Sedekah Dapat Mengembangkan Harta

don

Bayar zakat.

Banyakkan bersedekah.

Kita pasti tidak miskin selepas mengeluarkannya.

Harta Sedekah Tidak Berkurangan

Nampak macam berkurangan.

Tetapi tidak.

Membayar zakat dan mengeluarkan sedekah, walaupun kelihatan secara zahir kelihatan harta kita berkurangan tetapi pada hakikatnya  harta itu telah kekal. Ia pasti menjadi 1 dari 3 pembantu utama selepas kita mati nanti.

Tidaklah sesuatu pemberian sedekah itu mengurangi banyaknya harta. Tidaklah Allah itu menambahkan seseorang akan sifat pengampunannya, melainkan ia akan bertambah pula kemuliaannya. Juga tidaklah seseorang itu merendahkan diri kerana mengharapkan keredhaan Allah, melainkan ia akan diangkat pula darjatnya oleh Allah ‘Azzawajalla.

(Direkodkan oleh Imam Muslim)

Keutamaan Pemberian Sedekah

Utamakan orang terdekat.

Seperti dalam ayat 177 surah al-Baqarah Allah swt menyebut:

… mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang dalam musafir dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi …

Dalam ayat ini Allah swt menetapkan keutamaan sedekah ini diberikan di kalangan ahli keluarga kita sendiri dan selepas itu barulah kita mencari anak yatim, orang miskin dan orang-orang lain yang memerlukan di luar lingkungan keluarga kita.

Inilah sifat yang kita perlu ada dan bukannya lepas mati sahaja orang tua, adik-beradik bertegang urat bergaduh untuk merebut pusaka.

Sedekah Membuka Pintu Rezeki

Orang kata menjemput rezeki.

Dan yakinlah dengan janji Allah berikut dengan ‘pelaburan sedekah’ yang kita buat nanti:

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

(al-Baqarah: 261)

Jika kita mahu membuat kiraan, RM 1 yang kita beri itu bakal berganda menjadi RM 7 dan setiap RM 7 itu pula bakal menghasilkan lagi seratus RM 1 yang bakal berganda menjadi RM 7 dan RM 7 yang baru berkembang ini juga akan menghasilkan lagi seratus RM 1 yang bakal menjadi RM 7 lagi dan lagi dan lagi.

Hanya Allah swt sahaja yang tahu kiraan sebenarnya. Dunia dapat. Akhirat pun dapat.

Amalkan sikap suka memberi duit terlebih dahulu.

Rezeki pasti datang dengan cara yang kita tidak sangka.

About the author: Tidak ada masa urus pelaburan sendiri? Jika ya, sila klik sini — Konsultansi Pelaburan

Comments on this entry are closed.