≡ Menu

Sekiranya Mahu Menjadi Kaya & Berjaya, Sila Menjadi Seorang Pakar

Berniaga memang jalan kekayaan terbaik.

Namun, bukan semua orang patut berhenti kerja dan berniaga.

Lebih malang jika menganggap kerjaya sebagai seorang jurujual itu adalah berniaga.

Iaitu, sekiranya tuan mempunyai kerjaya profesional yang baik seperti doktor, peguam jurutera, akauntan dan seterusnya.

Satu, kerjaya sebegitu adalah satu fardhu kifayah.

Dua, kerjaya profesional juga menjanjikan pendapatan lumayan.

Tuan perlu masuk dalam kelompok yang paling power dalam bidang profesional tuan. Seperti doktor bedah yang paling hebat. Peguam lawan kerajaan yang paling digeruni. Cikgu yang paling pakar memandaikan anak bangsa. Ya, pakar. Bukan sekadar doktor, peguam dan cikgu biasa-biasa.

Selepas menjadi pakar, duit & kejayaan akan mencari kalian. Bak kata Ranchodas Chanchad dalam filem 3 Idiots:

 Pursue excellence, and success will follow.

Sila lihat orang-orang yang berjaya di sekeliling tuan. Misalnya Profesor Dr Muhaya, dia jadi pakar mata dulu sebelum dia masuk televisyen dan popular dalam masyarakat. Begitu juga dengan Chef Wan, dia jadi pakar memasak dulu sebelum duit masuk kiri dan kanan. Begitu juga Dr Mohd Daud Bakar, pakar Shariah tempatan yang sangat terkenal di seluruh dunia dalam bidang kewangan Islam.

Memang nak jadi pakar ambil masa. Hari ini bergraduasi, esok memang belum jadi pakar lagi.

Tuan memerlukan 10,000 jam “latihan” atau kira-kira 10 tahun sepak terajang harian dalam bidang yang tuan pilih.

When my wife was pregnant, I didn’t think I was going to deliver a baby. If I get a toothache or something, I don’t take out my own tooth. I turn it over. I follow Adam Smith’s advice; turn it over to a specialist.

Warren Buffett

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.