Sekiranya Anda Baru Mahu Berniaga Mulakan Dengan Apa Di Tangan

1 stroller banyak.
2 stroller sikit-sikit
3 stroller jarang-jarang.
4 stroller kaddang-kaddang.

10 stroller ? Gila apa.

Tapi itulah yang dibuat oleh Puan Roslinawati Misdi pengasas Mama & Kids Junction, satu ketika dulu. Kegilaan beliau terhadap stroller menyebabkan beliau memiliki 10 buah stroller sekaligus pada satu masa dan ketika ingin memiliki stroller ke-11 berharga USD 3,000, suaminya kata, “Jual dulu yang lain baru beli baru,”

Itulah antara perkongsian beliau di Seminar Parenting 212 baru-baru ini.

1 stroller, walaupun harganya RM 10 ribu sebuah tetap tak kena zakat. Justeru ia adalah simbol sahaja dan bukannya harta. Tetapi jika stroller itu adalah stok jualan, maka ia tertakluk kepada zakat. Maka ia adalah harta kepada bisnes kita.

Larangan suaminya membeli stroller baru dan patuhnya seorang isteri mematuhinya menjadi sebab usahawanita ini bermula berniaga secara online. Jual barang lama untuk beli barang baru.

Langkah pertama sebelum jadi tauke besar. Mendapatkan RM 1 yang pertama sebelum mendapatkan RM 100 ribu yang pertama.

Tukar simbol jadi harta.
Tukar kegilaan jadi harta.

Beliau dah ada 10 stroller di tangan. Tuan Puan pula jangan pula beli beri alasan kena ada 10 stroller dulu baru nak berniaga!

Mulakan dengan apa yang ada di tangan.

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner yang membantu individu untuk memulakan tabung persaraan — Klik sini untuk info lanjut

Comments on this entry are closed.