Rumah Sendiri: Harta atau Beban ?

1. Saya cuma 89% bersetuju jika rumah yang kita beli itu adalah harta & aset sekiranya ia dibeli secara tunai; atau rumah yang sudah habis hutangnya. Sebenarnya, kalau pun dah habis bayar masih ada banyak kos lain yang perlu dibayar. (sebab tu cuma setuju 89% sahaja)

2. Sekiranya rumah yang kita beli itu masih banyak hutangnya, masih lama tempoh hutangnya, saya tidak fikir hati menjadi senang, tenang dan aman damai.

3. Justeru, kita perlu elakkan membeli rumah kediaman berdasarkan emosi. Banyak perkiraan yang perlu dibuat dan bukan sekadar asalkan ‘loan’ lepas.

hutangtenang

4. Sila lihat gambarajah di atas, adakah kalian jenis individu yang semakin banyak hutang, hatinya semakin tenang ?

5. Maka adakah wajar tindakan kita, walaupun harga rumah tengah mahal (secara umumnya), masih kena beli rumah juga at any cost ? Kerana berpegang jika tidak ada rumah sendiri hidup umpama merempat kerana tiada harta & hati tidak tenang.

6. Oleh kerana rumah kediaman sentiasa menyebabkan duit keluar setiap bulan, saya masih memandangnya sebagai beban & liabiliti. Rumah kalau tak bayar cukai pun boleh kena sita oleh kerajaan. Tak bayar bil elektrik TNB potong. Tak bayar bil air kena potong juga. Bukan bank sahaja ada kepentingan terhadap rumah kediaman kita ya.

7. Jadi, kena ada strategi berikut untuk mengawal risiko keberhutangan:

i. Beli rumah yang lebih murah dari harga pasaran. Jika belum jumpa, maksudnya belum cukup mencari dan berunding.

ii. Mempunyai pendapatan & simpanan khas untuk menampung kos lain yang datang semasa pembelian rumah. Jangan menambah hutang lain yang tidak perlu semasa membeli rumah seperti personal financing untuk ubah suai rumah, beli tilam & buat bayar deposit beli rumah.

iii. Mendapatkan pembiayaan perumahan yang dapat mengurangkan prinsipal pembiayaan dengan cepat & seterusnya dapat melangsaikan hutang rumah dengan pantas.

8. Sementara itu, menyewa adalah jauh lebih murah & jimat.

9. Tidak bersetuju dengan saya pun tidak mengapa. Saya cuma mengingatkan kos memiliki rumah ini mahal. Pembelian rumah adalah kos paling besar dalam hidup ramai orang. Justeru, perlu buat pengiraan yang betul.

10. Justeru, perasaan ingin memiliki rumah sendiri perlu dinilai bersama perasaan memiliki hutang yang banyak sepanjang 30 tahun.

p.s. Ketahui strategi melangsaikan hutang rumah dengan lebih cepat. Klik sini untuk mendapatkannya.

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

23 comments… add one
  • topeq Apr 8, 2013

    tambah lagi 1% jadi 90% je la.. 😀

    • Suzardi Maulan Apr 8, 2013

      Kalau ada aset yang tolong bayarkan jadi 100% 😉

  • staibaqhang Apr 9, 2013

    tambahan kalau rumah itu bumbung nya atas angin, lantainya atas angin.. tiap2 bulan ada bayaran maintainance….

  • Nur Fadhli Dec 9, 2013

    Ada orang buat macam ini. Satu rumah untuk dia tinggal sendiri. Bila dapat satu anak, dia beli satu lagi rumah dan disewakan. Kalau 3 anak, dia ada 3 rumah yang disewakan. Rumah itu boleh jadi hadiah untuk anak-anaknya atau dijual untuk keperluan anak-anak tersebut (belanja untuk pengajian tinggi, rawatan penyakit kronik dll.)

    • sue Apr 17, 2014

      kalau duit ko menimbun-nimbun bole la ko buat camtu…
      Hakikatnya ramai yang nak beli rumah pertama pun sampai merah mata.
      Apalagi kedua, ketiga dan seterusnya…

      • Nur Fadhli Jun 18, 2015

        InsyAllah boleh. Kita simpan duit dulu sikit-sikit, cukup untuk downpayment, beli rumah dan sewakan. Simpan duit lagi untuk rumah seterusnya. Memang makan masa dan boring…

      • Nur Fadhli Jun 18, 2015

        Ini berdasarkan pengalaman rakan sekerja, Abang Salleh namanya. Tahun 2012, gaji beliau hanya RM 2000 sebulan, isteri bekerja operator kilang, sekitar RM 1500 sebulan. Abang Salleh sudah ada 3 rumah yang sesuai dengan pendapatan isi rumah mereka, flat di Bukit Raja (own stay), rumah teres satu tingkat di Pulau Indah (disewakan) dan rumah teres satu tingkat di Tambun, Ipoh (for parents). Abang Salleh beritahu saya, kalau tidak beli rumah, duit itu pasti habis dibelanjakan. My utmost respect to Abang Salleh and his wife.

  • riz Apr 25, 2014

    tunggu la kerajaan buat rumah 1 malaysia.apa nama nya prima.usah harapla

  • nashar Apr 25, 2014

    Dari kacamata org baru bina keluarga semestinya nak beli rumah.sebab kalau tungu duit byk yang makan gaji tak dapat beli rumah sebab kenaikan harga rumah lagi tinggi dari kenaikan gaji.bila beli rumah waktu berumur insuran dah mahal.rumah sewa ni tiba tuan rumah nak balik,pening memikirkan mencari kediaman baru untuk keluarga

  • nashar Apr 25, 2014

    Dari kacamata kewangan sepatutnya macam pakdi kata la jangan ikut emosi

  • hafiz Apr 25, 2014

    sewa @ beli ? dua2 saya dah lalui.. hati tenang ke kalau menyewa ? belum ada rumah sendiri ? bg saya, x tenang selagi tiada tempat berteduh yang hakiki utk keluarga saya..

    saya sanggup pening kepala berusaha cari dan beli rumah semata-mata untuk keluarga, tapi kalu masih bujang, lebih baik menyewa dengan kawan-kawan yang boleh menjimatkan lagi perbelanjaan.

    menyewa sampai bila ? biasa rate sewa akan naik tiap2 tahun.. paling kurang rm50-rm100 setiap tahun bergantung kepada tuan rumah… duit bayar hutang loan rumah walaupun membuatkan hati resah tentang hutang, namun bayaran bulanan tersebut ada hasil yang kita keluarkan tiap2 bulan dan hak milik kita. jika sewa, tiada pulangan kembali. 🙂

  • emma Apr 25, 2014

    bersetuju dengan hafiz. walaupun loan selama 30 tahun pun, rumah InsyaAllah harta kita, yg InsyaAllah boleh kita warisi kepada keturunan. tetapi kalau sewa 30 tahun pun tetap harta orang.. kalau tuan rumah tak nak sewakan lg terpaksala pindah sana-sini

  • Muhyiddin Apr 25, 2014

    Apa pandangan Pakdi tentang aktiviti sublet sebagai penambah pendapatan?

  • kerry Apr 26, 2014

    Saya setuju bab kos rumah & so on. Tapi ada juga yg sy tak setuju. Cuma pd masa skrg ni..rasanya mmg ramai yg buat 2-3 kerja pun msih lgi sedikit ‘sempit dan semput’.

    Saya cuma rs saya perlu kluar dari comfort zone. Dan itulah yg saya buat sekarang. Dari seorang surirumah..jana pendapatan 5-6k sebulan dgn bisnes online.

    Harga rumah kita tak tahu bila nak merudum. Ramalan ttg housing bubble akn berlaku tahun ni..msih x nmpk byg. Landed property mmg pyh la nk dpt.

    Dah hmpir 3 thn pencarian kami sblm kami decided beli apartment di shah alam. Stakat ni alhamdulillah..x rasa terbeban.

    Clue nya..kluar dari comfort zone. Jgn slhkn faktor sekeliling semata. Kita ni bebel2 hrga brg naik..menteri2 pasola tu bukan kisah pun. Kalau dok tunggu diorg punya inisiatif turunkn harga rumah..5-6 thn kot. Tu pun turunkan 2-3k. So..on part of kita..dr dok tunggu nganga je..do something

  • ujang Apr 28, 2014

    bab beli rumah jadi liabiliti tu kurang setuju 5% hehe..,

    kalau kita beli rumah sekarang bayar bulan2 Rm800.., 20 tahun lagi pun kurang lebih bayar rm800 juga

    Tapi kalau sewa rumah bulan2 rm800.., 20 tahun akan datang belum tentu dapat sewa dengan harga rm800 dengan rumah yang sama besar…yer dak..?

    ke saya silap..=)

  • ujang Apr 28, 2014

    konsep beli rumah ikut abang hensem

    “beli dulu baru tunggu.., bukan tunggu dulu baru beli..”

    beli dulu baru tunggu harga naik.., bukan tunggu harga turun baru nak beli(pakatnya tak beli2)

  • kudi kumuda May 12, 2014

    saya pilih beli JIKA:
    1. dapat rumah dibawah harga pasaran
    2. sewa kawasan sekitar lebih tinggi dari ansuran bayaran bank
    3. bayaran bank tidak melebihi 10% dari pendapatan boleh guna keluarga
    4. memperkukuhkan simpanan tunai (faktor kecairan).
    5. membantu meningkatkan aset syarikat keluarga…

  • Saifulazam Oct 4, 2015

    beli rumah RM200k bayar riba bank RM600k …terbaik

  • Nur Fadhli Nov 2, 2015

    Saifulazam, kalau guna Islamic home financing, tak bayar riba

  • Eira Apr 18, 2016

    Assalamualaikum, pakdi..
    Saya ingin minta pandangan adakah patut saya beli apartment di putrajaya (230k) sbg rumah kedua (guna loan bank )memandangkan saya telah ditawarkan rumah tersebut oleh perbadanan dan sekiranya menolak, tiada lagi peluang utk memiliki hartanah di kawasan ini dan syarat2 memiliki hartanah di sini sangat ketat semasa permohonan dulu dan rugi sekiranya menolak. saya bercadang utk menetap di putrajaya memandangkan tempat kerja yg berdekatan.
    Tetapi saya:
    1. Baru membeli rumah teres di semenyih (350k)-loan gomen, siap tahun awal 2017.
    2. Income kasar 5k
    3. Ansuran kereta rm800
    4. Bujang
    Rumah teres tersebut hendak disewa apabila siap nanti. Mohon pencerahan dan nasihat adakah wajar saya beli apartment tersebut dan apakah tindakan yg perlu saya buat.

    Sekian terima kasih.

  • Nur Fadhli Jun 14, 2016

    Salam Eira,

    Komen saya. Dengan income 5000, bayaran bulanan rumah sepatutnya max 1600. Rumah pertama 350k perlu bayar 1750 sebulan. Rumah kedua 230k perlu bayar 1150 sebulan. Jumlah bayaran 2 rumah dan kereta sudah 3700. Baki gaji tinggal 1300. Cukup? Dah sedia? Bagus beli rumah tapi rancangan dan persiapan perlu betul. Semoga dikurniakan yang terbaik daripadaNya.

Leave a Comment