Pelaburan Mana Lebih Untung ASB Atau Emas?

gold

Ini adalah soalan yang saya terima menerusi Facebook.

Soalannya adalah:

Sekiranya Tuan ada duit lebih, Tuan akan melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau beli emas ? Dan kenapa ?

Terima kasih

AA.

Jawapan saya:

1. Saya tafsirkan duit lebih adalah duit yang memang tidak mahu digunakan untuk tempoh lebih 5 tahun. Bukan sekadar 1,2 bulan atau 1,2 tahun tak mahu pakai.

2. Jadi, apabila ada duit lebih, kedua-dua pilihan tersebut tidak begitu menarik minat saya, sama ada emas atau ASB.

3. Saya memilih untuk melaburkan duit tersebut dalam bisnes, khusus menerusi pasaran sahamnya di Bursa Malaysia. Pasaran saham membolehkan saya membeli pelbagai jenis bisnes yang bagus-bagus.

4. Bisnes yang bagus mempunyai pendapatan dan dapat memberikan pulangan yang jauh lebih baik.

5. Saya fokus kepada harta produktif sebegitu.

About the author: Saya bantu orang melabur saham untuk persaraan. Sila klik sini dan baca lanjut

Comments on this entry are closed.