Rukun Jual Beli

“Makcik jual karipap ni ye.”

“Saya beli.”

Selesai jual beli karipap.

Namun, bagaimana pula dengan pembelian air di vending machine? Apabila kita membayar harga untuk setin air berkarbonat tiada pula mesin itu sebut, “Saya jual ye.”

Dan kita tidak pernah pula menyebut depan mesin tu, “Saya beli,” macam kita biasa buat di pasar.

Sah ke tidak?

Kenapa tidak ada mesin yang menyebut, “Saya jual,” setiap kali beli air tin di vending machine untuk menunjukkan berlaku akad ijab qabul?

Apakah kerana tidak wujud panel Shariah dalam syarikat tersebut?

Atau, situasi tersebut darurat sebab mesin tersebut dicipta oleh orang bukan Islam?

Ho ho ho.

Ya, walaupun vending machine ini hanya wujud pada zaman moden, namun ulama’ Islam telah membincangkan hal sebegini dalam fiqh jual beli ini dari zaman dulu lagi.

Persoalan fiqh ini berkaitan sah dan batal.

Seperti solat oleh seorang lelaki siap berjubah dan berserban namun dia tidak membaca al-Fatihah, maka solatnya tidak sah.

Seterusya lelaki yang bersolat tanpa baju namun kainnya cukup menutup kawasan dari pusat hingga lutut dan memenuhi semua rukun solat, maka sah solatnya.

Manakala individu yang solat dengan niat mahu menunjuk-nunjuk selagi mana solatnya cukup rukun, solatnya masih sah. Hukum sesama manusia hanya wujud atas sesuatu yang zahir sahaja. Niat menunjuk itu sesuatu yang tersembunyi dan hanya Allah swt yang tahu maka Allah yang lebih berhak untuk menerima atau menolak solat tersebut.

Begitu juga dalam fiqh berkaitan harta atau pun fiqh muamalat.

Jual beli juga ada rukunnya. Saya pecahkan kepada 4 rukun.

  1. Penjual & pembeli
  2. Subjek Jualan
  3. Harga / medium pertukaran (consideration)
  4. Penawaran & penerimaan (offer & acceptance / ijab & qabul)

Maka kita mesti memenuhi semua rukun di atas serta syarat-syaratnya untuk menjadikan sesuatu jual beli itu sah.

Majoriti ulama sepakat tentang rukun jual beli dan apa yang mereka tidak sepakat adalah syarat untuk setiap rukun tersebut. Misalnya:

  • Adakah lafaz ijab dan qabul itu mesti disebut secara lisan?
  • Adakah barang mesti wujud sebelum jual beli boleh berlaku?
  • Adakah barang itu mesti dalam posession penjual?
  • Adakah kanak-kanak boleh berjual beli?
  • Adakah lepas beli barang kena terus hantar (delivery) ?
  • Dan macam-macam lagi.

Manakala untuk jual beli sesama barang ribawi ada satu lagi rukun tambahan iaitu:

5. Qabd (posession)

Rukun ini wujud kerana jual beli sesama barang ribawi yang sama jenis mesti dilakukan secara tunai (spot).

Maka dalam situasi membeli air tin di mesin automatik, di manakah akadnya?

About the author: Saya merupakan penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang & ebook Panduan Cashflow. Pemegang sijil profesional Islamic Financial Planner (IFP). Klik untuk membaca profil penuh.

1 comment… add one

  • anuar safian Sep 3, 2013

    ulama dari mazhab berbeda pandangan, diulangi ulama zaman dulu (sebelum ada vending machine) ya.. Mazhab syafie menguatkan hujah dimana setiap pembelian mesti ada akadnya namun ulama sesudah zaman beliau (masih zaman dulu) meringankan sebutan akad hanya untuk pembelian yang melibatkan jumlah atau barangan yang besar sahaja..

Leave a Comment