Pinjam vs Hutang

“Buat loan Bank Islam.”

“Pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat.”

“Pinjaman perumahan dengan Maybank Islamic.”

Antara punca kekeliruan terhadap perbankan Islam adalah apabila “meminjam” dengan bank-bank Islam “hutangnya” sama dengan bank-bank konvensional. Tiada beza pada pandangan kasar.

Namun wujud perbezaan yang tuan / puan wajib tahu.

1) Bank-bank Islam tidak memberi pinjam (loan/qard). Mereka memberikan pembiayaan berasaskan kaedah jual beli yang menghasilkan hutang (debt/dayn). Mekanisma jual beli tersebut telah saya tulis secara umum menerusi artikel ini:

Bank Islam Back-Door Riba?

Contohnya, Ahmad menjual komputer RM 5,000 kepada Ali dan bayaran dibuat secara ansuran dalam tempoh 3 tahun.

Ini namanya jual beli berhutang atau dalam istilah lain jual beli tangguh. Wujud hutang.

2) Manakala bank konvensional pula memberi pinjaman dan mengambil untung dengan jalan riba. Contohnya:

Sam nak beli komputer dan Dol meminjamkan duit kepada Sam sebanyak RM 5,000 dengan untung riba 5% selama 3 tahun.

Maka transaksi di atas ini adalah riba.  Wujud hutang.

3. Namun cara bank-bank Islam buat adalah halal, patuh Shariah kerana berasaskan jual beli. Jadi kita boleh ambil untung dengan cara jual beli (sale / bay’) sikit atau banyak atau tak mahu ambil untung langsung pun ok.

4. Manakala cara bank-bank konvensional  adalah haram kerana berasaskan pinjaman riba. Kita tidak boleh ambil untung dari pinjaman (loan / qard).

5. Justeru, kita tidak boleh sekali menyamakan riba dan jual beli atau menyamakan bank konvensional dan bank Islam kerana telah wujud larangan yang keras dari Allah swt mengenai perbuatan yang menyamakan riba dan jual beli:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka berkata, “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba.”

Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.

(al-Baqarah: 275)

About the author: Suzardi Maulan, penulis tutorial online Panduan Cashflow & Panduan Saham Untuk Pelabur Baru. Sila klik sini untuk membaca profil penuh.

25 comments… add one

  • Saharizam Mar 2, 2012

    Pencerahan yg bagus. Kena diingatkan biar banyak kali.

    Satu lagi yg masyarakat terkeliru bila org membeli rumah belum siap mengikut pembiayaan Islamic.Bank beli drpd pemaju dan jual semula kpd kita pada markup price. Bila projek terbengkalai, pembeli tetap dibebani dengan tuntutan hutang walaupun mereka tidak dapat rumah yang ‘dibeli’ drpd bank. Mungkin bila polisi bina dan jual dilaksanakan sepenuhnya, barulah Islamik banking akan kelihatan juga Islamik (tidak menekan).

  • Abahfateh Mar 2, 2012

    Bagaimana dengan pembiayaan perumahan? Adakah berasaskan jual beli rumah itu atau yang lain lalu menghasilkan hutang?

    merujuk kepada pembiayaan rumah belum siap.

    • Pakdi Mar 2, 2012

      Boleh baca link atas tu dulu.

      Memang ada hasrat nak menulis lebih terperinci isu valid sebegitu, tapi keadaan semasa tak mengizinkan sebab asas Islamic banking pun ramai orang belum faham. Jadi nanti komen-komennya menjurus … “Tengok Islamic banking dengan conventional, takde beza pun.”

      Sedangkan dalam isu rumah under construction ni perlu kerjasama ramai pihak, bukan bank-bank Islam sahaja.

      • Abahfateh Mar 2, 2012

        Komen dalam facebook saya. Komitmen semua pihak yang benar-benar inginkan syariah compliance amat diperlukan.

        “what I learn from Dato Haron Din and ex MUFTI Wilayah Datuk Hashim Yahya is simple… as long we are depending on the civil law the Islamic Banking cant do much to stand on its own i.e. mcm rumah under construction terbengkalai pas tu bank …tak leh nak sort it out. thats why they said we need to include muamalat law under syariah. But as we all know it wont happen because our current govt is not interested to implement it. thats why Rasulullah saw ada bgtau, di akhir zaman nanti kita mmg tak leh lari dari riba even debu2 riba. we can say that currently our Islamic Banking is the debu2 riba yg kita tak nampak. harap agar Allah akan ampunkan dosa kita drpd apa yg telah kita lakukan. Kita hanya boleh merancang, yg selebihnya kuasa Allah… Insya Allah!!!”

        • Pakdi Mar 5, 2012

          Itulah yang ramai perlu faham. Bank Islam misalnya telah bersedia sejak tahun 1984 lagi untuk menyediakan yang terbaik dalam pembiayaan rumah dalam pembinaan ni, malangnya …

  • eitworx Mar 2, 2012

    Salam pakdi. Terima kasih kerana menjelaskan perbezaan antara pinjaman konvensional dan pembiayaan yg syarie.

    Saya ada hantar komen tapi berbasa-basi sbb sedar tentang perbezaan tersebut. Baik saya ceritakan bground saya.

    Saya ada perniagaan bertaraf IKS bersama partner saya. Perniagaan kami alhamdulilah ok, mendapat bantuan pinjaman konvensional berskala mikro dalam 20k dari Agro bank dan berupaya menbayar pinjaman berjadual dgn baik.
    Kami berhasrat untuk mengembangkan perniagaan disebabkan potensi yang besar dan cuba mendapatkan pembiayaan yg lebih besar dalam 100k-200k. Kami telah pergi ke beberapa bank termasuk seperti bank islam, kuwat financial house tetapi tak mendapat respon yang baik. Ada sesetengah pegawai langsung tak melihat proposal kami dan berterus terang dgn kami yang harapan kami utk mendapat pinjaman adalah tipis disebabkan kami tidak bekerja dengan kerajaan ataupun tidak ada aset untuk dicagarkan. Nak buat bagaimana, umur dalam 30 an manalah ada duit nak perolehi aset. Duit semua dalam bisnes.

    TAPI, progress perniagaan kami yang baik dipantau oleh pegawai Agro Bank yang menyarankan kami untuk memohon pinjaman dari Agro bank sehingga 200k diatas rekod pembayaran kami yang baik dan potensi perniagaan.

    Jadi, dilemanya saya sekarang ialah, patutkah saya memujuk diri saya dan partner saya untuk menolak tawaran pinjaman konvensional dari Agro bank. Saya sulit nak mencari alternatif pembiayaan Islam disebabkan rejection dari pihak bank.

    Kalau saya bertegas utk tidak ambil pinjaman konvensional, saya tak rasa mudah utk keluar dr partnership disebabkan saya telah melabukan duit yang banyak.

    Dan masa juga menjadi cabaran, kerana niche perniagaan kami masih dalam kategori ‘laut biru’ yang masih kurang pesaing dan belum ada jerung2 dr bangsa lain yg bermodal besar masuk.

    Saya terfikir macam nak berikan sebahagian keuntungan ke badan amal sebagai pembersihan. Tapi masih x sedap hati.

    Wallahualam

    • Pakdi Mar 5, 2012

      1. Tuan perlu cari pegawai yang bertugas sebagai “Relationship Manager” (RM) yang spesifik menjaga klien korporat. RM yang baik dapat menyelesaikan isu tiada aset untuk dicagarkan.

      2. Kalau tidak silap saya, Agro Bank telah mempunyai skim Islamik mereka sendiri.

      3. Kena jumpa semua bank Islam yang ada, baru wujud alasan darurat.

    • amin007.ledang Apr 16, 2012

      Bukan argo bank hendak ke arah perbankan islamik 100%?

  • eitworx Mar 2, 2012

    Kekadang jeles tengok usahawan-usahawan Melayu yang berjaya macam Syed Bukhary tp saya rasa mesti dia pernah buat pinjaman konvensional punya.

    Dalam hati memang nak besarkan bisnes so tak terhenti setakat taraf enterprise je. Nak buktikan orang Melayu pun boleh ‘run’ bisnes yang besar.

    Tapi itulah dilemma yang ada. Perlu bersikap pragmatik kah?Matlamat ‘meluruskan’ cara?

  • aman Mar 5, 2012

    Salam Pakdi. Ini soalan serius.

    Saya banyak rakan2/saudara mara yg memerlukan pinjaman wang dari saya. Saya nak bantu mereka. Tetapi jika saya bagi, saya kena keluarkan duit dari Tabung Haji/ASB, so dah rugi dividen.

    Adakah saya boleh buat cam bank-bank Islam buat. Saya beli beli pensil dari awak RM10,000, saya jual balik pada awak RM11,000 dengan bayaran tertangguh?

    Yer saya faham bantuan pinjaman wang tanpa faedah adalah amat baik dan Insya Allah akan diberi pahala tetapi kalau sepuluh org mintak dah susah gak….

    Mohon bantuan.

    • Pakdi Mar 5, 2012

      Bank-bank Islam menggunakan aset berdasarkan nilai aset semasa.

      Kalau pembiayaan RM 10,000 memang beli CPO bernilai RM 10,000 misalnya.

      Proses yang disebutkan di atas adalah mekanisma Bai’ Inah namun masih ada syarat yang perlu diperhalusi untuk setiap proses jual beli yang berlaku.

      • aman Mar 5, 2012

        Terima kasih Tuan.

        Jadi bagaimana org marhain macam saya nak bantu rakan yg lain dengan cara halal.

        Saya hendak bantu tapi taknak rugi dividen dan org yang nak dibantu sanggup menanggung lebihan bayaran itu?

        Jika mereka berhutang personal loan hatta Islamic sekalipun, mereka akan dikenakan sehingga 13% (itupun jika mereka layak dan ada pendapatan tetap) manakala jika saya bagi pinjam, sepatutnya dalam berkadar dividen T.haji/ASB.

        Kerana kekangan inilah banyak rakan-rakan yang terpaksa ditolak permintaan mereka.

        Harap Tuan dapat beri penjelasan. Terima kasih

        • Pakdi Mar 5, 2012

          Jika tidak dapat beri pinjam maka boleh beri atas dasar JV (musharakah/mudharabah).

          • aman Mar 5, 2012

            eemmmm kompleks tue….

            Macamana nak JV bagi kegunaan wang utk kemasukkan anak ke Universiti atau membayar duit upah membaiki kereta…?

            Ok, saya dah faham, terima kasih banyak2 tuan kerana membantu.

  • Pakdi Mar 5, 2012

    Oo… maklumat tidak cukup. Ingat nak duit untuk buat bisnes.

    Sebab itu selain banking sector, zakat, wakaf kena naik sekali. Jadi, kes sebegitu kita patut dapat minta bantuan pusat zakat / badan wakaf.

  • Aman Mar 5, 2012

    Tapi tuan, tak semua siberhajat akan jatuh dibawah layak zakat. Sebagai contoh tadi kereta rosak. Tak usah banyak, kadang2 rm 2000 pun dah sesak. Tetapi saya yakin mereka belum boleh masuk asnaf fakir.

    Jadi, utk org seperti ini (dan seribu satu keperluan lain) nampaknya tiada jalan untuk saya sebagai org perseorangan untuk bantu seperti soalan saya yang mula2 tadi?

  • Pakdi Mar 5, 2012

    Faqir dan miskin hanyalah 2 golongan asnaf. Ada lagi 6 asnaf, antaranya mereka yang terkandas dalam perjalanan (ibn sabil). Kalau kereta tu kita gunakan untuk cari rezeki yang halal, maka boleh. Tetapi di Malaysia ni zakat kita tak berkembang secepat banking. Maklumlah, yang kawalnya adalah … (sensitif ni ada yang kena sembah derhaka)

    Dalam situasi tuan, maka di situ lah datang fungsi koperasi. Memberikan pembiayaan dalam ruang bank tak mahu bagi. Sebagai individu mungkin nak buat macam tu susah sikit.

  • Aman Mar 5, 2012

    Baik tuan, jelas.

    Terima kasih banyak2 kerana sudi menjawab.

  • Hanif Mar 5, 2012

    Salam pakdi dan para komen semua,

    Saya ada buat pembiayaan rumah islamik utk rumah pertama saya. Harga rumah RM200k dan separuhnya saya bayar tunai. Jadi pembiayaan saya cuma RM100k.

    Bila urusan pembiayaan lulus saya dapati selepas 30 tahun saya beli dari pihak bank dgn harga RM260k. Perasaan saya sekarang rasa terganggu dan rasa tertipu. Betulkah pengiraan pembiayaan islam begini?

    Mohon pendapat semua. Terima kasih.

  • Ahmad Mar 8, 2012

    Salam Pakdi,
    Pakdi telah menerangkan dgn baik tentang perbezaan pinjaman konvensional dan pembiayaan perbankan islam. Namun, ada satu perkara yang saya agak keliru (atau mungkin tidak tahu) tentang “pinjaman peribadi konvensional @ personal loan” dalam konteks perbankan Islam. Adakah konsep “personal loan” wujud dalam perbankan Islam? Kalau wujud apakah mekanismanya? Kerana dalam pembiayaan perbankan Islam wujud aset sebagai jalan untuk membenarkan bayaran tertangguh namun aset tidak wujud dalam konsep “personal loan”. Harap Pakdi dapat terangkan dengan terang. Terima kasih

  • deanna Nov 23, 2013

    salaam, saya ingin bertanya, bagaimana pula dgn rumah yg dibeli dengan loan kerajaan?

  • amin007.ledang May 26, 2014

    Setakat apa yang saya faham.

    Bank rakyat ada saham. Dia jual dengan saya dengan harga 100,000. Saya cakap saya hutang ya.

    Lepas itu bank rakyat tiba2 nak beli saham tadi dengan harga 10,000. Saya setuju dengan harga tersebut dan jual balik.

    Walaupun saya dapat 10,000 namun saya masih hutang dengan bank rakyat 100,000.

    Mungkin itu orang panggil back door. Nak bagi pinjam duit tapi banyak akad pula.

    Namun bagi kes bilal beli kurma, nabi bagi jalan keluar. Bank ikut cara sama dianggap riba pula.

  • Firdaus Aug 21, 2014

    Salam tuan, sy mohon penjelasan yang lebih lanjut persamaan kaedah jalan keluar yang diberikan Rasulullah s.a.w. kepada Bilal berbanding kaedah bank yang dianggap riba’.

Leave a Comment