Saya Miskin Tidak Berharta, Bagaimana Saya Mahu Bersedekah ?

Pada zaman Nabi Muhammad saw dahulu, ada Sahabat saw yang miskin.

Ada juga Sahabat Baginda yang kaya raya.

Maka apabila para Sahabat yang kaya raya ini mewakafkan tanah, banyak menyediakan logistik peperangan dan banyak bersedekah & berzakat maka para Sahabat yang fakir & miskin ini berasa sedih. Maklumlah, para Sahabat yang jutawan itu juga sama-sama berperang, bersolat & berpuasa.

Sahabat yang fakir & miskin ini sedih. Cemburu kerana ada ibadat yang mereka tidak dapat buat. Bagaimana mereka dapat memperoleh pahala sedekah sama seperti Sahabat yang kaya?

Apa yang Nabi saw buat?

  • Adakah Baginda saw menghukum para Sahabat yang kaya dengan bebanan cukai disamping kewajipan zakat supaya jurang pendapatan Sahabat yang kaya dan miskin semakin merapat ?
  • Adakah Baginda saw memberikan peluang bisnes kepada para Sahabat yang miskin melalui kuota-kuota tertentu?
  • Adakah Baginda saw membuat kawalan harga barang asasi?

Nabi Muhammad saw bukanlah seorang yang buta yang tidak tahu yang mana Sahabat yang miskin dan Sahabat yang kaya. Secara logik akalnya, cara paling popular adalah menyama ratakan pendapatan Sahabat yang kaya dengan Sahabat yang miskin biar mereka sama-sama ada lebihan duit untuk bersedekah.

Nabi saw boleh sahaja menyuruh para Sahabat yang kaya bagi separuh harta mereka kepada para Sahabat yang miskin.

Kan?

Barulah dikatakan pemimpin rakyat. Barulah berkebajikan. Barulah merasai denyut nadi rakyat.

Dari Abu Dzar r.a:

Beberapa orang Sahabat Nabi saw pernah berkata kepada Baginda: Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka.

Nabi saw menjawab: Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah, setiap kalimah takbir adalah sedekah, setiap kalimah tahmid adalah sedekah, setiap kalimah tahlil adalah sedekah, amar makruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah, bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah.

Mereka bertanya: Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami?

Jawab Nabi saw: Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.

(Direkodkan oleh Imam Bukhari)

MasyaAllah.

Bersetubuh, berjimak, melakukan seks dengan suami / isteri pun dapat pahala sedekah.

Inilah cara Nabi Muhammad saw.

Justeru, jika kita memilih jalan kekayaan dan diberikan kekayaan, jangan lupa membayar zakat & membanyakkan zakat. Jika kita belum berharta, banyakkan lah berselawat dan amar ma’ruf nahi munkar dan melepaskan nafsu syahwat dengan cara yang halal sebagai cara lain bersedekah.

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

1 comment… add one
  • Adam Apr 24, 2013

    Terima kasih Pakdi atas perkongsian ini. Sekali sekala baca post sebegini, bagus juga.. Mengingatkan kita kepada tujuan asal mengumpul harta dan kekayaan.. Untuk bersedekah & digunakan ke jalan yang Allah redha.

    Mudah-mudahan…

Leave a Comment