Pulangan KWSP-i Dijangka Sama Dengan Akaun KWSP Konvensional

kw

Berikut adalah laporan tentang akaun KWSP patuh Shariah.

Akaun ini dijangkakan bermula pada Januari 2017.

Dari Bernama.

KWSP jangka kadar dividen sama akaun syariah, konvensional

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangka pemegang akaun syariah yang akan dilancarkan tidak lama lagi menerima pulangan dividen yang sama seperti akaun konvensional.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata KWSP komited untuk menyediakan pulangan jangka panjang mapan dengan minimum 2.5 peratus dividen nominal setiap tahun atau dua peratus di atas kadar inflasi.

“KWSP berusaha untuk mencapai objektif strategik semasa bagi simpanan syariah, walaupun tanpa jaminan minimum dividen nominal setiap tahun,” katanya pada Forum Kewangan Islam Global di sini, pada Khamis.

Dana patuh syariah sepenuhnya pertama itu akan dilancarkan pada Januari 2017.

Bulan lalu, Shahril Ridza dilaporkan berkata tidak ada sebarang jaminan pulangan dividen bagi akaun syariah, sejajar dengan prinsip syariah yang menganggap pulangan yang dijamin sebagai faedah.

Sebaliknya, pulangan bagi akaun syariah itu akan berasaskan kepada prestasi portfolio, manakala akaun konvensional dijamin pada pulangan minimum 2.5 peratus setiap tahun.

Shahril Ridza juga berkata, KWSP tidak akan memaksa pencarumnya untuk menukar akaun konvensional mereka kepada akaun patuh syariah.

“Kami akan biar mereka memutuskan sendiri apa yang terbaik bagi mereka dan akaun syariah terbuka pada semua, orang Islam mahupun bukan Islam,” katanya.

Ketika ini, pelaburan patuh syariah menyumbang 45 peratus daripada jumlah pelaburan KWSP sebanyak RM295 bilion.

About the author: Nak cari individu yang boleh bercakap tentang urus duit untuk organisasi anda ? >>Klik sini untuk keterangan lanjut<<

Comments on this entry are closed.