Refinance Hartanah; Hijrah Dari Perbankan Riba ke Perbankan Konvensional

Soalan yang diterima dari FB Page:

Assalamualaikum Tuan Suzardi,

Jika sekarang saya guna perbankan konvensional untuk pinjaman membeli rumah, kemudian nak menukarkannya kepada perbankan Islam, wajarkah atau saya habiskan aje bayar loan tu … ?

HCS

Jawapan:

Waalaikumussalam Cik Puan,

1. Ya wajar. Itu adalah tindakan paling baik. Cik Puan buat refinancing semula pembiayaan rumah tersebut menggunakan pembiayaan secara Islamik.

2. Namun sekiranya setelah mengira kos refinancing, dan mendapati kos-kos yang mengiringi refinancing tersebut menyebabkan Cik Puan menjadi tidak mampu pula,  maka dapat tangguhkan dahulu sementara waktu.

3. Jika dalam situasi #2, maka Cik Puan kena sentiasa memantau harga semasa rumah tersebut, kadar pembiayaan & kemampuan kredit.

Semoga niat yang baik untuk kembali kepada pembiayaan Islamik ini dipermudahkan.

Amin.

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

5 comments… add one
  • Faizalpj Apr 22, 2013

    Macama mana nak tahu yg bank itu buat loan yg islamik.sori nobb

  • ANI Apr 22, 2013

    ya, saya amat setuju dgn nasihat yg diberikan. sudah tentu keutamaan ialah – refinance dari pembiayaan konvensional —> Islamik. namun sekiranya dgn membuat refinance ketika itu akan menyebabkan beban (e.g. lock-in period denda sampai ribu2 ringgit) maka dibolehkan habiskan dulu lock-in period tersebut. saya percaya Islam tidak membebankan 🙂 sebaik tamat tempoh, maka boleh lah mulakan refinance ke pembiayaan Islamik.

  • Mohamad Nov 8, 2015

    Salam Pak Di, Saya sudah refinance semula rumah saya dengan pinjaman islamik (3 tahun konvensional kemudian refinance kpd islamik sudah 3 tahun). Kalau saya nak jual rumah tu semula bagaimana? adakah dgn harga pasaran atau harga pokok?.

Leave a Comment