Retire Young

tap

Aku punya pendapat yang berbeza.

Berkenaan dengan retire young.

Ramai yang terkejar-kejar nak retire young. Aku pun tak paham apa yang dimaksudkan dengan retire. Kalau ikut maksud retire, bersara, tak bekerja. Kalau dulu bekerja dengan orang lain, company orang, company kerajaan.

Bila dah berhenti, mula kerja sendiri, ada company sendiri, itu tidaklah retire. Kita masih juga bekerja. Kita masih berusaha untuk company sendiri pula. Cuma bezanya mungkin kita dah jadi bos, tetapi tetap kuli dalam company sendiri.

Kadang-kadang geli pula dengan ayat ‘poyo’ retire young ni. Ramai orang kita terkejar-kejar ilusi nak duduk goyang kaki dapat duit ni. Retire young katanya. Sedangkan aku lihat yang bangsa lain, tak kisah pun retire young bagai, pasal mereka faham & sibuk fokus bangunkan company sendiri. Dah tua pun masih semangat naikkan nama dan company sendiri. Mereka nak buat lagi dan lagi. Nak tambah hasil, nak kembangkan company, komited bekerja.

Aku ada kenal sorang Chinese yang low profile, hasil cash flow properties saja dah RM 100 ribu lebih sebulan. Tapi masih ke sana ke mari cari duit. Setakat nak duduk goyang kaki memang dah boleh. Commercial properties punya rental lebih dari cukup.

Banyak juga aku korek-korek tips dari dia. Dan jawapannya adalah passion, minat dan enjoy dengan apa yang dia buat. Lepas satu budget hotel, ke satu budget hotel yang lain dia setup. Memang tak akan berhenti sebab dia suka properties. Dia cakap sama aku, dalam banyak-banyak business dia buat, property banyak senang. Ha ha ha.

Aku borak-borak beritahu aku tengah setup homestay siap dengan swimming pool. Terus dia cakap, “Bagus itu memang bagus.”

Bila aku suarakan duit banyak keluar untuk itu , jawapan dia, “Takpe Shafie, lu keluar duit sekali saja, nanti hari-hari lu boleh dapat wang,”

Aku respect orang-orang begini . Kalau nak kira retire, duduk rumah goyang kaki pun duit datang kat dia sebab dah ada aset yang melambak-lambak.

Tapi yang aku tak tahan, kalau orang kita ni, income baru seciput, dah sibuk cerita pasal retire young.

Nota ini diambil dari status Facebook Tuan Shafie Bustan, pelabur hartanah setelah mendapat keizinan beliau.

Comments on this entry are closed.