariah)

Dan meneliti dengan lebih lanjut isu aktiviti berkaitan

  • operasi hotel dan rumah peranginan;
  • jual-beli saham;
  • pembrokeran saham;
  • sewaan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah; dan
  • aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh Syariah.

Tapi sebagai orang awam, kita bukan tahu pun kan.

Jadi, siapa yang ada ilmu & kemahiran dalam hal macam ni ?

Sesuatu pelaburan tidak dapat diisytiharkan pelaburan patuh Shariah & halal oleh lembaga pengarah, CEO, pengurusan kanan, kakitangan syarikat mahupun ejen melainkan isu halal haram ini diputuskan oleh panel Shariah yang bertanggungjawab.

Sila tanyakan soalan berikut:

  • Siapa panel Shariah bagi pelaburan ini ?

Sekiranya tidak ada jawapan, atau jawapannya berbelit-belit maka sila lari jauh-jauh.

Siapa adalah merujuk kepada individu / syarikat penasihat berdaftar dan bukannya penerangan putar alam dari ejen, walaupun ejen itu dipanggil ustaz atau lulusan pengajian agama.

About the author: Suhaida Mahpot; Konsultan Kanan. Mahu menjalankan seminar & latihan pengurusan kewangan peribadi ? Sila hubungi kami melalui link berikut : www.afiqtraining.com

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.