Perbelanjaan Nak Mengerjakan Haji

bigh

Menunaikan haji wajib bagi mereka yang mampu.

Antara perkara yang jatuh dalam ‘mampu’ ialah, mampu dari sudut kewangan.

Jika belum mampu, maka kewajipan itu belum ada. Maka persediaan kewangan untuk menunaikan Haji adalah seperti berikut:

  • Ada harta untuk pergi ke tanah suci
  • Ada harta sepanjang berada di tanah suci.
  • Ada harta untuk tanggungan yang ditinggalkan di tanah air.

Sekiranya tuan pergi dengan muassasah, secara umumnya inilah bajet yang perlu dibuat.

  • RM 2 untuk buka akaun tabung haji.
  • Seterusnya mencukupkan RM 1,300 untuk daftar haji
  • RM 9,980 mesti cukup semasa mahu menerima tawaran haji (2016)

Kemudian tuan perlu mempunyai kemampuan berikut:

  • RM _____ untuk membeli barangan kelengkapan haji.
  • RM _____ untuk makan minum dan belanja lainnya. Makan tengah hari dan makan malam disediakan. Tetapi sarapan dan makan pada waktu lainnya perlu tanggung sendiri. Sekiranya menetapkan belanja makan minum 10 riyal sehari, jika perlu berada selama 40 hari, sudah 400 riyal. Itu baru makan. Belum barangan keperluan harian lain yang perlu dibeli di sana seperti baldi, sabun basuh baju, selipar, jika perlu hantar dobi, kad sim dan macam-macam lagi.
  • RM _____ untuk tanggungan dan kewajipan kewangan lain yang ditinggalkan sepanjang +40 hari. Bagi mereka yang makan gaji, boleh tinggakan kad ATM kepada orang yang dipercayai. Yang kerja sendiri, kena lah kumpul duit secukupnya.
  • RM _____ sebagai bayaran dam haji. ~ RM 500 (2016) itu sudah pasti untuk mereka yang mengerjakan haji tamattu’ atau qiran.
  • RM _____ sekiranya perlu bayar upah, sewa kerusi roda berkaitan ibadah haji dan umrah.
  • RM _____ untuk kos pengangkutan ke miqat berhampiran untuk ibadah umrah sunat.
  • RM _____ duit shopping nak kirim air zamzam, kurma, kacang-kacang, baju, cenderamata lainnya (tak wajib)
  • RM _____ untuk sedekah & waqaf (Al-Quran & dan lain-lain)
  • RM _____ jika berhajat untuk buat korban dengan anggaran ~RM 500 (2016)
  • RM_____ jika berhajat untuk ziarah kawasan-kawasan sejarah
  • RM ______ kos topup dan panggilan ke tanah air. Wi-fi percuma terhad di tempat tertentu sahaja seperti di lobi hotel.

Seandainya pada saat-saat akhir Tabung Haji telefon, memaklumkan ada kekosongan dan tuan terpilih, maka individu yang bersedia sebegini sudah pasti ‘mampu’ menjawab, “Ya, saya mahu pergi,”

Begitulah sedikit sebanyak untuk ‘bersedia kewangan’ untuk menunaikan haji.

About the author: Saya merupakan konsultan kewangan dan membantu pemilik bisnes + profesional untuk membuat cashflow analysis, assets & liabilities management dan exit plan.

Comments on this entry are closed.