Pengalaman Mummy Mengelakkan Getah Pemadam Anak Yang Asyik Hilang Di Sekolah

ru

Susulan kisah Tabung Jam kakak dulu.

Proses menyimpan masih diteruskan. Daddy tetapkan, dalam sebulan mesti menyimpan paling kurang RM 12, iaitu 30% dari duit belanja harian. Kalau dapat simpan lebih lagi bagus.

Jadi, mummy pun tolong kakak buatkan 2 tabung:

  1. Tabung simpanan (tak boleh usik no matter what, hahaha), dan,
  2. Tabung belanja (duit lebih kalau dah berjaya kumpul RM12 sebulan).

Setakat ni, alhamdulillah setiap bulan ada lebihan lebih kurang RM 5 yang dimasukkan dalam Tabung Belanja. Jadi kalau kakak nak beli apa-apa, korek je duit dari tabung ni.

Kisah Pemadam Yang Sentiasa Hilang

Alkisahnya.

Boleh kata setiap malam mummy kena ganti pemadam baru. Semedangnya hilang.

Sampai satu masa, kesabaran mummy sudah sampai ke penghujung. Bermulalah sesi ceramah ibu anak.

“Lepas ni, kalau hilang lagi pemadam, mummy ambik seringgit dari tabung kakak. Ganti rugi”

Kakak laju geleng kepala. Muka masam. Protes.

I have to. Nak ganti pemadam ni pun mummy kena beli pakai duit.”

Kakak angguk kepala perlahan. Deal katanya.

Dah 2 minggu berlalu… Hah! Elok pula pemadam tu dalam bekas pensil. Takde nak hilang-hilang pun.

About the author: Suhaida Mahpot; Konsultan Kanan di AFIQ Training & Advisory

Comments on this entry are closed.