Pembiayaan Kereta di Perbankan Islam

Seorang pembaca, dengan nick idris memberikan komen:

BANK ISLAM TU LOAN DIE HALAL KER??? Aritu mase nak beli kereta..pi tanye BANK ISLAM (BIMB), die kate interest rate =4 %, tanye BANK RAKYAT seblah 3.9%…kire same lah so dimanekah status kehalalannyer??.. hanya kerana ade panel syariah 4% tuh halal???- just like that???

1. Ini adalah persoalan biasa yang selalu bermain dalam pemikiran pengguna. Perbezaan bank riba vs bank Islam.

2. Seharusnya persoalan ini boleh dijawab oleh semua pegawai yang bertugas di mana-mana perbankan Islam. Tetapi malangnya ia tidak selalu berlaku. Ramai pegawai perbankan Islam sendiri tidak tahu bagaimana proses shariah di sebalik produk pembiayaan di bank masing-masing. Ini adalah satu situasi yang menyedihkan. Sekiranya pegawai sendiri ramai tidak tahu, bagaimana pengguna boleh menjadi lebih tahu ?

3. Perbankan Islam tidak memberikan sebarang bentuk pinjaman (loan / qard). Proses pembiayaan peribadi misalnya dibuat menerusi kontrak jual beli yang menghasilkan hutang (debt / dayn)  seperti bai al-inah dan juga tawarruq. Hutang yang dihasilkan bukan dari kontrak pinjaman tetapi kontrak jual beli.

4. Komen di atas adalah persoalan mendapatkan pembiayan pembelian kereta. Majoriti bank Islam di Malaysia menggunakan kontrak sewa dan kemudian beli atau dalam istilah Arab, ijarah thumma al-bay’ (AITAB) dan ada juga yang menggunakan BBA. Menerusi AITAB, bank adalah pemilik kereta dan pelanggan bank menyewa dari bank dan di penghujung tempoh sewaan, akan disusuli kontrak pembelian.

5. Sekiranya pegawai itu menyebut “interest rate” maka pegawai itu sendiri sebenarnya tidak faham. Dan sekiranya pegawai menyebut “profit rate” dan pengguna menyangka ia adalah “interest rate”, maka pengguna yang tidak faham.

6. Produk pembiayaan kereta misalnya, panel shariah berperanan memastikan struktur produk pembiayaan itu menepati syarat sewa beli dalam Islam dan pegawai shariah pula perlu memastikan pegawai lain mengikut sepenuhnya prosedur yang telah ditetapkan oleh panel shariah. Seperti mana yang telah saya sebut sebelum ini, fasa seterusnya dalam industri perbankan Islam adalah pembentukan satu mekanisma yang memastikan sekiranya berlaku pelanggaran prosedur shariah yang penting, bank wajib mengisytiharkan pendapatan yang diterima adalah satu pendapatan yang tidak halal justeru ia perlu dimasukkan dalam tabung kebajikan.

7. Semoga saya dapat membantu saudara idris dan para pembaca yang lain memahami hal ini. Persoalan lain yang ada amatlah dialu-alukan.

About the author: Suzardi Maulan, penulis tutorial online Panduan Cashflow & Panduan Saham Untuk Pelabur Baru. Sila klik sini untuk membaca profil penuh.

27 comments… add one

  • Hasbullah Pit Apr 23, 2010

    kalau susah2 tak payah guna istilag profit rate pertahun.

    terus sahaja sebut kereta dijual kepada kamu berapa peratus lebih tinggi drpd harga sebenar.

    contoh..
    harga kereta ini 50k.
    anda kena bayar 50% lebih tinggi drpd harga asal.

  • pendapatansampingan Apr 24, 2010

    setuju nan hasbullah.kalau macam tu berterus terang ada ke orang yg nak kereta dengan pinjaman jangka masa panjang?tapi sekurangnya orang akan tahu harga yang perlu dibayar samada kereta itu murah/mahal.

  • pakdi Apr 24, 2010

    Industri perbankan Islam di Malaysia ni adalah regulatory driven dan bukan market driven macam di Timur Tengah. Jadi, selagi mana tidak ada direction dari regulator i.e. BNM, selagi itulah bank-bank Islam ni tidak berapa nak berani meneroka benda baru, atau dalam bahasa lain tidak berapa nak innovatif dan kreatif.

    Bila baca Shariah parameter yang dikeluarkan BNM, mungkin dari sudut pricing mechanism akan ada perubahan kerana sudah ada general guidelines.

  • ikanbilis Apr 26, 2010

    dan rate 3.9% or 4.0% tu pula bagaimana?…

  • Iskandar Apr 26, 2010

    Konsep perbankan Islam ni konsep ambil untung dengan jadi orang tengah.

    Sebab bank ada duit, bank beli dulu. Kemudian jual pada pembeli dengan harga lebih tinggi. Lebihan tu untung pada bank.

    Okay. Takde masalah.

    Tapi sayangnya, ia hanya konsep. Bukan praktik.

    Cuba tengok loan rumah. Bank beli dulu, dan jual pada kita. Bank dapat untung.

    Tapi kalau projek perumahan tiba2 terbengkalai, bank yg merupakan tuan empunya barangan sudah tidak dapat berikan barang jualannya. Sudah langgar kontrak.

    Jadi sepatutnya bayaran bulanan tak perlu bayar. Saya sebagai pembeli yg dijanji rumah. Tapi bank mungkir. Memang lah ia kerja pemaju. Tapi bank yg patut selesaikan. Bukan saya. Sebab saya beli dari bank — bukan pemaju.

    Bukan begitu sepatutnya?

  • pakdi Apr 26, 2010

    @ikanbilis, saya kurang faham persoalan yang ditimbulkan.

    @iskandar, saya akan komen dalam post lain.

  • ikanbilis May 3, 2010

    die kate interest rate =4 %, tanye BANK RAKYAT seblah 3.9%…kire same lah so dimanekah status kehalalannyer??.. hanya kerana ade panel syariah 4% tuh halal?

  • pakdi May 3, 2010

    @ikanbilis,

    Hasbullah Pit dalam komennya ada menyebut antara kaedah untuk mengelakkan kekeliruan tersebut. Dan saya ada komen balas tentang sifat Islamic banking kita yang regulatory driven, tidak berani buat benda baru melainkan ada direction dari authority macam BNM.

    Bila orang awam tidak terdidik, penjual kereta pun tidak terdidik, malah pegawai bank sendiri pun tidak sepenuhnya terdidik, maka apa yang telah jadi amalan selama ini diteruskan sahaja walaupun ia membawa kekeliruan.

    Setakat ini apa yang mampu diselia sepenuhnya adalah documentary evidence e.g. perjanjian-perjanjian. Kalau perbualan lisan, maka kita masih lihat lagi banyak yang tak patut berlaku, terjadi.

  • ikanbilis May 5, 2010

    amalan dan system dari segi teknikal…alangkah indahnya jika dapat beli tunai…terima kasih…sebab itulah ar-rahn menyediakan perkhidmatan yang berpatutan,islamik dan tiada unsur2 menindas berbanding pajak gadai biasa yg berpeluang menindas…persepsi orang ramai..bank islam mahal baik ambil bank lain..murah sikit….saya pun xtahu adakah kos pengurusan dan perkhidmatan bank islam or polisi bank islam harga pasaran agak mahal…sebut saja bank islam mahal walaupun perkhimatan sama…perbandingan dan permainan harga menentukan persepsi…patut lebih bertanggungjawab sosial juga berpatutan kerana perkhidmatan sama…walahualam…

  • ikanbilis May 5, 2010

    documentary evidence halal pun tapi disebabkan tarikan harga yang murah dan senang berurusan menjadi pengguna tersilau dengan tarikan tersebut… sebagai contoh,antara kejayaan airasia pada slogannya…tetapi kekadang disebabkan kesilapan diri sendiri ada juga unsur menindas2 padanya…ini pengalaman saya sebagai pengguna airasia…akan tetapi pembaharuan air asia dalam industri ini membuka mata mas khasnya dan lain pemain sedar akan cheaper is the business dan murah tidak semestinya tidak untung dan selesa tidak semestinya mahal kerana islam pun tidak menentukan keuntungan itu harus mahal tetapi harus dibaca dengan ihsan,kebajikan,sederhana dan nilai2 akhlak …ibarat solat tidak memerlukan modal yang besar dari segi fizikal dan teknikalnya tetapi roh dan akhlak spiritualnya berbanding arak yang mahal harganya dari segi materialnya dan spiritualnya tetapi ada yang sanggup jadi kaki botol…itu xcerdik sampai ke akhirat namanya…jadi kesimpulannnya antara alternatif bank2 islam harus menimbang perkara2 ini untuk melihat islam itu mudah,cepat,murah,mesra dan berkebajikan khususnya dalam industri perbankan lebih2 lagi riba yg susah ditapis teknikalnya bersih dalam usaha mencari rezeki yang halal dan toyibba…walahualam

  • pakdi May 5, 2010

    Saya masih tidak dapat membaca mesej sebenar yang tuan ikanbilis cuba sampaikan. Harap dapat tulis dalam bentuk point.

  • razuwan May 10, 2010

    saya ingin bertanya.baru ni saya beli kereta kembara di kedai kereta terpakai dengan harga 12000 tapi bukan cash.jadi saya buat loan dengan public bank.orang bank tu kata dia xboleh buat loan kereta tu sebanyak 12000 sebab kereta tu dah 11 tahun lebih.jadi bank tak berani beli sebab susah buat insurans.kemudian dia kata bank boleh bagi loan tapi interest dia tinggi.jadi dia pun kira la dengan calculator tup-tup dia kata saya kena bayar 15000 balik kat bank dengan kadar 350 sebulan jika mahu ambil kereta tu.jadi saya dah pun ambil.
    soalan saya adakah kereta tu bank beli dengan harga 12000 kemudian bank jual kat saya 15000.jadi bank dah untung 3000.atau pun 3000 adalah riba?
    adakah makna loan tu kita mintak bank beli dulu kemudian kita bayar dekat bank balik?

  • pakdi May 10, 2010

    @razuwan, kalau buat loan itu tandanya tuan jadi pelanggan public bank konvensional.

  • ikanbilis May 17, 2010

    bank islam mahal
    kurang diminati
    banyak prosedur remeh temeh…dalam semua pembiayaan

    tidak macam ar-rahnu…segalanya mudah,cepat dan berpatutan

    kesimpulan: kena berpatutan serta menarik…

  • pakdi May 17, 2010

    @ikanbilis, Bank Islam atau bank-bank Islam yang mahal? Apa asas tuan yang menyatakan ia mahal ? Apa yang dimaksudkan dengan prosedur remeh temeh ?

    ar-rahnu hanya sebahagian penyelesaian yang ada, dan ia bukan segalanya.

  • ikanbilis May 17, 2010

    ini persepsi orang yg saya temui…mungkin pakdi boleh membuat perbandingan produk yg ditawarkan antara kon dan islamic…dokumentasi yg remeh temeh…ramai memuji bank cap kepala rimau…

    kesimpulan: hidup segan dek kekangan2 mendatang

    ar-rahnu pun sebahagian jalan akan tetapi merupakan RUANG PELUANG utk memajukan masa depan kewangan islam…

    kesimpulan: nak@xnak…tanya iman

  • pakdi May 17, 2010

    @ikanbilis, memang dokumentasi di bank-bank Islam lebih banyak berbanding bank-bank konvensional kerana perlu ada siri kontrak jual beli dan sewa yang jelas, berbanding bank konvensional yang hanya memerlukan loan agreement. Saya tidak fikir ia sesuatu yang remeh temeh kerana ia memberi kesan kepada sah atau tidak sah sesuatu kontrak.

    Keduanya, mungkin tuan ikanbilis boleh kongsikan fakta yang tuan temui di sini dan bukan hanya berdasarkan persepsi orang. Itu adalah tindakan yang lebih baik.

    Ketiganya, ar-rahn bukan semata-mata produk. Ia adalah kontrak yang berkaitan pledge, debenture, pawn, charge, collateral dan yang sewaktu dengannya. Ia memang banyak diguna pakai sebagai security contract dalam bank-bank Islam.

    Harap kontrak ar-Rahn ini tidak disempitkan hanya merujuk kepada pajak gadai Islam, dan sememangnya industri “Islamic pawnbroking” ini sedang berkembang dari hari ke hari.

  • ikanbilis May 19, 2010

    banyak tidak semestinya sah@tak sah…berpatutan pun sah jika kita buatnya sah sebab pengdokumentasi itu boleh dimampatkan dan disimplekan…dokumentasi yg dimampatkan menarik bukan? contoh: dulu pernikahan begitu mudah dan simple…sekarang agak rumit dan banyak juga dokumentasinya…begitu juga kontrak2 lain…

    insya Allah…akan menyusul jika berkesempatan…

    soalannya kenapa ar-rahn begitu cepat dan pantas berkembang tidak seperti bank2 islam…

    persoalan saya jika pakdi memahami…produk2 dan perkhidmatan bank2 islam masih perlahan dan agak tidak menarik…
    perkhidmatan ar-rahn cepat sedikit dan manarik…

    kesimpulan:kita teruja dan akan menjadi pelanggan kepada produk dan perkhidmatan yang berpatutan…kalau ada yang murah lagi kita suka…paling suka patut beli dan patut pakai…

    utk pengetahuan pakdi..ikanbilis telah mengikuti penulisan pakdi sejak 2003…dari sosio politik ke sosio ekonomi…banyak persoalan dan isu2 yang pakdi kupas menarik perhatian ikanbilis dan terima kasih kerana menulis dan banyak ilmu2 yang ikanbilis dapat dari pakdi…ikanbilis bekasan uiam juga…00/05

  • pakdi May 19, 2010

    @ikanbilis, betul, banyak tidak semestinya sah. sikit pun belum tentu sah. apa yang penting, dokumen-dokumen yang dikeluarkan mesti menepati syarat jual bel / sewa. Saya pohon tuan agar menyatakan secara spesifik, dokumen apa yang dikatakan remeh temeh tu? itu adalah lebih baik.

    kedua, apa statistik yang menyatakan Islamic pawnbroking begitu cepat dan pantas berkembang dan Islamic banking tidak ?

    ketiga, apa yang tuan maksudkan dengan menarik ?

    Terima kasih kerana terus membaca sehingga hari ini.

  • fauzi Jul 5, 2010

    BANK RAKAT MEMANG MAKAN BUNAG BERGANDA DAN BUKAN BANK ISLAM…HARAM PUNYA SIAL…DAH AMBIK UNTUNG BANYAK LEBIH DU AKALI GANDA SEDANGKAN KONSEP JUAL BELI DALAM ISLAM DALAM AL QURAN ALLAH MENGHALALKAN JUAL BELI DAN MENGHARAMKAN RIBA TETAPI JUAL BELI ITU JANGAN LAH MENGAMBIL UNTUK LEBIH SEKALI GANDA..

    INI TIDAK DAH BELI KERETA JUAL BALIK MAHAL..LEPAS TU BILA CUSTOMER TAK DAPAT BAYAR AMBIK BALIK JUAL DAPATUNTUNG X BAGI LEBIHAN TU KAT CUSTOMER DAN MINTAK FULL PAYMENT.>X BAYAR JUGA BAGI NAMA BLACKLIST KAT BNM DAN INTEREST BERJALAN…SAY APUNAY HUTANG DARI RM20000 DAH JADIK RM54000 LEPAS TU KERETA DAH DI JUAL RM30000 PATUT SAYA DAPAT RM5000 DIA GUNA BAGI BONUS KAT STAFF….MAKAN LAH DUIT HARAM TU WAHAI STAFF BANK RAKYAT…TAK HALAL AKU SAMPAI AKHIRAT…AKU X AKAN BAYAR TUNTUTAN ENGKO BANK RAKYAT…

    NAUZUBIILLAH BANK RAKYAT

  • arw Dec 4, 2010

    Assalamu’alaikum wrt. wbt.

    Salam semua. Saya sebenarnya sedang mencari maklumat berkenaan kehalalan perbankan islam yang dilaksanakan di Malaysia – pembiayaan peribadi, pembiayaan kenderaan, dan pembiayaan rumah.

    Adakah sistem perbankan islam di Malaysia benar2 halal? Itu yang jadi persoalannya.

    Saya mendengar satu kuliah berkenaan riba baru2 ini di Radio As-Sunnah Batam, Radio Hang FM (http://www.hang106.or.id/) FM106.00. Antara isinya adalah bank dan pengguna mestilah berkongsi untung dan rugi dalam perniagaan. Tidak boleh satu pihak terjamin untung (atau tidak akan rugi) dalam jual-beli. Contoh yang diberi oleh penceramah, katakan seseorang ingin membeli sebuah kenderaan dan memohon kepada suatu bank untuk membiayainya. Bank hendaklah membeli kenderaan berkenaan dan menyerahkannya kepada pembeli di satu tempat yang telah ditetapkan. Jika kenderaan itu dicuri sebelum diserahkan kepada pembeli maka bank perlu menanggung kerugiannya bukan pembeli. Atau, jika pembeli ingin membatalkan pembelian ketika kenderaan diserahkan tetapi sebelum kontrak ditandatangani, maka pembeli berhak melakukannya, dan bank perlu tanggung kerugiaan tersebut. Tapi saya rasa di Malaysia perkara ini tidak mungkin berlaku kerana prosesnya berlainan. Bank tidak membeli kenderaan berkenaan dari kedai kenderaan dan menyerahkannya kepada pembeli disuatu tempat yang dijanjikan, sebaliknya terus dari kedai kenderaan kepada pengguna – seolah-olah pembeli pinjam wang dari bank dan guna wang tersebut utk beli kenderaan. Bank juga akan memastikan yang mereka tidak akan rugi. Saya ingin kaitkan dengan kes pembiayaan rumah, di mana apabila projek terbengkalai, maka pembeli yang menanggungnya. Saya tidak pasti adakah perkara ini tertulis dalam kontrak – iaitu pembeli kena tanggung jika rumah terbengkalai – jika ini benar maknanya kontrak itu adalah tidak sah kerana adanya unsur menjamin keuntungan pada sebelah pihak (bank) yang menjadi ciri riba. Saya sebenarnya bimbang dengan ulama-ulama kita akhir zaman ini (mudah-mudahan ulama2 kita tergolong dalam golongan ulama yang ikhlas kepada Allah SWT), dan dengan kuatnya pengaruh musuh-musuh islam (yahudi dan nasrani) yang ingin kita mengikuti mereka sedikit demi sedikit sehingga jika mereka masuk lubang biawak pun kita (umat islam) akan mengikuti mereka. Saya inigin akhiri komen saya dengan satu hadis:

    Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”. (Riwayat Baihaqi)

    Keterangan:
    Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su’ yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

    (http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/10/islam-tinggal-nama-sahaja.html)

    Wassalam.

  • Alfian Apr 25, 2012

    Saya ada rancangan nak beli kereta dalam jangka masa terdekat ni, insyaAllaah. Cuma saya memang kurang faham dengan cara perbankan yg dijalankan.

    Masa beli first car, saya mmg main sign saja apa pegawai bank bagi… sebab dia pun mmg dah tanda kat part2 mana nak kena sign. Saya, yg takut nak tanya lebih2 pasal nampak mcm sibuk je pegawai tu, sign saja laah. Tapi secara keseluruhan, saya tak pasti camne rules benda yg saya sign tu. So, kalau buleh utk kereta yg kedua ni, saya nak la ianya proper, mengikut Islam :)

    Tapi takut jugak, sebb ramai kata perbankan Islam ni… nama je Islamic banking, tapi in reality masih riba’ based. Saya pun dok tengok video Imran Hossein kat YouTube… dan dia adalah antara proponent utama yg berpegang kuat kepada claim yang Islamic Banking is not really Islamic Banking…

    Soklan saya, sejauh manakah benarnya claim ini? T kasih :)

  • HUSSEIN May 1, 2012

    salammunalaikum,

    afwan, sekadar menumpang laluan

    akar merupakan elemen terpenting didalam tumbuh-tumbuhan dan akar juga merupakan facilities pertama tumbuh dibahagian bawah biji benih, ianyai untuk memberi makanan kepada biji benih

    perbankan islam hakikatnya bolehlah diclarifykan lagi dengan hadis rasullah, ana tidak berapa ingat siapa perawinya, akan tetapi ana yakin ramai yang pernah membaca atau mendengar mengenainya iaitu ” akan datang suatu zaman dimana tidak ada seseorang pun yang akan terlepas dari memakan riba, kalau ia tidak makan secara langsung, ia akan tekena juga debu-debunya

    sayugianya, sudah bertahun lamanya isu-isu ini timbul tanpa solusi yang tepat, pengkajian sendiri yang memerlukan inisiatif yang amat tinggi memberi jaminan akan keberkesanan sistem perbankan islam

    penjelasana da hujah yang konkrit amat diperlukan. timbulkan lebih lagi penyelesaian daripada persoalan pada fikiran ana hamba Allah yang hina ini, ana berpendapat bahawa zaman ini adalah zaman kebangkitan islam dari semua sudut baik dari segi politik,ekonomi,perbankan dan yang seangkatan dengannya

    kefahaman tentang dasar2 deen amat lah tersangat-sangat penting di dalam menjayakan kembali sistem ini. pemamahan yang paling mudah tentang perbankan islam ialah ia wajib merahmati sekalian alam. bermula dengan asas merahmati tadi barulah datangnya T&C yang lain dimana ianya tidak boleh mengandungi unsur yang negatif kepada sekalian alam( semua jenis hidupan di dunia ini termasuk alam sekitar)

    jika ada sedikit unsur2 yang tidak merahmati sekalian alam maka ianya bukanlah perbankan islam. ayuh sahabat-sahabatku yang hilang, majulah kedepan dengan idea2 baru yang “bernas” kan AQ sebagai akar dengan penjelasan yang mudah difahami masyarakat

    semakin besar capital sesebuah company semakin kurang faedah pinjaman yang dikenakan pihak bank ke atasnya, dalam erti kata lain semakin miskin seseorang itu semakin tinggi kadar faedah yang akan dikenakan keatasnya, modus operandi ini diguna pakai oleh kedua2 sistem perbankan islam dan konvensional

    how about all of us which consider as ” caring” for our islamic banking system established a financial institution that implement the current islamic banking system with the vice versa of the modus operandi that are being use by our banking system nowadays. high rate for more affordable people.

    we use his method for certain period of time until we achieved the most appropriate equality of income among the people without making them feel any burdened which the root cause is came from he system itself

    by the mean time in 5 or 10 years, we will know how the fluctuation of market trend would become in using this new method of banking, i would likely to believe that it might work efficiently, InsyAllah.

    it might take 1 to 2 century until we get to the “matlamat itself” but however it is worth for our next generation..something has to be done before we finished.

    Hussein

  • suhaym elkarjani Aug 2, 2013

    kelebihan pembayaran atas hutang adalah riba…….takde kompromi…..maslahat maupun manfaat……seribu syarat klu tak syarie pasti tertolak…….baik itu bank islam atau kafir…….sama2 buah dari sistem kapitalis yg menjadikan manfaat sebagai asas dan tujuannya…….banyak lagi jalan keluar untuk menninggalkan sistem ribawi…..bukan menjerumuskan diri dlm sistem ribawi kemudian mencari dalih bagi menghalalkan tindakan……kemudian berkalau2…..itu dan ini……klu nak beli kereta beli kereta 2nd 2…3 ribu pun boleh dapat……jika mahu jadikan kenderaan sebagai sarana mendekatkan diri kpd Allah…..atau sebagai sarana utk silaturahim atau berdakwah……apa masalahnya……drpd dapat dosa pas tu menanggung hutang bertimbun2……..x dapat keberkahan hidup…..dosa riba tg paling kecil adalh umpama berzina dgn ibu sendiri……naudzubillah……than klu nk keta yg baik sikit kumpul lah duit…..beli cash…..ini bukan masalah dharurat yg takde jln keluar……jauh dari nyawa pun…..paling ekstrem pun cuma bini guling2 tak dapat kereta baru……so tolok ukur dalam melakukan perbuatan harus di nilai menurut hukum syara…..bukan kemaslahatan yg ingin diraih……mudah2an ada manfaatnya

  • AZIZUL Oct 13, 2013

    SALAM Pak Di

    Terima kasih atas penulisan dan pandangan Pak Di.
    saya hargai. moga ianya memberi manfaat kepada saya dan juga semua pembaca.
    Terima kasih sekali lagi. Teruskan menulis.
    ada pembahas yang langsung tidak faham pengurusan asas kewangan Islam
    Moga Allah mempermudahkan segala urusan Tuan sekeluarga.

  • zul Nov 17, 2013

    Bank beli kereta drp dealer rm 66500 kemudian sewakan kepada pembeli rm 760 selama 9 tahun dgn kadar keuntungan tetap 2.49 setahun. Bank jual kepada pelanggan 82 k dengan kadar keuntungan 2.49 setahun.Bagaimana kiraan konversional?boleh terangkan. Mcm serupa je bagi saya.

  • muhammad fairos Nov 23, 2013

    Assalamualaikum broder. Saya ada kereta dan rumah loan conventional. Saya nak tukar ke islamic tapi bank kata tak bleh. Jadi mcm mana? Ok saya ada satu situasi nak tanya. Contoh: saya nak beli kereta harga RM50K. Saya nak beli cash tak mampu jadi saya minta bank beli dulu. Ok lepas kereta menjadi hak milik bank saya beli dgn bank dengan harga RM60K. Bank untung RM10K. Jadi saya bayar bank lebih kurang RM715 selama 84 bulan untuk cukupkan RM60K. Jadi dalam agreement tak perlulah ada bacaan interest betul tak? Tapi nak tanya ada tak bank yang menawarkan sistem macam tu.

Leave a Comment