Perbankan Islam Mahal ? Itu Hujah Lapuk Yang Sudah Tidak Relevan

Terkini 21 April 2015

Berdasarkan sesi sembang kewangan Twitter pada 17 April lalu.

Ini adalah sebahagian dari yang disembangkan.

(Boleh klik imej untuk besarkan)

kiraanrumah

Semalam saya post maklumat (1) ini:

  • Harga belian bank: RM 154,222.00
  • Harga jualan semula bank: RM 594,295.80
  • Contracted Profit Rate (CPR): 10.75%

Seperti biasa, kita tak baca perjanjian penuh.

Kita terus nak tahu bayar bulan-bulan.

Maklumlah, dah beli rumah. Teruja. Beli rumah pula dalam keadaan panik sebab tengok harga rumah makin naik. Jangankan perjanjian, post Facebook pun tak baca habis. Baca headline sahaja.

Maka saya post maklumat (2) seterusnya:

  • Bayaran sebulan adalah RM 692.14 untuk 420 bulan.

Siapa yang mulut dan jari-jemarinya lebih cepat berfungsi dari otak, maka teruslah berkata, “Perbankan Islam zalim,”

Sebab harga rumah RM 154,222.00 tapi bank jual pada harga RM 594,295.80!

Sekarang, ambil kalkulator kira.

  • RM 692.14 x 420 = RM _____ ?

Eh, tak sampai pun RM 594,295.80 ? Mana hilangnya ? Jika perbankan Islam mahu kita bayar penuh harga jualan, maka bank akan minta RM 1,414.99

Sekarang, picit kalkulator lagi dan kira

  • RM 1,414.99 x 420 = RM _____ ?

Eh, kenapa begitu?

Kenapa bayar bulan-bulan cuma RM 692.14 dan bukannya RM 1,414.99 ?

Perbezaan itu datang disebabkan bank beri ibra’ / rebate / diskaun. Gunakan kiraan Effective Profit Rate (EPR) yang diberikan dalam maklumat (2). Bacalah perjanjian dan fahaminya dari mukasurat 1 sampai habis…

Ulasan penuh ada di twitter. Sila klik link di bawah untuk membacanya.

–> https://twitter.com/Pakdi7

.
Artikel Asal

Situasi.

Saya sedang menerangkan konsep umum perbankan Islam.

Kepada para peserta dalam sebuah bengkel pengurusan kewangan peribadi di sebuah agensi kerajaan.

“Pakdi, saya nak bagi pandangan,” satu suara keluar.

Saya memberhentikan percakapan, “Ya, silakan.”

“Perbankan Islam mahal. Kena pada saya sendiri. Saya bayar lebih RM 100 setiap bulan (hutang rumah) dari jiran sebelah rumah dan dia tu ambil (bank) konvensional,” peserta ini menyuarakan pendapatnya.

“Boleh saya tahu berapa ‘rate’ yang tuan dapat dan jiran tuan tu?” Saya mengemukakan soalan semula kepadanya.

“Rate? Macam mana tu?” Dia bertanya kembali.

“BFR atau BLR. Berapa?” Saya menerangkan.

“BFR / BLR tu apa?” Dia bertanya lagi.

Saya terkedu seketika.

Saya pun menerangkan apa yang perlu dia tahu. Jumlah pembayaran deposit. Financing rate. Entry cost. Dan seterusnya yang mana ia semua membawa kesan kepada “harga hutang” yang perlu kita bayar setiap bulan. Menjadi ‘mahal’ atau ‘murah’.

Ya, isu ini banyak salah faham.

Kalau belum faham pengiraan dan mekanisma pengiraan sesuatu produk  pembiayaan saya cadangkan kalian tidak perlu tulis di twitter, facebook dan blog tentang ‘kezaliman bank Islam kerana mahal’ kerana takut ia semua menjadi fitnah yang kekal terhadap sesuatu yang sudah jelas halalnya.

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner yang membantu individu untuk memulakan tabung persaraan — Klik sini untuk info lanjut

Comments on this entry are closed.

  • Azila Apr 17, 2012

    Salam Pakdi,

    Ramai orang senang mengatakan perbankan Islam zalim, mahal, tak pernah wujud zaman nabi dulu dan lain-lain lagi komen buruk.

    Untuk orang-orang begini, it’s either you ignore them, or ignore them.

    Sometimes, they just choose not to listen to explanation, just because they have this pre-set ideas about what Islamic banking should be.

    Bagi orang awam, mereka fikir kalau perbankan Islam itu patut murah. Kalau mahal, maka itu zalim. For God’s sake they should know that Islamic banking isn’t that simplistic. They should also know that Islamic banking is not a charity body, by any means. Its a business.

    Kalau nak buat amal jariah, tak perlu ada perbankan Islam. Zakat, Baitulmal sudah cukup untuk itu. Atau sedekah.

    Perbankan Islam tidak patut beri pinjaman? Perbankan Islam tiada beri pinjaman pun. Itu pun mereka tidak tahu dan masih lagi mahu komen macam-macam. Pinjaman tanpa faedah itu ya lah ada, tapi bukan semua orang tahu kerana bukan semua bank tawarkan. (kalau tidak, jatuh bankrap lah bank tu!)

    Itu belum lagi yang kata fiat money adalah haram.

    Saya kasihan dengan golongan begini.

    Saya seru semua kita yang mengaku Islam ini, sebelum apa-apa tuduhan diberi, cuba pandang sisi positif dahulu. Bak kata pepatah, what you see is what you get. Jika anda melihat hanya negatif sahaja di dalam perbankan Islam di Malaysia ini, maka itu sajalah yang anda akan nampak. Tidak saya menafikan wujud kekurangan di dalam perbankan Islam yang kita amalkan, tetapi usaha untuk menjauhi riba’ itu jauh lebih utama untuk dipandang tinggi berbanding kelemahan-kelemahan yang ada di dalam sistem perbankan Islam ini.