Rumah Mampu Tengok

haus

Pendapatan median isi rumah Malaysia sebanyak RM 3,626.

Jadi harga rumah di Malaysia seharusnya dijual pada sekitar harga RM 130,000 dan ke bawah.

Namun, harga rumah hari ini dijual secara umumnya bermula dari RM 240,000 dan ke atas.

Ini menyebabkan di sebahagian besar kawasan, khususnya kawasan bandar dan Lembah Klang, ia menjadi rumah mampu tengok sahaja.

Itu cerita 1Malaysia.

Pemerhatian saya secara rawak di kawasan Lembah Kelang mendapati rumah apartment berkeluasan 1,000 sqf ada dijual sehingga RM 400,000.

Manakala, rumah teres 2 tingkat bermula dari RM 600,000.

Ya, saya maklum, ada kawasan yang jauh lebih mahal dari harga yang saya tulis ini.

Seterusnya menyebabkan seorang graduan yang terus dapat kerja dan gaji RM 5,000 sekalipun, masih belum mampu beli rumah. Jika dapat beli sekalipun, mungkin ia melebihi komitmen hutang sepatutnya yang patut dibuat.

Rumah Harga Wajar

Beli rumah yang berkadar wajar dengan pendapatan tuan

Jika belum mampu, menyewalah.

Saya sedar ramai orang benci mendengar kata-kata ini. Tapi tugas saya bukan nak sedapkan hati orang, tetapi tugas saya adalah menyampaikan mesej, iaitu sila berhutang di bawah kemampuan sebenar.

Jika masih memilih untuk terus berhutang di luar kemampuan, itu pilihan tuan.

Sila mulakan urus duit gaji dengan kaki kanan. Seperti bersedia membeli rumah pada harga sepatutnya. Tahu untuk  menguruskan hutang rumah. Klik link di bawah untuk info lanjut:

www.panduancashflow.com

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.