Nampaknya pelabur di Malaysia, khususnya Bumiputera ada peluang baru untuk membuat pelaburan dalam sektor hartanah pula sama seperti melabur dalam saham amanah. Baru dilancarkan pada 29 November 2010 oleh Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Namanya adalah Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).
Secara umumnya maklumat mengenai AHB adalah:
- Patuh Shariah
- Melabur dalam sektor hartanah.
- Melabur dalam pasaran wang Islam (Islamic Money Market) untuk tujuan kecairan.
- Jumlah pelaburan permulaan, RM 500.
- Jumlah pelaburan maksimum, RM 200,000
- Pelaburan tambahan, RM 100
- Jumlah baki minimia, RM 500
- Pengeluaran minima, RM 500
- Kekerapan pengeluaran, sebulan sekali (bukan 30 hari sekali)
- Boleh melabur untuk anak sekecil usia 3 bulan
- Harga unit tetap, RM 1
- Sasaran pulangan kepada pelabur, minima 6%
- Pengurus dana, Mayban Investment Management Sdn Bhd
Komen Pakdi: Saya kena dapatkan prospektus untuk mendapatkan beberapa maklumat lagi.
Berikut adalah laporan Bernama.
PHB lancar Amanah Hartanah Bumiputera bersaiz RM1 bilion
2010/11/29
KUALA LUMPUR: Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) hari ini melancarkan dana pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bersaiz RM1 bilion, yang membolehkan pelabur Bumiputera menyertai pemilikan benefisial aset hartanah.
Skim pelaburan itu yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, terbuka kepada pelabur Bumiputera berumur tiga bulan ke atas, dengan pelaburan permulaan sebanyak RM500.
“Melalui skim pelaburan yang berlandaskan syariah ini, Bumiputera secara tidak langsung akan berpeluang untuk memiliki pegangan dalam hartanah utama. Unit-unit amanah ini akan diniagakan pada harga tetap RM1 seunit,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB Kamalul Arifin Othman pada majlis pelancaran skim itu di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya bekerjasama dengan Maybank bagi memudahkan pelabur menjalankan urusan transaksi skim amanah itu.
“Sehubungan itu, pelabur yang berminat boleh mengunjungi cawangan Maybank, yang mempunyai kira-kira 400 cawangan di seluruh negara, untuk membeli unit-unit AHB,” katanya.
Mengenai pulangan AHB, Kamalul Arifin berkata pihaknya menjangkakan pulangan yang bakal diterima pelabur skim itu tidak kurang daripada enam peratus berdasarkan prestasi hartanah di kawasan Segitiga Emas.
Beliau berkata Pelabuhan Hartanah juga akan memperbesar saiz skim amanah itu pada masa depan.
Katanya pihaknya akan terus mengenal pasti peluang-peluang perniagaan melalui pembelian hartanah perdana serta membangunkan projek hartanah, terutama dalam sektor pembangunan hartanah komersial.
“Kami merancang membesarkan saiz dana sebanyak RM500 juta lagi tahun depan,” katanya.
Ditubuhkan pada Mei 2006, PHB ialah anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, yang aktiviti utamanya sebagai syarikat pemegang pelaburan.
Pada masa ini, nilai hartanah miliknya melebihi RM1 bilion, kebanyakannya di Lembah Klang. – BERNAMA
Ketahui Cara-Cara Menjana Untung Dalam Pasaran Saham. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Salam. Terima kasih pakdi kerana kongsi artikel. Agak2nya dari segi risiko adakah ia sama seperti REIT, di mana harga unitnya bergantung kepada pasaran semasa?
Salam.Terima kasih Pakdi atas informasi ini. Mohon sedikit pencerahan.
1) Bagaimana konsep pelaburan AHB ini? Apa perbezaannya dengan saham amanah biasa?
Terima kasih
Terima kasih kerana mengongsi bersama pembaca. Sekali imbas, macam Amanah Hartanah Bumiputera ini. For me, investing dalam dana ini means –
(a) assists bumi to have proporties at strategic location
(b) real asset investment that suitable to hedge against rising property price
(c) Another alternative to diversify my portfolio.
Tp paper xde cakap pula ye secara specific camane and bila boleh invest ni, kan?
Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini. Nampak macam pelaburan baru untuk kita. Tapi, pihak yang paling untung dalam hal ini surely pihak developer sebab modal datang dari pelabur.
So, untung pelaburan 6% tu boleh la dikatakan kecil…
p/s masih tak dapat lawan dividen Bank Rakyat….
Salam.
Berdasarkan ilmu yg cetek, sempat sy garap dari prospektuf yg dibace dlm masa 10minit (kene pulang balik):
Ashafiq,
AHB harga unit lock pada kadar RM1. beli RM1, jual pun pada kadar RM1. cas beli/jual dinyatakan “currently no charges”. means macam akan dtg boleh la dicas.
shahidat.
ASB xde yearly fees. AHB ada fees 1% n lg satu 0.08%.
klegacy.
boleh melabur di Maybank. Prospektus pun ada di Maybank. rujuk:
http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=INV-Investment&cntTypeId=0&cntKey=INV02.01.82&programId=INV02-UnitTrust&chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment
btw baru labur RM500. tiada buku diberikan, sijil lepas 21 hari (actually diorg pun tergesa2 buat benda ni, lps saudara se-Islam kita tu announce kat Bajet 2011).
Slm?
Apakah ajen dimana kita boleh mambelinya?
Adakah tarikh tutup untuk pembelianya?
Saya dah masuk pagi ini ..peliknya saya adalah org pertama yang buka pelaburan ini di cawangan Maybank Bukit Jambul Pulau Pinang ..macam tak da sambutan jaa .
Tiada buku di berikan cuma resit simpanan diberikan officer maybank tuh pon tak berapa clear prosesnya lagi maklum laa saya org pertama ..diaorang dok refer template yang disediakan PNB jaa
kiranya sambutan tak berapa hangat la area bukit jambul..dia tak kasi buku macam ASB ke..
dia orang bagi tak template dan prospektus tak?
setakat yang saya baca prospektus (yang english level spm saya punya kefahamam laa),
kata ada caj-caj lain kalau nak jual balik
menarik gak ni.. salah satu portfolio to diversify pelburan kita.. cume kene bace dlu info mengenai AHB ni.. sbb xbrape phm sgt.. huhu
Dah baca prospectus cuma saya musykil sikit macam mana jangkaan dividen Amanah Hartanah Bumiputera sebanyak 6% sedangkan sewa untuk bangunan adalah RM40 juta setahun dan saiz dana RM1 billion yang mana RM800 juta digunakan untuk membeli properties (beneficiary ownership)
Ada fasiliti OD tak? Hehe ..menarik gak kalau ada ni..
saya baru dapat template dari maybank…diaorg semua pun blur2 jer..pastu takde buku dan kita kene simpan resit tu…and tanya macamaner nak view akaun pun, pihak maybank masih blur…diaorg cakap mungkin boleh tgk online….tapi tak tau camner..
huhu..
pakdi, nak tanya skit, apakah maksud caj2 yang akan dikenakan seperti caj jualan, caj belian, yuran pengurusan tahunan, yuran pemegang amanah tahunan, perbelanjaan dana, ratio perbelanjaan pengurusan..ni semua akan affected pulangan kita tak?? caj2 tu pun ???
pelaburan alternatif selain dari ASB. terima kasih diatas info dari pakdi.
cik liza, saya tak rasa ini pilihan alternatif selain dari ASB .
azuar: AHB bukan product PNB (Pemodalan Nasional Berhad) tapi product PHB (Pelaburan Hartanah Bhd). Tak ada kene mengena dengan PNB.
Kalau nak invest saya nasihatkan tengok real estate yang disebut dlm master prospectus. Sebab wang akan di investkan dlm real estate2 yang disebutkan. Kalau rasa2 tempat2 tu mcm tak menarik.. better trust your judgement.
Pelaburan ni totally lain dgn ASB. ASB melabur dlm equity.. AHB dlm hartanah. Other than that mungkin sama kot since dier pun fixed price. Kalau tengok prospectus.. category fund adalah real estate backed assets… bukan REITS.. ini perkara baru so saya pun tak sure mcm mana konsep fund ni. Kene study lagi prospectus nampaknye.
ada caj lain bila nak jual balik ke?
emmm…klu dah diuruskan oleh institusi kewangan swasta spt Maybank
tentunya banyak charges yg akan dikenakan nanti…
p/s: mmm….apa khabar unit amanah ASNITA…
sekarang nie bawah ECM Libra…
Pakdi,
Nak minta pendapat Pakdi. Untuk sesiapa yang belum pernah melabur, lebih untung melabur melalui ASB atau AHB. Bagaimana pula kalau pelaburan melalui Public Mutual Unit Trust?
Pelaburan AHB adalah pelaburan jenis pasif yang tidak membebankan tekanan risiko kepada pelabur manakala dana Unit Trust Public Mutual bagi kategori ekuiti adalah bersifat agresif atau sederhana agresif yang memerlukan perancangan pelabur untuk mencapai pulangan yang maksima. Jesteru itu pelaburan pasif tentunya memberi pulangan rendah berbanding pelaburan agresif. Untuk tujuan itu pelabur unit amanah swasta perlu mendapat khidmat dari perunding unit amanah yang berpengalaman supaya dapat membantu mengurus pelaburan mereka. Saya tertarik dengan kata-kata “One who don’t take risk (culculated risk) won’t go anywhere.. “
cepat2 sebelum terlambat, masih panas lagi ni…tapi ahb ni takde limit2 unit habis ke apa cuma limit utk individu ada ler.
kalau boleh lepas 6 % dah kira ok, asb dalam 7% dan satu lagi ramai tak tahu lagi, bank persatuan tahun ni bagi 10% ( biasanya 12.5%).
pada firasat aku, ahb ni boleh lebih baik dar asb ( > 7 %).
salam naima,
leh saya dapatkan info berkenaan bank persatuan yang leh dapat 12% setahun faedah…TQ
En Hafiz,
Last sekali bank Persatuan bagi dividen 10% adalah untuk tahun 2009. Tahun 2010 dah turun 6% dan tahun 2011 pun lebih kurang 6.5%..rasanya untuk tahun 2012 pun tak jauh bezanya. Bank persatuan dapat 12% tu zaman 2008 je…
thank sebab kongsi maklumat…dgr cerita, loan ahb dh dikeluarkan…nk invest tp xtau performance lg..
Camna nak dpt soft copy prospectus AHB? Tak jumpa pun kat M2U..
Saya belum baca lagi prospektus, maka saya tidak boleh komen apa-apa.
org maybank cakap dividen AHB tu dua kali setahun…..kalau 6% dalam 6 bulan sekali kira ok jgk…
Assalamualaikum WBT. sekadar nak kongsi maklumat.. AHB ni kepunyaan syarikat Pelaburan Hartanah Berhad.. Setakat info yang saya dapat,
Pelaburan Permulaan = rm500/500unit
Pelaburan Tambahan Minimum = rm100/100unit setiap kali topup..
Pelaburan maksimum = rm200k/200unit…
Kanak2 = 3 bulan dah boleh joint (akaun bersama ibubapa)
bila kita melabur dalam AHB ni, bank (maybank) akan mengeluarkan slip dan salinan “borang pendaftaran” sahaja ( tiada buku mcm asb dan bukan berupa sijil ) data peribadi akan disimpan melalui Maybank Automated Retails System.. dividen/pengagihan pendapatan akan dimasukkan kedalam akaun saving passbook setahun 2 kali.. Hartanah Yang terlibat dalam pelaburan ni adalah.
1. 3c4 Putrajaya
2. CP Tower
3. Logistic Warehouse
4. Wisma Consplant
5. Tesco Setia Alam
Risiko dalam Pelaburan dana ini adalah:
1.Risiko Mudah Tunai
2.Risiko Pasaran
3.Risiko Kadar Keuntungan
4.Risiko Pihak 1 lagi
5.Risiko Penebusan Awal
Maaf jika ada tersilap…
salam,
saya juga sama seperti pakdi. saya juga tertunggu-tunggu prospektusnya. saya cuba mencari prospektus tersebut di laman web phb, tetapi tidak saya temukan. biar betul AHB ni, bukankah Suruhanjaya Sekuriti mensyaratkan supaya setiap dana unit amanah yang hendak dipasarkan diiringi prospektus?
Rakan saya telah membaca prospektusnya. Cuma saya yang belum.
masih kabur. lom tahu kesemuanya. Harap nanti leh update.
Maklumat yang saya dapat, dividen AHB ni boleh dimasukan ke Akaun Simpanan Maybank atau CIMB. So unit xbertambah secara automatik apabila dibayar dividen.
Untuk tambah unit seterusnya hanya bawa IC ke maybank.
betul… saya baru join hari ni.
Thanks atas info… kalau melabur RM10,000 dividen 2 kali setahun dengan andaian 6% setiap 6 bulan boleh dapat RM600 la kan…. Pelaburan yang baik kerana hasil dividen di pertengahan tahun dan penghujung tahun dimana kita memerlukan wang perbelanjaan untuk persediaan persekolahan anak.
salam, brp byk maksimum unit AHB boleh kita keluarkan dlm masa sebulan agaknya pak di? Tak dinyatakan pulak. Tq
Saya dah labur!!
Just nak share….dlm berita harian on9 mengatakan…
“AHB dijangka mampu menawarkan pulangan sekurang-kurangnya enam peratus setahun”
Kamalul Arifin Othman
Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif PHB…
Ini bermaksud setahun hanya sekali….bukan setahun dua kali seperti yang dikatakan oleh shaifuddin:
dividen/pengagihan pendapatan akan dimasukkan kedalam akaun saving passbook setahun 2 kali..
Mukin benar 2 kali, tapi 3% X 2 setahun….
Sila lihat maklumat dilink berikut:
http://www.bharian.com.my/articles/PHBlancarAmanahHartanahBumiputera/Article/
Ye …betul tu..6% setahun..bkn nya 6% utk setengah tahun leeeeeeeeeeeeee….apa la korang ni…tk baca btl2..
aku x paham, la,,,,,tolong xplain dengan penuh detailleh tak,,,,,,
salam.. sy student ipta.. sy dh invest ahb.. but quite disappointed.. org maybank sendiri tidak begitu arif mengenai skim pelaburan ini..dan mereka tidak menggalakan student spt sy melabur dlm ahb sebaliknya menyarankan sy utk buka acc asb,itu lbh baik.. sedangkan harga property more valuable..
lbh mengecewakan lg apabila pemegang saham ahb hny diberikan 1slip bukti pelaburan, sedangkan jumlah yang dilaburkan lbh tggi nilainya… where is the value of this investment??? dr segi dividen plak its confusing when the dividend that we will received is 6% semi-annually but it also can be 3%x6bulan..hurmmmm
bbekalkan sedikit knowledge investment yg sy ade, this type of investment give a good return unfortunately it not run smoothly where the people of maybank not really expert about ahb n they cant exactly explain what AHB is…
this is my opinion..thx
AHB dah pun penuhhh…
salam… kte tnggu dan lihat je la nnti performance AHB cmne. klau ada bgus, kte prepare la utk beli tmbhn 500juta unit yg MD PHB sbut aritu..
memang resit ja yang dia bagi. xtaw macam mna nak cek balik.
salam..kalo buat pelaburan guna loan dgn maybank ok x?ade risiko x?
AHB dah declare diveden…
PHB agih 2.17 sen
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my
KAMALUL…satu bilion unit dilanggan
SERAMAI 60,000 pemegang akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) akan mendapat pulangan tahunan sebanyak 6.50 peratus apabila Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) mengumumkan pengagihan pendapatan pertamanya sebanyak 2.17 sen seunit untuk dana AHB bagi tempoh empat bulan berakhir 31 Mac 2011.
Pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah kira-kira RM19 juta yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemegang pada 18 April 2011.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman berkata, daripada jumlah keseluruhan pemegang unit AHB, hampir 40,000 atau 67 peratus terdiri daripada pelabur kecil yang melabur sekitar RM500 hingga RM1,000.
Beliau berkata, sejak dilancarkan pada 29 November 2010, sebanyak satu bilion unit AHB habis dilanggan dalam masa tiga bulan dan PHB juga bakal membesarkan saiz dana AHB dengan menyasarkan untuk membuka lagi 500 juta unit pada suku akhir tahun ini bagi memberi peluang kepada rakyat keseluruhannya.
“PHB juga merancang untuk membeli lebih banyak aset bagi meluaskan lagi bank tanah syarikat itu, memandangkan PHB kini mempunyai 60 hektar bank tanah di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang dengan anggaran nilai pembangunan kasarnya (GDV) lebih RM2 bilion,” katanya pada majlis pengumuman pengagihan pertama AHB, semalam.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MIM, Nor’ Azamin Salleh berkata, Selangor mencatatkan peratusan jualan tertinggi bagi dana AHB iaitu 23.4 peratus diikuti Wilayah Persekutuan sebanyak 15.6 peratus.
Ada baiknya..nk menyimpan..jgn la buat pinjaman..kumpul la duit sendiri dan simpan/laburkan..tk byk risikonya nanti…
salam…bile cerita pasal dividen,sume pk kan tu yg utama…tp berapa ramai antara kite mengutamakan pelaburan patuh syariah..?sy pun xarif sgt…tp ade refer suruhanjaya sekuriti bahgian pelaburan,die ckp ahb patuh syariah…mcm asb contohnye,mmg fatwa dh kuar cakap asb harus…tp lau nak tau lebih lanjut,tgk http://www.zaharuddin.net …dlm tu ade bg tau fakta pasal asb…
sekadar berkongsi ye
A kata harus, B kata haram. ikut la nak raikan yang mana. kenapa sebab hang pilih B maka yang lain pun kena ikut B jugak.
Terima kasih untuk posting ini.Aku baru nak belajar tentang pelaburan,AHB ni sesuatu yang baru bagi aku.
Menarik juga AHB, nak kata alternatif kepada ASB pun berbeza sungguh platform dia. Hartanah vs Ekuiti.
Apa-apa pun ramai juga tak suggest AHB sebab tiada track record. Hopefully fee charges dikecualikan untuk menggalakkan lagi penyertaan bumiputera.
Yang sama dengan ASB cuma maksimum pelaburan RM200,000 dan harga unit ditetapkan RM1.00 seunit.
Minimum RM500 berbanding ASB minimum RM10.00 pun boleh.
Tunggu pencerahan dari Pakdi jugak. Mungkin ada pendapat yang lebih wajar.
ASB punya bulanan kita maklum amaun nya, n auto-debit.
AHB macam mana? bpe sen blnn ? email kt i sp2 y thu.
AHB tiada auto-debit, saya baru masuk bulan lepas. Dia tanya dah kerja ke..saya tanya balik kenapa, ada auto-debit ke..dia kata tak ada. Dia tanya kenapa tak masuk ASB, lagi tinggi pulangan..ini berapa je..saya diam je..dalam hati jawab, ‘ASB Haram kak..AHB Patuh Syariah..’.
asb haram pala hangguk hang. ooo sebab hang percaya 1 pendapat tu, maka yang lain wajib ikut hang jugak la. jangan guna pala lutut. pendapat mcm2 ikut hang la nak raikan yg mana.
Terima kasih pak di, saya baru berminat bidang ni tapi tak faham serba serbi, bila cerita semua nak tau pulangan aje tapi prospektif long term tak berapa nak ikut, so mulai skrg blhlah belajar skit2 dari penulisan tuan ni, terima kasih skali lagi.
Nak melabur kena ada objektif…long term baru untung setakat simpan keluar simpan keluar bek simpan dlm asb heheh
Ok jugak AHB ni. Untuk orang yang malas nak terlibat dalam share market. ASB dah penuh atau pegang kata haram. Ni la alternatifnya. Kalau 200k dapat la 12k setahun, 1k sebulan. Not bad. Nak beli reits lain macam IGB, sunway dsbnya ada risiko jugak tu.
Sudahkah pakdi membaca prospektusnya?
salam. sy Farhan bru kerje Engneer sbulan lebih di Johor. Sy amat berminat dlm pelaburan saham ni. Tapi sy langsung tiada ilmu yg BETUL utk melabur. Bagaimana nak melabur secara ‘syariah compliance’ & berjaya dgn CEMERLANG tanpa perlu meninggalkan kerja yg sy miliki skrang???
p/s-sy slalu dgr org ckp kne melabur dri muda lgi. mungkin agak terlmbt kerna sy sudah berusia 24 tahun 2013 ni. Tapi sy fkir ini bkn penghalang. sy jge sme sprti org mude lain yg tkut apabila diajak berckp tentang wang suatu ketika dahulu. tp blog Pakdi berjaya mengubah sy tentang persepsi itu..
pliz help…
Farhan hang muda lagi. Simpan kat ASB bagi penuh dulu
Thanks Khoiri. sy better masuk tetap bulan2 ka? or msuk lump sum cam member sy wat loan 60k ? tlg suggest????
Terpulang kepada keupayaan kewangan anda. Boleh buat standing instruction supaya pemotongan boleh dibuat bulan2. Kalau boleh penuhkan sampai limit 200k. Ataupun jadikan simpanan asb sebagai tabung kecemasan pun ok jugak. Setiap individu ada profile risiko tersendiri. Kalau suka dilambung ombak boleh main melabur diBSKL, belajar dengan Pak Di.
owh. ok2 tenkiu2 . =) nk blaja lebih lg ah pasni pasal diBSKL ni. siyes xde pengetahuan langsung pasal BSKL.
kt mne ah blh start blaja sume ni?(selain bc blog pakdi)
salam farhan, baik hang melabur dalam unit trust yang ada turun naik harga dan beri dividen yang bagus. banyak fund yang bagus, dapat dividen dan kenaikan modal.
thank you badrul bg pandgan. Mmg sy berminat. tp cmner nk start? mksud ak roughly & briefly bg idea perjalanan ke arah nk melabur tu? kne masuk bengkel pape yg sesuai or buku2 ape yg ak perlu tau?
pliz help =)
salam NAIMA,
Boleh saya dapatkan info berkenaan “Bank Persatuan” yang boleh bagi 12% setahun faedah…TQ
Pn Leeya,
Last sekali bank Persatuan bagi dividen 10% adalah untuk tahun 2009. Tahun 2010 dah turun 6% dan tahun 2011 pun lebih kurang 6.5%..rasanya untuk tahun 2012 pun tak jauh bezanya. Bank persatuan dapat 12% tu zaman 2008 je…
atau sesapa yang tahu camne cara nak apply untuk saham Bank Persatuan itu.. terima Kasih..
Cikpuan Leeya,
Rujuk pautan di sini
http://www.bankpstn.com.my/cms/sub.do?a=1&b=26
Apa-apahal kena pegi kaunter bank Persatuan jugakla. Cuma langkah di atas sebagai panduan.
Syer minimum RM500 (50 unit x RM10 seunit) dengan fi masuk RM20
menarik. cuma sy nak penuhkan ASB dulu. huhu.