Pemuda Ini Menunjukkan Gaji Graduan Muda RM 3,500 Pada 2015 Tidak Cukup, Anda Setuju ?

210H

Hai, saya Hafiz Hadi menulis lagi.

Sebenarnya banyak ke gaji RM 3,500 di Kuala Lumpur ni ?

Mesti syok kan kalau saya dapat gaji besar macam tu.

Apa yang saya boleh buat dengan gaji banyak tu? Saya boleh beli kereta, tukar telefon bimbit baru, pergi melancong ke luar negara dan paling penting sekali dengan duit gaji tu saya boleh hidup senang.

Itu dulu lah. Sebelum saya belajar pasal dunia kewangan. Dan bila saya buat bajet perbelanjaan lain pulak jadinya

Bajet Perbelanjaan

1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Melayang RM 350.

Belum sempat buat apa-apa duit gaji dah kena tolak dengan simpanan KWSP sebanyak 10%.

Jumlah: RM350

2. Kereta

Ada skim beli kereta untuk graduan.

Maklumlah dah kerja, takkan tak ada kereta sendiri. Mana nak letak muka.

Bila dah survey kereta, Myvi 1.3 Std G Metallic cantik. Harga pulak sekitar RM 44,000 sahaja.

Dengan skim graduan mungkin ada rezeki dapat pembiayaan 100%. Ingatkan nak ambik 7 tahun, tapi … hmm. Jadi ambil hutang untuk 9 tahun, saya cuma perlu bayar RM527 setiap bulan

Saya anggarkan duit tol untuk sebulan RM 50, duit minyak dalam RM 200, kos penyelenggaraan kereta sekitar RM 100 dan bayar parking sebulan dalam RM 200. Campur semua.

Jumlah: RM 1,077

3. Sewa Rumah / Bilik

Hasrat awal memang nak menyewa rumah.

Tapi survey kos apartment sewa kawasan yang berdekatan Kuala Lumpur paling murah RM 1,200. Tak jadi sewa rumah. Kena sewa bilik. Alhamdulillah. Ada satu bilik sewa yang murah. RM 400 sahaja sebulan.

Jumlah: RM 400

4. Makan & Minum

Makanan di kawasan Kuala Lumpur mahal.

Sekali makan boleh cecah RM 10. Tu kalau makan dekat foodcourt. Kalau makan Nandos, Kenny Rogers, Chicken Rice Shop mesti dah lebih RM 10

Sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Belum campur lagi kalau kawan ajak lepak kedai mamak waktu malam. Kalau sehari belanja makan RM 30 sebulan dah cecah RM 900. Kalau terlebih … ? Hm…

Jumlah: RM 1,000

5. Telefon Bimbit

Zaman sekarang semua orang ada telefon bimbit.

Mesti pulak mesti yang ada touchscreen dan boleh layari internet dari bangun tidur sampai tidur semula. Jadi kena lah ambil pakej boleh call, sms dan guna internet sekali. Kos boleh mencecah sehingga RM100

Jumlah : RM 100

6. Hujung Minggu

Kalau dah penat kerja, hujung minggu orang bujang mesti nak lepak dengan kawan.

Tiket wayang sahaja RM 15. Belum kira kalau beli air dan popcorn. Kalau tak tengok wayang, mungkin keluar main bowling. Tak pun main futsal. Bersukan pakat kongsi kawan sewa court pun, masih kena bayar.

Jumlah: RM 200

7. Perbelanjaan Peribadi

Keperluan peribadi untuk kegunaan kerja.

Nak kena beli kasut kulit, baju kemeja, jaket, tie, tali pinggang dan banyak lagi. Bila saya survey harga, baju kemeja macam jenama Padini  dah cecah sekitar RM 80 – RM 100 sepasang. Sebab baru kerja, kena lah beli sikit-sikit setiap bulan.

Jumlah: RM100

8. Belanjawan Bulanan

  • KWSP: RM 350
  • Kereta: RM 1,077
  • Sewa Bilik: RM 400
  • Makan Minum: RM 1,000
  • Telefon Bimbit: RM100
  • Bersuka-ria hujung minggu: RM200
  • Keperluan Peribadi: RM100

Jumlah Perbelanjaan: RM 3, 227
Baki Perbelanjaan: RM 273

Alamak !

Duit baki tinggal RM 273!

Ini saya belum agihkan duit gaji saya untuk takaful diri, takaful kereta, duit belanja untuk mak ayah, duit percutian, duit nak balik kampung dan paling penting duit simpanan kahwin. Eh, lepas kahwin nak kena beli rumah kan ?

Kalau duit gaji RM 3,500 pun tak cukup. Macam mana ya ?

Kalian dapat bantu saya ? Sila berikan pandangan di ruangan komen ya.


Respons di Facebook:

Gaji RM 3,500 anak muda di KL.

Cukup atau tidak ?
.

Sila lihat pengiraan yang dibuat dan berikan penyelesaian…

Posted by Suzardi Maulan on Wednesday, November 4, 2015

.
Respons di Twitter:

About the author: Young Padawan di planet Pakdi.net

30 comments… add one
  • Adib Safwan Nov 4, 2015

    Yang ni ialah pelan kewangan bulanan saya setelah tamat belajar nanti:
    21 Agihan Pendapatan Bersih Peribadi Selepas Cukai+Zakat Pendapatan 100% – untuk RM1000 pertama (bagi yang masih bujang):

    Hutang Pelajaran 25%
    Takaful 10%
    Ummi & Abah, hadiah haji, hadiah selesai hutang rumah 5%
    Adik-adik 1%
    Tabung Haji 1%
    Kecemasan/simpanan 6%
    Motor/pengangkutan 5%
    Makanan+minuman 9%
    Telefon+internet 4%
    Dakwah (praktikal) 3%
    Mutarobbi 1%
    Tarbiyyah (kelas/seminar/program/kursus/latihan) 3%
    Anak yatim 1%
    Malaysia/Palestin/Kashmir/Syria/Mindanao/Pattani/Rohingya/Xinjiang/Chechnya 5%
    Orang fakir miskin 1%
    Pelaburan+Perniagaan 5%
    Buku 2%
    Seminar/program/kursus/latihan 2%
    Murobbi 1%
    Walimah 1%
    Rumah tangga 5%
    Lain-lain (pakaian, riadah, rehlah, kemahuan) 3%
    Tabung jaulah 1%

  • Adib Safwan Nov 4, 2015

    Yang ini pula pelan kewangan bulanan bagi yang telah berkeluarga, kesinambungan daripada pelan kewangan sewaktu bujang di atas:

    Untuk RM 1000 yang pertama jika telah berkeluarga)

    Pendidikan, tarbiyyah, dakwah anak-anak, simpanan anak-anak dan suami isteri 16%
    Simpanan kecemasan keluarga 5%
    Rumah+bil elektrik, internet, air, tong gas dll 25%
    Kenderaan+kereta+minyak+tol dll 20%
    Keperluan keluarga (bil telefon, pakaian, makanan, minuman, pendidikan keluarga, buku, hutang ahli keluarga, takaful, pelaburan/perniagaan) 25%
    Tabung Haji Keluarga 1%
    Riadah/rehlah/jaulah keluarga 1%
    Ibu bapa dan mertua, hadiah haji, hadiah selesai hutang rumah 5%
    Golongan memerlukan 2%

  • nurul Nov 4, 2015

    rasanya mcm boleh cut dekat makanan, sewa rumah (lebih baik kalau boleh cari roomate) & bersuka ria hujung minggu.

    just sharing with my experience living with around that amount of salary. alhamdulillah masih boleh pass to parents and saving 🙂

  • Hayat Nov 4, 2015

    Jangan kahwin selagi mana tak dapat kahwin free atau tak jumpa bakal mertua yang boleh kawtim …. keh keh keh……jangan beli kereta…..banyak lagi jangan tapi pegang yang dua ini dulu…

  • Reloadfood Nov 4, 2015

    This is so true and I am sad now. Not even have 3.5k salary wait die d

  • Mohd Iskandar said Nov 4, 2015

    Saya Ada kisah Saya..
    Tapi tak Mahu Di kongsikan..

  • caloi Nov 4, 2015

    saya pun gaji 3.5k..anak 2 org
    rumah rm1200, motor dan kereta rm1200, loan (personal, ptptn, loan easipayment) setelah dicampurkan semua rm1000 gak..untuk belanje ni je kerja hakiki punya income sahaja 9pagi-5.30ptg..
    start malam jam 8 ikutlah smpai jam brp larat..dgn sbln nye income tambahan rm1000-rm2000 baru buat makan anak bini, belanja dapur, jalan2, tol, semualah..nk lebih, kena kerja lebih..mcm mengemis je..xde life

  • MF Salleh Nov 5, 2015

    Basic 3500(duk dengan parent)

    Belanja
    tabung haji (lambat lagi) 100
    epf 350
    insurans(prudential BSN) 220
    kereta (preve turbo)9tahun 670
    bill (1 phone+ mama phone+broadband) 185
    Vape 160
    Minyak motor+kereta 126
    MaintenanceMotor (minyak hitam, pergi kerja) 20
    Sedeqah(RM 10 tabung jumaat) 40
    Parent 400
    Lunch 130
    Mapley 47
    Dinner 126
    Body tacap 57
    Buku 117
    Entertainment(Futsal & Wayang Karoke) 67
    Vape 160
    Jumlah belanja tetap 2975.00

    Lebih 524.00 (saving/kereta maintenance/pakaian/vacation)

  • Umi of 2 Nov 5, 2015

    X perlu beli kereta br…
    Utk permulaan, beli 2nd hand cars…
    Half the price of myvi and leh settle loan dlm 3-4 thn…
    Kalo x pn, naik public transport dulu, simpan rm 500 tu every month, then can buy keta lama cash…
    Kereta ni bkn asset yg makin naik harga…Beli thn ni, thn dpn dh turun harga…
    Jadi, better simpan duit utk beli rmh dulu, yg makin lama, makin naik harganya…plus, kalo x duduk, leh gna utk sewa…
    Plan btl2 belanjawan…insyaAllah, gaji tu akan mencukupi…plus ada simpanan lg…btl2 consider samada sesuatu yg nk dibeli tu keperluan yg perlu atau just utk memenuhi kehendak nafsu shj….
    Just my 2 cents…

  • Weena Nov 5, 2015

    Byk yg perlu diperbetulkan. Gaji rm3500 utk org bujang sudah mencukupi tak kira di mana anda berada. Duduk dibandar bukan alasan utama utk kamu tiada simpanan. Kalau melihat gaya kamu bagi gaji 10k pun mmg tak akan cukup. Baru kerja dah rembat myvi rm44k. Hina atau malukah kalau pakai proton saga saja atau kereta yg lebih murah? Baru hidup ni cari la kenderaan asal dpt membawa kamu ke tempat kerja dgn insuran bulanan serendah yg mungkin. Usahakanlah cari rumah sewa yg lagi murah. No. 4 tu byk boleh save. Kalau hari2 nak makan sedap susah la dah tu nak cukup 3+1 punya cycle. Sebulan sekali bolehla nak masuk restoran. Boleh save rm 500 sebenarnya. Belajar kecilkan nafsu dan perut dan tak mati la kalau budget rm10 sehari utk makan bukan sekali duduk makan. Pagi (nasi lemak-rm1.50) + tgh hari (makan buah saja – rm 2.00) + malam (6.50 balance boleh beli nasi ayam dara kalau beli burger dpt 2 bijik). Minum je la air mineral. 30×10=300. Lagi rm200 boleh la masuk restoran mahal. No.6 mmg mengarut. Daripada habiskan duit baik la buat keje part time tambah duit. Belajarlah uruskan hidup dan masa seharian. Secara kasar boleh menyimpan lebih rm1k sebulan. Bila dah ada saving barulah boleh improve sikit2 life style. Baru rasa nikmatnya nanti bila bersusah2 dulu senang kemudian.

  • Muhammad aqil Nov 5, 2015

    Salam…buat bajet biar realistik dengan zaman sekarang…jgn terlalu ideologis…letak persen sana sini…akhirnya tak capai target…buat yg aula dulu…just my 2 cents…tq

  • Zaleha Nov 5, 2015

    Kalau mampu jangan beli kereta tapi beli rumah dulu. Kalau rumah ada 3 bilik, guna 1 bilik dan sewa lagi 2 bilik. Sekurang-kurangnya boleh support untuk bayar installment bulan-bulan. Kemudian kalau perlu kereta boleh beli yang terpakai, tetap ok juga.

    🙂

  • ieda Nov 5, 2015

    Kena tukar gaya hidup

  • razak Nov 5, 2015

    Usahakan 2nd income..
    Itulah hakikat hidup sekarang..
    Buat Bisnes..9/10 rezeki dari bisnes..
    Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba….

  • Elyana Nov 5, 2015

    Hi, I think I can help you into looking for options. If you want to, why don’t you message me on Facebook? Ellemay Sch

  • zalynn Nov 5, 2015

    apa yang saya perhatikan, budak yang buat kira-kira ni macam hidup nak selesa. As for me,
    1) bab kereta- “Maklumlah dah kerja, takkan tak ada kereta sendiri. Mana nak letak muka” . Dude, kau kenapa nak please kan orang? Distinguish la kehendak dan keperluan. Dalam Malaysia ni ada je kereta Bwh 500. Viva sebagai contoh. Axia lagi murah. Dah kalau pakai kereta pon nk best je, mmg kering la poket.

    2)Makan & Minum
    Ni boleh je cut. Dah kalau sarapan pon kat luar, tghri pon kat luar, malam pon kat luar. dah gaya macam kau gaji 10k sebulan. Breakfast la kat rumah. Apa tak sempat? Dah kau jenis bgn lambat mmg la tak sempat. Aku sempat je breakfast awal. Kalau bgn sebab lillahitaala, sebelum subuh sempat je. Dah tahu duit tak cukup, nak g hentam kenny tu kenapa? Sekali sekala ok la. kalau sebulan 3 kali, mmg bankrupt la.
    3)Hujung Minggu
    Yang ni aku nk komen lebih2 pon tak boleh sbb leisure time masing-masing. Lifestyle pon lain-lain. Tapi kau mmg setiap bulan ke g tgk wayang?

    Perbelanjaan Peribadi’

    Dari pemerhatian aku, kau jenis manusia yg hidup nak selesa je. Nak kena masuk Padini je.

    Conclusion: 3.5k tu sbnrnya cukup je kalau kau utamakan kehendak dan bukan nafsu semata-mata

  • Azhazul Azri Nov 5, 2015

    Saya 2010 fresh grad gaji RM1,100 belum tolak EPF SOCSO. Nama je Akaun Eksekutif ahahaha.

    Tu cerita dulu lah. Kalau dulu gaji fresh grad saya RM3,500 saya mesti “culture shock” sebab rasa kaya gila. Haha

    Btw cerita 2015 kalau bujang kerja KL, consider la duduk jauh sikit ke Gombak ke. Sewa bilik RM300 ada lagi. Kalau berani sublet lagi bagus. Pergi kerja naik LRT (kalau boleh la).

    Makan minum tu limit la RM20 sehari. Menu ekonomi saya yang masih diamal sampai hari ni Nasi Separuh + Begedil + Sayur. Nak jimat lagi order air kosong. Nak jimat lagi nasi + 1 lauk. 100% guarantee still kenyang. Nak minum air sedap dekat pantry office boleh, dekat rumah pun boleh. Sesekali lepas gian minum air manis dekat kedai baru rasa nikmatnya.

    2008 (kalau tak silap) dek kerana terlampau nak masuk Streamyx dekat rumah, saya berhenti minum air manis dekat luar. You pain something and you gain something in return.

    Saya beli baju kemeja (dulu masa kerja) bajet RM50 sehelai. Tak tau apa brand, asal belang aku sapu. Ahahaha. Kalau lebih seringgit dari bajet pun tak beli. Mak kalau ikut saya shopping mesti menyirap.

    Akhir sekali telefon. Saya memang topup RM30 je sebulan. Call out jarang2 sekali sebab communication semua thru Whatsapp & FB. Salah satu cara nak jimat data, tak payah tengok video mengarut2. Nak ketawa sekarang tak payah tengok lelaki pakai tudung acah2 perempuan. Tengok statement menteri pun dah boleh ketawa zaman ni.

    Sekian. Kalau ada yang baik dari komen ni, jadikan iktibar. Kalau ada yang tak betul, saya minta maaf. Keperluan manusia berbeza2 mengikut keadaan, tempat, keluarga, dan macam2 faktor lagi.

    Wallahualam.

  • Acap Nov 5, 2015

    Pada pendapat saya, cuba buat pecahan seperti di bawah:
    1) Beri duit kepada ibu bapa / sedekah
    2) Perbelanjaan diri / umum
    3) Simpanan
    Saya akan buat penerangan secara umum kerana saudara/i lebih tahu ke mana duit gaji sepatutnya disalurkan.

    1) Beri duit kepada ibu bapa / sedekah
    – Pada pendapat dan pengalaman saya, duit gaji yang kita dapat tu bukan 100% milik kita. Maka, sejurus selepas dapat gaji, cuba agihkan dahulu untuk diberikan kepada orang lain. Insya Allah tidak akan rugi malah akan lebih untung di dunia bahkan di akhirat.

    2) Perbelanjaan diri / umum
    – Selepas selesai dibahagikan kepada orang lain, baki duit boleh digunakan untuk hal-hal yang penting dahulu seperti makan/minum, sewa bilik, bil telefon, takaful dan kereta sahaja.
    – Hal-hal lain yang tidak penting seperti hiburan, shopping, makan di restoran mewah dan lain-lain, cuba untuk dibelanjakan dengan kadar minimum.

    a) Makan/minum – lebih jimat sekiranya sarapan dan makan malam di rumah. Tidak salah untuk bersosial di luar sekali-sekala.

    b) Sewa bilik – memang benar sewa bilik di KL sangat mahal. Perkongsian bilik adalah pilihan yang baik untuk permulaan.

    c) Bil telefon – cuba minimumkan bil telefon. Pada pendapat saya, rm25~rm30 untuk 1gb sebulan sangat mencukupi untuk kegunaan ringan seperti Whatsapp, Facebook, Instagram dan lain-lain dan cuba elakkan tonton video secara berlebihan kecuali ada Wifi.

    f) Takaful – ini sangat penting. Kita tahu kita ada masalah kewangan dan lebih masalah akan berlaku sekiranya kita ditimpa musibah tetapi tiada persediaan awal seperti takaful.

    e) Kereta – untuk permulaan, boleh mulakan dengan kereta 2nd hand bagi mengurangkan komitmen bulanan.

    3) Simpanan
    – Baki daripada No. 1 dan No. 2, bolehlah dibuat simpanan atau pelaburan seperti yang disarankan oleh Pakdi.
    – Kalau rajin, apa salahnya buat kerja tambahan untuk dapatkan lebih simpanan.
    – Yang penting, elakkan berhutang.

    Bak kata pepatah melayu,
    – Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
    – Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

  • lana Nov 5, 2015

    Sorry.. Tp pengiraan mcm xbetul je.. Bukan ke abg ni awal2 dh tolak epf rm350.. Patut available balance should be rm3150.. Dh over da dgn spending patutnyee laa..

  • syazwe Nov 6, 2015

    Saya belajar di Amerika. Lepas graduate, balik dapat kije sebagai eksekutif. Gaji ditawarkan sebanyak RM 2510. Oleh kerana gaji terlebih RM 10, maka saya kene bayar tax masa tu (9 tahun lepas). Ini perbelanjaan saya sebulan masa tu:

    KWSP RM 255
    Tax RM 100
    Socso RM 14.50
    Elaun mak ayah RM 1000

    Belanja tambang naik metrobus pergi balik kerja: RM 2 x 20 hari = RM 40

    Tambang LRT pergi balik kije = RM 5 x 20 hari = RM 100

    Makan pagi dan tgh hari = nasi lemak RM 1 x 2 bungkus x 20 hari = RM 40

    Makan malam = masak sendiri nasik kicap ngan telur / sawi goreng = anggaran kos RM 1 x 30 hari + weekend = RM 50.

    Weekend = tido tgk tv x gi memane. FREE

    Sewa bilik = RM 150

    Bil letrik and air = RM 20 sorang (kongsi 5 orang satu flat)

    Bill tepon tanpa internet = RM 50

    Beli barang barang kelengkapan kebersihan diri RM 100.

    Baju kerja, kasut dan t-shirt = setahun sekali RM 500 / 12 bulan = RM 42

    Total perbelanjaan RM 1961.50 bundar jadi RM 1962.00.

    Duit simpan kawen = RM 500

    So tinggal RM 48.50 bundar jadi RM 50 untuk belanja ape ape yang saya suka.

  • Suraya Dec 5, 2015

    Saya pun masa gaji RM3500 macam tight sikit budget!

    Inspired dari post ni! Saya blog macam mana saya belanja masa gaji tu di sini: https://ringgitohringgit.wordpress.com/2015/12/05/my-actual-monthly-budget-with-rm3500-salary-a-month/

  • illa Jan 7, 2016

    saya pun nak share perbelanjaan mase mula2 masuk u dulu.
    gaji 2500
    kwsp/socso rm200
    sewa bilik kongsi ngan kawan rm150
    parents rm200
    kereta kancil 2nd rm200
    belanja makan rm400- bawa bekal ke pejabat
    topup rm50 (asal boleh wassap)
    minyak rm200(campur balik kg)
    balance rm 800-saving kawin/rodtax/emergency

    dalam setahun kumpul duit simpanan habis buat kenduri kawin dan repair kereta

    now gaji rm2900. kereta da abis bayar, boleh saving dalam 1.5k tapi simpanan still dalam 5k+-. ada cadangan tak macam mana saya nak gandakan duit saving saya? saya kerja swasta dan kontrak rase insecure tak dapat menyimpan 3-4 bulan gaji.

  • mariah Sep 1, 2016

    hmm.. itu kalo kuo2 U dapt gaji 3.5 k. cer kalo yg bwah 2k. pening

  • farizi Dec 4, 2016

    Ini pula agihan gaji saya. Sesuai utk bujang. Idea asal ikut dr cara sahabat nabi agihkan pendapatan. 1/3 utk sedekah ke jalan Allah. 1/3 utk keperluan harian. 1/3 utk investment.

    1/3 Sedekah ke jalan Allah (34%) :
    – Beri duit kpd ibu bapa (10%)
    – Beri duit kpd kerabat / adik beradik / Belanja makan (7%)
    – Bagi orang lain (anak2 yatim) makan (berbuka dll) (7%)
    – Keluar cari orang susah utk disedekahkan : Doa supaya jumpa orang susah (5%)
    – Ambil takaful utk derma pada yg memerlukan (5%)

    1/3 Keperluan Harian (33% dr gaji)
    – Duit ubat (10%)
    – Duit minyak (5%)
    – Bayar duit ptptn (5%)
    – Bil taliphone (5%)
    – Duit cash Di tangan (8%)

    1/3 Investment (33% dr gaji)
    – Primary Investment (13%)
    –> Guna dividen / profit utk :
    –> Penuhkan tabung kecemasan
    (600% dr gaji)
    –> Beli barang keperluan lain
    (Iphone + pakaian + dll)
    – ASBF (20% dr gaji / RM 1200 / RM 2400 klau mampu)

    Jika dh berkahwin : Tukar fokus sedekah. Duit ibubapa (10%), Duit utk keluarga (15%), Bagi anak2 yatim makan (4%), Takaful utk derma (5%). Boleh juga gunakan keuntungan dividen 1st investment utk sedekah kpd keluarga.

    Semoga sedekah yg kita keluarkan ikhlas diterima tuhan. Insyallah jika ikhlas.. tuhan pula akan melipat gandakan rezeki kita dlm investment. Jadi kita tak rugi apa2. & Klau nk untunt lg.. ikhlaskan diri sedekah lbih banyak.. & lebih banyak yg kita akan dapat

    Wallahualam
    Tak akan perlu rugi org yg bantu agama Allah

Leave a Comment