Sebaik-Baik Harta Adalah Harta Yang Dimiliki Orang Yang Baik-Baik (Soleh)

ric

Satu hari Rasulullah saw menghantar seseorang bertemu dengan Amru bin Al-Ash dengan pesanan, “Bawalah pakaian perang dan senjata dan bertemu dengan Nabi saw,”

Beliau pun bertemu dengan Rasulullah saw ketika Baginda sedang berwudhu’. Melihatkan Amru telah pun siap berpakaian perang, Baginda pun berkata:

+ Aku ingin menghantar kamu berperang dengan sepasukan askar. Semoga Allah menyelamatkanmu, memberi ghanimah dan aku mahu engkau mendapat harta yang baik.

Amru pun menjawab, “Wahai Rasulullah, aku ini masuk Islam bukan sebab nak harta. Tetapi sebab aku cintakan Islam dan mahu sentiasa bersamamu.”

Rasulullah saw pun berkata:

+ Wahai Amru, sebaik-baik harta adalah di tangan orang yang baik (soleh).

Kisah ini diambil dari sebuah hadis Shahih yang direkodkan oleh Imam Ahmad dan Imam Bukhari dalam Adab al-Mufrad.
.

Orang yang baik-baik macam tuan perlu kumpul harta.

Jangan kumpul hutang.

Malangnya, graduan muda dengan mudah kumpul hutang mencecah RM 150,000 semasa 3 tahun pertama selepas dapat duit gaji, dan bukannya mengumpul harta dari saat mendapat gaji yang pertama.

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.