Saham Koperasi Bank Rakyat Dibuka Semula

Alhamdulillah keahlian keanggotaan koperasi Bank Rakyat atau yang ramai orang sebut sebagai ‘saham Bank Rakyat’ telah dibuka semula selepas mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menambah modal mereka.

Memandangkan saya banyak mendapat soalan dari tuan puan pembaca yang budiman mengenai ‘nak melabur’ atau ‘nak simpan’ di mana, maka sesiapa yang belum cukup RM 50,000 sila simpan di salah satu dari tempat berikut (tertakluk kepada kekosongan).

1. Tabung Haji

2. Amanah Hartanah Bumiputera

3. Amanah Saham Bumiputera

4. Saham Koperasi Bank Rakyat

Cuma saya tak pasti keahlian baru terhad kepada RM 500 sahaja atau had RM 500 itu hanya untuk penambahan syer ahli sedia ada.

Apa pun sila ke cawangan terdekat Bank Rakyat atau hubungi mereka:

Tel: 1-300-88-1BANK(12265) E-mel: telerakyat@bankrakyat.com.my

Cepat, nanti habis!

Maklumat lain boleh baca di blog ini: Pertanyaan @FAQ Mengenai Saham Bank Rakyat 2011

About the author: Suzardi Maulan, penulis tutorial online Panduan Cashflow & Panduan Saham Untuk Pelabur Baru. Sila klik sini untuk membaca profil penuh.

19 comments… add one

  • zam Apr 9, 2011

    “p.s. Kalau ada lebih dari RM 50,000 maka boleh hubungi saya.”

    wah ader servis dari pakdi.. baru perasan :), tapi quota tak cukup lagi… hehehe

  • sharinginfoz Apr 9, 2011

    Had RM500 untuk ahli baru dan juga penambahan, kalau nak lebih kena isi borang lain untuk kelulusan lembaga Pengarah. By the way, thanks for the link

  • mumtazah Apr 9, 2011

    InsyaALLAH.

  • Acik fosilmitra Apr 10, 2011

    Persoalan yg akan timbul kelak, adakah Brakyat mampu membayar kesemua pemilik saham ini dengan pulangan keuntungan yg sama seperti sekarang?… Kita mesti ingat sekarang ni dah ada mcm² Institusi kewangan yg membuat pemotongan Biro Angkasa bagi pembayaran balik pinjaman mereka… adakah persaingan masih tidak dirasa oleh Brakyat dan mereka masih tetap akan berdaya saing?… Hmm.. wat masa ni acik tetap proceed dengan unit trust…

    • 2bz4money Apr 11, 2011

      Nampak kemampuan BR utk beri ROI yg agak konsisten utk tempoh jangka panjang. Inilah peluang utk memilik syer BR @RM500 shj disamping menerima kelebihan pada kadar pinjaman ahli dan program2 pendidikan utk anak ahli.

  • sharinginfoz Apr 11, 2011

    Saya dah tengok financial report (2009: yang 2010 belum keluar lagi), BR isytihar 20% +5% tetapi hanya dibenarkan bayar 15%+5% (bagi yang lebih 10 tahun pegang saham) untuk kewangan 2008 dan tahun semasa (2009) sebanyak 20% berjumlah RM398 juta. Lagi satu keuntungan bersih bawa ke hadapan lebih kurang RM1 billion. So secara kewangannya BR quite strong.

  • noriz Apr 11, 2011

    good info sharinginfoz ;)
    apa salah setakat tepikan 500 utk BR ni kan….low-risk plus we get the dividen after a year, tak yah nak tunggu long-term sgt… dan kalau nak lebih, cuba la msuk waiting-list BR utk beli syer lebih dari had 500 tu ….

  • teratak Apr 12, 2011

    Saham bank rakyat nih patuh syariah ker? Ada mana-mana sumber boleh saya rujuk?

  • noriz Apr 15, 2011

    salam teratak…
    di borang semasa apply syer BR ni ada nyatakan… dilabur mengikut konsep Al-Musyarakah…

  • pakdi Apr 15, 2011

    Bank Rakyat adalah koperasi yang patuh Shariah.

    Boleh rujuk senarai penasihat Shariah mereka di:

    http://www.bankrakyat.com.my/syariah

  • Amin007.Ledang Apr 16, 2011

    lama gila nak tunggu giliran.
    dapat nombor pada pukul 3.00 petang.
    hanya dapat dilayan pada pukul 5.05 petang

    akhirnya semua sekali saya punya dalam dalam 1000 unit

    • pakdi Apr 17, 2011

      Panas-panas. Mana branch yang kosong ye? Hehe

  • Acik fosilmitra Apr 17, 2011

    Terkenang kenyataan seorg shbt yg mengatakan apa perlu semuanyer nie?… melabur dlm saham… melabur dlm ASB… melanggan insurans… melanggan unit trust etc… aleh² yg dptnya bukan kita… silap² org yg kita tinggalkan jer yg dpt merasa semua yg kita lakukan dimasa skrg nie…

    Nah!… setidak²nyer kiter dah berikan sesuatu yg terbaik utk dikenang oleh org yg kita sayang? tak gitu…. Sudahkan anda semua mengisi borang penamaan KWSP 4?… :)

  • Percuma Apr 17, 2011

    Salaam,
    Kat Penang, x ramai sangat orang..

  • The Traveler Apr 18, 2011

    kurang berbaloi la melabur kat sini..BR..better cari instrument lain..TAK CAYA??? sila baca sini…http://syah916.blogspot.com/2011/04/perlu-ke-syer-bank-rakyat.html

    Selamat melabur

  • Manohara a/l Narasimuloo Nov 3, 2012

    Salam Pakdi ,

    Saya Manohara a/l Narasimuloo ingin menjaji ahli Koperasi Bank Rakyat, adakah ia masih mengambil ahli baru?

    Terima kasik

  • senoipraaq Mar 16, 2014

    Saham bank rakyat ni memang bagus, saya sudah lama masuk.Tapi dulu beli taklah banyak,tapi leni nak beli susah.Sebab modal Br dah cukup.Yang tambahan Rm500 tu memang boleh,tapi kalau nak beli banyak kena isi borang,saya ni dah bertahun menunggu,hingga kini tak diluluskan oleh BR lagi.Tapi daripada pengetahuan pembacaan kat blog,ada pelabur dapat membeli dalam tempuh yanh sekejap saja.Heran saya.

Leave a Comment