Sekiranya Tuan Beli Tanah, Mana Gerannya ?

281H

Tadi ada seseorang datang ke pejabat guaman saya.

Bersama sekeping report polis.

Saya namakan dia Publik. Beliau memulakan cerita:

Publik: Tuan, ada orang rosakkan pokok sawit saya. Guna backhoe, dia tolak dekat 300 batang pokok sawit saya.

Saya: Tau ke sapa yang tolak tu ?

Publik: Kenal tuan. Saya pun dah jumpa dia.

Saya: Kenapa dia tolak pokok encik ?

Publik: Sebenarnya begini, TANAH tu tanah kerajaan, saya “beli usaha” dari org lain.

Saya: (Mendengar dengan teliti, sebab tak biasa jumpa lagi perkataan beli usaha dalam National Land Code – NLC)

Publik: Orang tu pun kata dia “beli usaha” jugak tanah tu.

Saya: ??? ??? ??? Maksudnya encik dengan orang tu “beli usaha” (konon wujud perkataan ni) tanah yang sama dari orang yang sama?e

Publik: Ya.

Saya: So macam ni la situasinya, si “D” tanam pokok sawit atas tanah kerajaan, kemudian si “D” jual kat encik, dalam masa sama dia jual jugak kat “B”?

Publik: Ya.

Saya: Encik tau tak, takde sebenarnya istilah beli usaha ke apa ke, tanah ni tanah kerajaan. Semua tiga-tiga pihak sama je ceroboh tanah kerajaan. Ada buat permohonan kat pejabat tanah untuk usaha tanah ? Berapa harga encik konon “beli usaha” ni ?

Publik: Takde (buat permohonan). (Bayar) Dekat-dekat RM 25 ribu.

Saya: Sekarang ni saya nak beritahu, lain kali kalau duit banyak sangat, cari la tanah yang senonoh sikit, tanah yang ada geran supaya lepas beli boleh tukar nama, lantik peguam.

Publik: Sekarang ni saya boleh tuntut apa-apa tak dekat dia ni tuan ?

Saya: Ada apa-apa dokumen kata encik ni beli tanah ni ? Ada kebenaran dari kerajaan ? Takde kan? Bayar duit ? Resit pun takde kan?

Publik: Takde.

Saya: Yang berhak atas tanah ni, kerajaan sahaja. Jadi encik cuba la selesaikan dengan orang tu, kot-kot ada rezeki, dia ganti balik duit. Kalau takde rezeki, tak boleh buat apa pun. Lain kali, jangan percaya orang sangat, nak tanah, apply dari kerajaan, ada rezeki, dapat tanah Temporary Occupational License (TOL), boleh usaha. Ok lah, tu je nasihat saya. (Sambil menghantar Publik ke pintu)

Publik: (Masih tak puas hati) memang tak boleh tuntut la tuan? Kita sedih jugak tengok pokok kita tanam dah berbuah orang tolak begitu je. Takkan tak dapat apa ?

Saya: Katakanlah, innalillahi wainna ilaihi rajiu’n
.

Ini merupakan catatan Facebook Mohd Hakimi Shaari, seorang peguam. Diambil dengan izin.

Comments on this entry are closed.