Sahabat Tidak Mahu Harta Tetapi Rasulullah Tetap Suruh Ada Harta. Sebabnya ?

ric

Satu hari Rasulullah saw menghantar seseorang bertemu dengan Amru bin Al-Ash dengan pesanan, “Bawalah pakaian perang dan senjata dan bertemu dengan Nabi saw,”

Beliau pun bertemu dengan Rasulullah saw ketika Baginda sedang berwudhu’. Melihatkan Amru telah pun siap berpakaian perang, Baginda pun berkata:

+ Aku ingin menghantar kamu berperang dengan sepasukan askar. Semoga Allah menyelamatkanmu, memberi ghanimah dan aku mahu engkau mendapat harta yang baik.

Amru pun menjawab, “Wahai Rasulullah, aku ini masuk Islam bukan sebab nak harta. Tetapi sebab aku cintakan Islam dan mahu sentiasa bersamamu.”

Rasulullah saw pun berkata:

+ Wahai Amru, sebaik-baik harta adalah di tangan orang yang baik (soleh).

Kisah ini diambil dari sebuah hadis Shahih yang direkodkan oleh Imam Ahmad dan Imam Bukhari dalam Adab al-Mufrad.
.

Daripada kisah ini kita dapat ketahui Islam tidak pernah melihat kekayaan itu satu keburukan.

Ghanimah ialah harta rampasan perang dan antara penerima ghanimah ini ialah askar-askar yang pergi berperang. Ghanimah ini merupakan satu hak yang perlu diberikan kepada mereka yang layak. Sebab itu Rasulullah (berselawatlah kita) tetap mahu memberikan bahagian tersebut kepada Amru bin al-Ash.

Malah baginda menekankan lagi tentang kepentingan harta itu di tangan orang yang baik-baik. Ini kerana apabila orang yang baik-baik yang mempunyai harta maka sudah tentu ia dibelanjakan untuk perkara yang baik-baik. Maka sekiranya orang yang baik-baik ini tidak mahu kepada harta, maka sudah tentu harta itu jatuh ke tangan yang salah dan seterusnya membawa kepada banyak kerosakan di muka bumi.

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner yang membantu individu untuk memulakan tabung persaraan — Klik sini untuk info lanjut

Comments on this entry are closed.