Pelepasan Cukai Individu 2017

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2017 yang lepas.

Berikut ialah 3 perkara berkaitan pelepasan cukai individu baru yang wajar dimanfaatkan bermula tahun taksiran 2017:

  • Pelepasan sehingga RM 2,500 untuk pembelian bahan bacaan, komputer dan peralatan sukan diperluas merangkumi akhbar bercetak, telefon pintar, tablet, langganan internet dan yuran keahlian gimnasium (pelepasan cukai gaya hidup).
  • Pelepasan sehingga RM 1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu kepada pembayar cukai wanita yang mempunyai anak berumur sehingga dua tahun.
  • Pelepasan sehingga RM1,000 kepada individu yang menghantar anak berumur enam tahun dan ke bawah ke taman asuhan dan prasekolah yang berdaftar.

Komen: Belanjakanlah sebahagian besar pelepasan cukai gaya hidup untuk membuat pembelian pelbagai jenis buku yang dapat menambahkan kemahiran diri.
.

Manakala untuk tempoh 2 tahun berikut pelepasan bagi perbelanjaan berikut diberikan.

Pemilikan Rumah Pertama

Pengecualian duti setem dinaikkan kepada 100 peratus ke atas surat cara pindah milik & surat cara pinjaman perumahan; terhad kepada nilai rumah sehingga RM300,000 bagi pembelian kediaman pertama sahaja antara 1 Jan 2017 – 31 Dis 2018

Komen: Mudah-mudahan kalian dapat membeli rumah pertama pada 2017 & 2018.

Comments on this entry are closed.