Saham Adalah Harta Berkembang

10yrs

Pelaburan adalah menangguhkan membeli 1 ekor kambing sekarang.

Supaya dapat membeli 10 ekor kambing pada kemudian hari.

Saya ada berkongsikan nota di bawah di Facebook.

Apakah Benar Emas Dapat Melawan Inflasi ?

Secara umumnya, nota tersebut adalah untuk melihat sejauh mana kebenaran teori yang menyatakan 1 dinar pada zaman Nabi Muhammad (berselawatlah kamu) dapat beli seekor kambing biri-biri, dan hari ini 1 dinar pun masih dapat beli seekor kambing biri-biri.

Sila baca nota tersebut dahulu sebelum teruskan membaca. Sebab tujuan nota itu ditulis adalah untuk menunjukkan pada zaman Nabi Muhammad (berselawatlah kamu) pun kambing ada dijual pada harga 1/2 dinar. Jadi, mana mungkin teori 1 dinar adalah harga 1 ekor kambing dari dulu sampai sekarang itu betul ?

Bila kambing patut harga 1 dinar, dijual beli ada harga 1/2 dinar, maksudnya ada diskaun / turun naik harga / inflasi (?) sebanyak 50%!

Dan saya mendapat maklum balas dari Tuan Mohd Zulkifli Shafie :

zul1

Berikut pula adalah respons seterusnya.

zul2

Dan seterusnya.

zul3

Persetujuan tercapai.

Nota ini pun terhasil.

Iaitu terima dahulu TEORI 1 dinar = harga 1 kambing itu dahulu. Andaikan sahaja TEORI itu tepat. Maka dapatlah kita membuat satu asas perbandingan.

Maka pada Januari 2006, dengan RM 650 kita mempunyai pilihan berikut:

  • Beli 1 dinar
  • Simpan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)
  • Beli saham.

Saya memilih secara rawak 4 saham, iaitu BIMB Holdings Bhd, NTPM Bhd, Ajinomoto Bhd dan Lay Hong Bhd. Kriterianya adalah mudah, beli syarikat household name yang tidak berlaku share split berlaku sepanjang 2006-2015.

Tak guna apa-apa filter seperti ROE, ROA, PE, yield, debt to equity ratio dan seterusnya. Cuma strategi disebabkan setiap bulan kita keluar duit beli produk / khidmat syarikat tu, maka kita beli saham yarikat tu. Tidak perlu apa-apa pengetahuan pelaburan lanjut.

  • BIMB – orang bayar hutang rumah, kereta dan ambil takaful
  • NTPM – Tisu
  • Ajinomoto – Serbuk perasa
  • Lay Hong – Jual telur berjenama Nutriplus

Asalnya saya juga mahu meletakkan 1 ETF untuk menjadikannya 5, tetapi tak cukup tempoh 10 tahun. Maka hasilnya adalah seperti berikut.

  • RM 650 yang ditukar menjadi 1 dinar, dapat membeli 2 ekor kambing.
  • RM 650 yang disimpan dalam ASB sekurang-kurangnya berkembang menjadi RM 1,275.51 bersamaan 3 ekor kambing dan tunai RM 300.51
  • RM 650 yang tukar menjadi unit-unit saham BIMB Holdings berkembang menjadi RM 2,736.62 bersamaan 8 ekor kambing dan tunai RM 136.62
  • RM 650 yang ditukar menjadi unit-unit saham NTPM berkembang menjadi RM 4,348.40 bersamaan 13 ekor kambing dan tunai RM 123.40
  • RM 650 yang ditukar menjadi unit-unit saham Ajinomoto berkembang menjadi RM 3,162.50 bersamaan 9 ekor kambing dan tunai RM 237.50
  • RM 650 yang ditukar menjadi unit-unit saham Lay Hong berkembang menjadi RM 3,891.50 bersamaan 11 ekor kambing dan tunai RM 316.50

Inilah yang dimaksudkan sebagai menukar gaji menjadi saham sebagai menukar pendapatan menjadi harta yang berkembang. Kuasa membeli bukan sahaja kekal, tetapi bertambah.

About the author: Saya merupakan konsultan kewangan dan membantu pemilik bisnes + profesional untuk membuat cashflow analysis, assets & liabilities management dan exit plan.

15 comments… add one
  • Hasrul Dec 30, 2015

    Terima kasih Pakdi, inilah perbandingan paling terbaik pernah saya jumpa dan baca. 😀

  • nur fadhli Dec 31, 2015

    Terima kasih untuk perbandingan yang sangat jelas.

  • azuan Dec 31, 2015

    terbaik! tq atas ilmu ini pakdi. boleh komen sedikit mengenai kejatuhan ringgit sebanyak 35% yang ditulis oleh saudara zulkifli. adakah kita boleh berbuat sesuatu untuk melawan/mengurangkan impak senario tersebut. t.k.

    • Suzardi Maulan Dec 31, 2015

      Terus simpan duit dalam bentuk harta yang produktif / berkembang.

  • safari Dec 31, 2015

    Saya rasa Pak Di ni dah tersalah tafsir fact En.Zul tu. Figure yang pak Di bagi tu betul, saham tu dalam bentuk digit/RM memang nampak bertambah, tapi 10 tahun akan datang saya yakin kambing tu bukan lagi harga dia RM650 (2015), kalau inflasi 3.2% seperti sekarang ni ditambah pula jangkaan USD-MYR = RM5.00 tahun depan, kambing tu seekor dah jadi RM900 (2025). Ramai yang salah anggap emas tu anti inflasi dari segi nilainya, tidak. Sebenarnya maksud anti inflasi tu ialah sekiranya kita memiliki 500g emas pada 2015, pada 2025 juga emas kita tu masih 500g, tidak berkurang sedikit pun. tetapi jika wang kertas kita lihat sahajalah, 20 tahun lepas RM200 boleh penuh satu troli di pasar raya tapi hari ini satu troli tu mahu RM450 kalau dibuat perbandingan. Kuasa duit makin mengecil.

    • Suzardi Maulan Dec 31, 2015

      Jadi, apakah teori 1 dinar = harga 1 ekor kambing itu tepat ?

      Dalam nota sebelum ini, sudah dinyatakan teori itu tidak tepat.

      Nota ini pula, berasaskan, kita terima sahaja teori itu, andaikan teori itu tepat. Tidak ada isu salah tafsir.

    • Amir Jul 30, 2016

      Kuantiti emas masih sama tp nilainya akan naik seiring dgn harga barangan lain dlm contoh ni kambing. Dengan anggapan 1 Dinar = 1 ekor kambing sepanjang zaman (secara purata)

      Cuba pulak cara ni. kalau 1 dinar dpt beli 3-5 ekor anak kambing yg baru lahir, lepas 1-2 tahun jual dan tukarkan dengan emas. haha

  • KJ Dec 31, 2015

    Teori 1 dinar = harga 1 ekor kambing tak sesuai digunapakai pada masa sekarang…

    Ini kerana zaman Rasulullah S.A.W matawang yang digunakan adalah dinar emas sahaja yang wujud ketika itu…

    Manakala ekonomi sekarang menggunakan matawang yang tidak lagi disokong atau terikat dengan emas ..

    Nilai dan harga emas antarabangsa pun ketika ini disandarkan kepada harga matawang USD bergantung kepada permintaan dan bekalan…

    Jadi ini bermakna Nilai 1 dinar pun tidak tetap dan akan ada Naik turun dari masa ke semasa…

    Ini bermakna jika penjual kambing ingin menjual 1 ekor kambing, yang dinilai bukan pada 1 keping dinar sebaliknya berapa harga pasaran semasa 1 ekor kambing dalam RM…

  • Elias Abllah Jan 1, 2016

    Emas dan saham mempunyai peranan yang berbeza dalam portfolio pelaburan individu.

    Emas bukanlah cara untuk menjana kejayaan tetapi emas.

    Tetapi perlu ada emas juga supaya jika ada terjadi perang atau bencana alam atau kejatuhan sistem politik dan kewangan. Maka emas amas bernilai ketika ini. Emas umpama insurance pelindungan untuk situasi seperti ini.

    Dalam scenario yang lebih teruk, mereka yang kaya bukanlah yang memiliki saham atau emas. Tetapi beras untuk dimasak.

  • nyet Jan 8, 2016

    Fiamma pakdi fiamma.. kihkihkihkih

  • azim Jan 13, 2016

    Saya rasa perbandingan yang pakdi buat tak tepat dan boleh mislead. Saya check harga emas pada 2006 dalam range rm50 ke rm100 segram, maka harga 1 dinar tak mungkin lebih rm500 masa tu.

  • ENA Mar 29, 2016

    Tq pakdi..suka baca tulisan2 pakdi.

  • Amir Jul 30, 2016

    Emas adalah pelaburan dlm bentuk simpanan nilai untuk jangkamasa panjang. Bukan menjana kekayaan. Sama pada zaman nabi.

    Nak kaya kena buat perniagaan emas atau lain2, baru kaya.

    Melabur dlm saham adalah pelaburan dlm institusi perniagaan, sebab tu menjana kekayaan.

    Kalau nak lagi kaya buat perniagaan sendiri. ROI memang lagi tinggi.

    Pilih yg mana ikut kesesuaian dan tujuan masing2

Leave a Comment