Pelabur Membeli Bisnes Penjual Kotak

amaz

Orang yang makan gaji

Dia jual masa.

Sebab itu gajinya tetap. Sebab bos kata kerja dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. Kerja tak perform pun gaji masuk.

Orang yang kerja sendiri dengan jual servis

Dia juga jual masa.

Sebab dirinya tak boleh diduplikasi untuk buat 2,3 kerja yang sama pada satu masa.

Orang yang berniaga, jual produk

Dia jual kotak.

Perniagaan memang jalan orang kaya. Tapi jalannya susah. Bukan boleh duduk diam-diam terus jadi jutawan.

Orang yang melabur

Dia beli bisnes penjual kotak.

Pelabur tak beli bisnes jual masa. Pelabur beli bisnes yang menjual kotak.

Comments on this entry are closed.