Return On Investment; Report Card Pelaburan Kita

lo

Bagaimana tuan mahu tahu prestasi pelaburan tuan ?

Caranya dengan mempunyai 1 catatan yang bersistematik.

Melalui report card atau pun jurnal pelaburan. Kemudian membuat pengiraan Return on Investment (ROI) secara terkompaun.

Pulangan Purata vs Pulangan Terkompaun

Pada satu hari misalnya tuan mendengar ada kawan berkata.

Fund ABC bagi untung 150% dalam tempoh 10 tahun.”

Maksudnya, modal RM 10,000 berkembang menjadi RM 25,000.

Wow. 150%.

Tuan pun berkira-kira. 150% ÷ 10 = 15% setahun! Wow.

Tapi kiraan itu tidak tepat. ROI terkompaun adalah 9.6% sahaja. Tuan Razali Razman ada menerangkan kenapa kiraan pulangan secara purata adalah tidak tepat. Sila baca nota yang disediakan oleh beliau:

Mengapa Kiraan Pulangan Purata Tidak Tepat ?

Buat Untung Mesti Konsisten

Begitu juga dalam pelaburan saham misalnya.

Ada orang beritahu dia dapat untung RM 500.

  • Jika modalnya RM 1,000 itu bermaksud simple ROI yang diperoleh 50%
  • Jika modalnya RM 10,000 itu bermaksud simple ROI yang diperoleh 5%.

Itu baru sekali jual-beli.

Bagaimana prestasi jual beli saham selama 1 tahun ?

  • Apakah setiap berurusniaga dapat untung 50%? Tidak ada rugi langsung ?
  • Apakah untung / rugi yang diperoleh itu bersih, atau kasar sebab masih belum tolak kos-kos berkaitan ?

Mengetahui cara kiraan pulangan adalah penting kerana ramai yang mahu uruskan duit pelaburan sendiri. Sasaran pelaburannya besar sebab …

  • Nak dapat lebih untung dari FD
  • Nak dapat lebih untung dari TH
  • Nak dapat lebih untung dari KWSP
  • Nak dapat lebih untung dari ASB

Kalau buat pelaburan sendiri tapi dapat untung lebih rendah dari instrumen kewangan lain seperti di atas, lebih baik tidak perlu melabur di tempat lain. Itu namanya kos melepas. Tapi macam mana nak tahu prestasi pelaburan sendiri kalau jurnal pelaburan pun tidak ada ?

Untuk mengatasi inflasi sahaja, kalau kita melabur RM 10 ribu bermula 5 tahun lepas, hari ini mesti berkembang lebih dari RM 11,600. Maka jumlahnya sudah tentu lebih besar kalau nak lawan return TH, KWSP dan ASB. Barulah pelaburan itu tadi berbaloi.

Maka dengan mempunyai satu catatan pelaburan yang bersistematik iaitu report card atau jurnal pelaburan, sudah tentu tuan dapat mengetahui prestasi pelaburan diri sendiri selama ini.

Namun harus diingat, ROI bukan penentu prestasi masa hadapan. Sedangkan kita melabur untuk masa depan.

Nota ini disediakan oleh Suzardi Maulan {Pakdi}. Lebih banyak pengiraan kewangan seperti ini ditunjukkan dalam Nota Online Pelabur Baru – www.laburduit.com

 

About the author: Suzardi Maulan; Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info pelaburan saham

Lagi Artikel Menarik

12 comments… add one
  • rohaniah noor Oct 12, 2012

    Setuju, ROI memainkan peranan penting dalam mana-mana pelaburan wang yang kita lakukan.

  • ilyas Oct 12, 2012

    jadilah pelabur yang bijak

  • UMARvellous Oct 18, 2012

    Sayangnya ramai yang lebih suka melihat kepada nilai total dan bukannya keuntungan bersih.. Jualan RM10,000 dia ingat semua RM10,000 tu dia boleh joli.. =P

  • amin007.ledang Oct 18, 2012

    baru faham maksud ROI…

  • dhamiaqysara Mar 28, 2015

    Br saya faham ROI & konsep sebenar..tqvm

  • Sharifah Jul 22, 2015

    Saya seorang student berusia 19 tahun yang teringin menceburkan diri dalam pelaburan saham. Post ni sangat membantu saya memahami pelaburan saham.
    Terima kasih.

  • titan Dec 28, 2015

    yap.

    sebab tu kekadang ketawa gak la bila ada orang sembang lebat macam tu.

    kita senyum ajelah jawabnya.

Leave a Comment