Pelaburan Halal Haram: Antara Kehendak Rakyat vs Shariah Compliant

196H

Dialog yang tak mahu kita dengar:

A: ASB haram. Ini salah pemerintah.
B: Ok, jangan simpan dalam ASB.

A: Lambat sangat. Apa susah sangat nak tukar ASB jadi halal? Dari PM orang Islam, orang PNB pun ramai Islam.
B: Sabarlah. Duit ASB bukan seribu dua, tapi berbilion.

A: Alasan. Takde political will. Ini kalilah!
B: Tapi kan, kalau betul-betul nak ikut Shariah, ASB ke, KWSP ke, TH ke kita tak boleh ada elemen guarantee macam guaranteed return.  Sebabnya PNB, KWSP, TH dimiliki oleh kerajaan secara langsung & tak langsung. Kalau 3rd party guarantee boleh. Kalau orang ramai, rakyat boleh terima actual performance, maka mudah untuk bertukar cara yang patuh Shariah.

A: Ha? Apa maksud tu?
B: Begini. Kalau ada untung, diorang bagi return. Kalau takde untung, kita tak dapat apa-apa dan kena terima kerugian. Actual performance.

A: …
B: Kalau tak silap ada undang-undang kata kerajaan akan memastikan KWSP misalnya untuk bagi paling sikit 2.5% setahun. Mesti bagi juga return, kalau KWSP tak bagi kerajaan akan pastikan pencarum dapat.

A: Kan tugas pemerintah memastikan kebajikan rakyat terjaga. Baguslah kalau kerajaan menjamin pulangan tu ada. Itu duit rakyat.
B: Iyalah, dari satu sudut bagus. Tapi tak jadi patuh Shariah lah. Sebab seolah-olah kerajaan menjamin dirinya sendiri. Islam tak bagi perkara macam tu.

A: Ah, itu tugas pemerintah. Kebajikan rakyat mesti dijaga. Yang penting jadikan dia halal dan aku dapat return aku tetap tiap-tiap tahun. Aku rakyat. Pemerintah kena jaga kebajikan rakyat.
B: (Senyum)

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.