Sekiranya Mampu Bayar Duit Kereta Maka Sembelihlah Lembu Atau Kambing

Raya korban.

Bukan sekadar aktiviti sembelih lembu dan kambing.

Ia adalah satu ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah swt. Kita bukan nak menjamu Allah makan. Sebab daging itu kita yang makan. Buat sup. Rendang. Masak kicap.

Tapi Allah tetap suka mereka yang bersolat dan menyembelih binatang. Kenapa ?
.

Allah telah beri kita banyak nikmat.

Pilihan di tangan kita. Duit gaji yang kita dapat itu kita lebih suka habiskan bayar duit kereta, membeli belah di pasaraya atau menghabiskannya untuk perkara sia-sia.

  • Sekiranya mampu bayar Astro.
  • Sekiranya mampu bayar installment kereta.
  • Sekiranya mampu pergi bercuti.
  • Sekiranya mampu beli saham.
  • Sekiranya mampu buat pelaburan hartanah.
  • Sekiranya mampu kumpul emas.

Maka Allah nak tengok, sejauh mana kita ikhlas keluarkan sedikit dari rezeki yang kita dapat setiap tahun untuk laksanakan ibadah korban setiap tahun.
.

Berapa kita bayar setahun tebalkan poket tauke Astro, tauke bank dan tauke syarikat kapal terbang ?

Seharusnya nikmat hidup atas dunia sebegitu diterjemahkan dengan melaksanakan ibadah korban.

Itulah tanda syukur kita kepada Yang Maha Pemberi Rezeki.

About the author: Tidak ada masa urus pelaburan sendiri? Jika ya, sila klik sini — Konsultansi Pelaburan

Comments on this entry are closed.