Saham Apa Nak Beli ?

Saham yang bagus untuk dibeli ialah saham yang syarikatnya membuat keuntungan operasi.

Bukan sekadar untuk satu tahun, tetapi bertahun-tahun buat untung.

Maka, untuk menemui syarikat seperti itu seseorang pelabur perlu mendapatkan laporan kewangan tahunan syarikat dan melihat prestasi keuntungan syarikat dari tahun ke tahun. Itu baru langkah pertama.

Langah seterusnya ialah, melihat sama ada saham tersebut sedang dijual pada harga diskaun jika dibandingkan dengan nilai sebenar saham tersebut. Maka pelabur mesti tahu perbezaan antara harga saham dan nilai syarikat. Harga adalah apa yang kita bayar. Nilai adalah apa yang kita dapat. Penilaian harga diskaun berbanding nilai ini dapat dilihat melalui dua cara.

(i) Harga Diskaun Berbanding Nilai Semasa

Apabila penyata kewangan syarikat sudah ada di tangan,  maka carilah data-data kewangan sepert jumlah aset, liabiliti, shareholder’s equity. Dari situ kita dapat kira jumlah hutang jangka pendek & jangka panjang yang syarikat itu. Kemudian lihat trend keuntungan syarikat.

Pelabur mencari syarikat-syarikat yang mana nilai-nilai tersebut sedang dijual pada harga diskaun jika dibandingkan dengan harga saham semasa.

(ii) Harga Diskaun Berbanding Nilai Masa Hadapan

Selepas sudah biasa dengan strategi (i).

Maka berkenalanlah dengan apa yang dimaksudkan dengan growth, future value, profitability.

Selalunya syarikat-syarikat yang kita jumpa dengan cara ini adalah syarikat-syarikat yang bersifat small cap to medium cap. Sebab syarikat sebegini masih ada ruang untuk membesar dalam industri mereka sendiri.

Berbeza dengan strategi (i), apabila melibatkan growth calculation maka ianya menjadi sangat subjektif. Kemahiran menggunakan financial ratio sahaja tidak mencukupi. Kita perlukan business acumen yang baik untuk menilai sesebuah syarikat yang baik. Lebih banyak yang kita tahu mengenai perniagaan maka ia adalah lebih baik.
.

Selain saham yang sudah dikenal pasti jatuh dalam 2 kategori di atas, saham yang bagus juga ialah saham yang mengalami apa yang disebut sebagai …

Special Situation

Ia merujuk kepada aktiviti korporat tertentu seperti merger & acquistion, spinoff, share repurchase, assets sales dan sebagainya.

Syarikat-syarikat di Bursa Malaysia terikat dengan regulasi. Mereka perlu memaklumkan kepada Bursa Malaysia malah ada aktiviti korporat yang memerlukan kebenaran mahkamah sebelum ia dapat dilaksanakan. Maka, sudah pasti kita perlu meneliti dokumen yang berkaitan.

Adalah sangat baik jika tuan mempunyai kemahiran dalam strategi ini. Apa yang diperlukan dalam strategi ini adalah kena rajin membaca. Dan sudah pasti sumber bacaan yang diterima itu adalah sumber yang dapat dipercayai.

You are neither right nor wrong because the crowd disagrees with you. You are right because your data and reasoning are right. – Benjamin Graham

.

Maka untuk jumpa saham apa yang bagus, pelabur mesti ada masa untuk buat analisa pelaburan untuk jumpa syarikat sebegitu. Jika tidak ada masa,  maka ada 2 pilihan:

Strategi Untuk Pelabur Yang TIDAK Ada Masa

  1. Beli indeks (Urus Sendiri)

Tuan fokus portfolio tuan dengan strategi ini:

  1. Syarikat-syarikat yang menjadi index constituent di Bursa Malaysia
  2. Exchange traded fund (ETF)
  3. Dana unit trust yang spesifik menjejak prestasi indeks saham

Bagi kebanyakan pelabur dalam kelompok ini, cara yang sesuai adalah dengan membuat teknik dollar cost averaging.

2. Gunakan Khidmat Licensed Financial Planner

Cari financial planner yang berlesen bawah Capital Market Services Representative License (CMSRL).

Licensed financial planner ini akan bekerjasama dengan pihak fund manager untuk  menguruskan pelaburan saham bagi pihak tuan.

Tuan tak perlu pening kepala lagi nak beli saham apa yang bagus-bagus.

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner. Sekiranya tuan-puan mahukan konsultansi kewangan & pelaburan sila klik link ini: Konsultansi Kewangan

Comments on this entry are closed.