Scam CPO Trading

CPO scam

Ramai yang bertanya tentang satu skim peleburan, yang kononnya menjanjikan pulangan tetap dalam tempoh tidak sampai 2 minggu.

Mereka menyatakan skim peleburan itu membabitkan skim “pelaburan crude palm oil (CPO),” atau “CPO Trading

Ini antara komen-komen yang diterima.

Banyak lagi soalan yang sampai ke inbox tetapi tidak perlu dinyatakan.

Malah, ramai yang telah diugut apabila mahu bertanyakan tentang scam ini kepada pihak tertentu.


cpo scam 2

cpo scam 3


.

Apa kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang berkuasa dalam hal ini ?

Kuasa SC ini setaraf dengan Bank Negara Malaysia dalam urusan pelaburan sebegini.

Sila rujuk gambar di atas.

Syarikat yang dimaksudkan TIDAK mempunyai lesen menjalankan aktiviti pelaburan bagi pihak orang ramai. Maka, 100.1% adalah scam.
.

Berikut adalah link ke website SC yang mengandungi senarai tersebut:

List Of Unauthorised Websites / Investment Products / Companies / Individuals

Sila hubungi Suruhanjaya Sekuriti di talian 603-62048999 atau emel aduan@seccom.com.my untuk pengesahan.

Sila buat laporan polis sekiranya apabila sudah ada aktiviti ugut mengugut. Jangan jadi bodoh kuasa 7 dengan membiarkan diri terus ditipu dan membiarkan penipuan ini berleluasa.
.

Pasaran hadapan CPO memang ada di Bursa Malaysia.

Tetapi ia adalah sama seperti nak terlibat dalam pelaburan saham, kena buka akaun dengan pihak yang berlesen. Dan bukannya beri duit pada individu / syarikat tidak berlesen dan mengharapkan pulangan tetap setiap hari, minggu atau bulanan.

Jika kalian mahu tahu dengan lebih lanjut mengenai apa itu pasaran hadapan CPO, sila klik link di bawah:

Apa itu Pasaran Hadapan CPO

Comments on this entry are closed.