Pelaburan Silver Fizikal di Malaysia

silverfizikal

Pelaburan silver atau perak fizikal di Malaysia kini semakin mendapat tempat di kalangan pelabur komoditi tempatan.

Perak dan emas dilihat sebagai kalis inflasi yang dapat menyimpan nilai dan mengelakkan penyusutan nilai matawang.

Ebook yang ditulis oleh saudara Ikram Adi ini memberikan penerangan yang jelas untuk kalian yang mahu terlibat di dalam pelaburan silver fizikal di Malaysia. Ya, jangan jadi sekadar “Orang melabur perak, kita pun ikut sama”, tetapi tidak tahu maklumat-maklumat asas yang penting.

Perak merupakan logam yang banyak digunakan di dalam industri pembuatan barangan elektronik, pateri, aplikasi perubatan, tenaga solar dan lain-lain. Permintaan untuk perak sentiasa ada tetapi sumbernya semakin hari semakin susut menjadikan harga perak sentiasa meningkat di pasaran dunia.

Pemain di dalam industri ini masih kecil menyebabkan pasaran pelaburan silver ini tidak liquid berbanding dengan jenis pelaburan yang lain seperti saham atau hartanah. Malah, tidak ada badan yang menyelia aktiviti jual beli perak atau emas ini. Jadi, anda perlu lengkapkan diri dengan ilmu sebelum masuk di dalam industri ini.

Jangan harga sudah terlalu tinggi baru kita nak masuk. Jadilah pelabur dan bukan hanya spekulator semata-mata. Pelabur lebih kepada keuntungan jangka panjang manakala spekulator lebih kepada jangka pendek.

Emas dan perak merupakan pelaburan yang meningkatkan modal atau capital gain. Keuntungan hanya diperoleh setelah emas atau perak tersebut dijual. Jadi, jika ada mana-mana skim pelaburan yang menawarkan “Beli emas, beli perak dapat duit setiap bulan” maka ketahuilah bahawa mereka sedang menipu. Buku ini membantu para pembaca mempunyai minda pelaburan yang betul.

8 Isi Penting Mengenai Ebook Ini

1. Menjelaskan kepentingan mengapa perlu melabur di dalam silver.

2. Potensi dan peluang yang terdapat di dalam pelaburan silver. “Sejauh mana boleh pergi dan sejauh mana boleh buat duit “

3. Kajian kes mengenai Teknik Tukar Ganda (gabungan emas dan perak)yang dilakukan oleh penulis sendiri.

4. Kaedah teknikal analisis digunakan untuk mengetahui masa yang sesuai untuk membeli dan menjual silver.

5. Cara menjual silver fizikal kepada pasaran sekunder.

6. Jenis dan jenama pengeluar jongkong & bullion. Mana yang baik untuk dibeli?

7. Sejarah mengenai hiperinflasi yang berlaku di Jerman pada tahun 1923 dan kaitan antara hutang Amerika Syarikat dengan harga emas dan perak.

8. 4 faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli perak iaitu ketulenan, premium, mudah diterima ramai dan masa (timing).

Justeru, jika kalian sedang menimbang mencari pelaburan komoditi fizikal pastikan ebook ini menjadi milik tuan puan.

 Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut

About the author: Pakdi.net adalah blog milik Suzardi Maulan, yang juga dikenali sebagai Pakdi. Klik sini untuk profil lanjut.

Comments on this entry are closed.