≡ Menu

Rahsia Senang Mendapat Pinjaman

Wow.

Itulah komen spontan saya selepas membaca buku ini.

Rahsia Senang Mendapat Pinjaman. Ditulis oleh Tuan Wahi Abd Rashid.

Tagline buku ini, “Ketahui Teknik Mudah Mendapatkan Pinjaman Bank Tanpa Cagaran, Penjamin dan Kertas Kerja.”

Gaji beliau dan isteri cuma RM 6,000 tetapi dapat menguruskan pinjaman sebanyak RM 2.7 juta untuk 16 biji kereta milik syarikatnya, 2 rumah teres dan 22 biji kereta berbentuk ‘tolong sambung bayar’.

Penulis, Tuan Wahi merupakan bekas pensyarah dan kini merupakan usahawan sepenuh masa kereta sewa di Bintulu, Sarawak, sila ke www.car-rental-bintulu.com

Gaji Tak Cukup

Seperti ramai orang yang tidak membaca blog Pakdi.net, beliau memulakan hidup selepas habis belajar dengan membeli motor, membeli kereta dan seterusnya berkahwin. Kesemuanya dengan berhutang.

Situasi ini bertambah sukar apabila beliau membuat pinjaman ASB. Bank sentiasa ragu untuk memberikan pembiayaan kerana adanya liabiliti pinjaman ASB. Ho ho.

Walaupun begitu, beliau tekad untuk berniaga dalam bidang yang dia minat iaitu automatif. Dapat pandu macam-macam kereta katanya. Secara tidak sengaja beliau menemui ‘rahsia’ ini.

Rahsia Akaun Semasa

Segalanya menjadi lebih mudah apabila berurusan dengan bank apabila beliau mempunyai akaun semasa yang aktif.

Ya, aktif dengan bukti keluar masuk duit setiap bulan.

Beliau makin menyedari hakikat ini apabila satu hari penjual kereta terlupa menyertakan sekali penyata akaun semasa kepada bank. Bagi sahaja penyata akaun semasa, selesai!

Buat Bisnes Dari Sekarang

Mempunyai akaun semasa sahaja tidak cukup. Kita perlu ada bisnes yang aktif yang diterjemahkan dalam akaun semasa tersebut. Ada tekniknya. Tuan Wahi kongsikan dalam buku beliau.

Mengharapkan duit gaji semata-mata memang tidak cukup. Suka atau tidak kita perlu tahu cara-cara menambah pendapatan setiap bulan, buat sedikit demi sedikit dan konsisten.

Susah Nak Buat Pinjaman?

Tuan Wahi menyedari ramai usahawan gagal mendapatkan pembiayaan dari pihak bank. Akhirnya terpaksa mengadu dengan along. Justeru beliau mahu menolong usahawan-usahawan yang menghadapi situasi yang pernah beliau alami satu ketika dulu.

Buku ini juga adalah sesuai untuk kalian yang makan gaji serta ada pendapatan tambahan dan bagaimana untuk membuktikan kepada bank yang kalian berduit. Namun kita mesti ingat, kemudahan pembiayaan mesti diutamakan untuk mengembangkan bisnes dengan membeli aset terlebih dahulu.

Sila dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran atau klik di sini untuk membeli secara online.

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.