Pelaburan Sebagai Satu Marathon

“On your mark, get set, go!”

Bang!

Pecut 100 meter atau marathon?

Larian pecut memang menghiburkan. Pertandingan peringkat dunia, dalam tempoh 10 saat dah tahu siapa pemenangnya.

Semua orang lebih kenal Usain Bolt dari Stephen Kiprotich.

Namun, pelaburan patut dilihat seperti marathon. Jarak jauh.

Aset perlu dipaksa bekerja keras selama yang mungkin. Itulah tujuan pelaburan selepas kita menanam bersungguh-sungguh selama 7 tahun berturut-turut.

Sekiranya kita melihat pelaburan seperti larian pecut, barangkali kita kepenatan. Tidak mampu bertahan lama.

Saya memilih untuk memecut dalam bidang bisnes, melakukan real economy activities dan menambah nilai dalam hidup ramai pihak. Manakala, laba darinya saya laburkan untuk tempoh jangka masa panjang.
.

Penulis adalah Suzardi Maulan, seorang pelabur nilai. Jika berminat untuk melabur seperti seorang pelari marathon, sila klik link berikut –> www.pakdi.my

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.