Panduan Penyucian Pendapatan Tidak Patuh Shariah

dir

Apa nak buat sekiranya ada pendapatan yang diperoleh dari sumber tidak patuh Shariah ?

Sumber yang tidak patuh Shariah ini adalah duit yang diperoleh dari aktiviti haram seperti:

  • Riba
  • Gharar
  • Perjudian
  • Penipuan
  • Ambil harta tanpa izin seperti merampas, mencuri, merompak
  • Rasuah
  • Hasil dari perbankan, insurans konvensional
  • Pelaburan yang ada unsur-unsur yang disebutkan di atas
  • Perniagaan dari aktiviti haram seperti arak, babi, pelacuran, rokok, hiburan termasuklah skim-skim cepat kaya

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-87, Majlis Kebangsaaan bagi Hal Ehwal Islam pada 23-25 Jun 2009 telah menetapkan 3 perkara dalam situasi ini.

Sekiranya seseorang itu mempunyai hasil yang disebutkan maka hendaklah harta tadi:

  1. Diserahkan kepada baitulmal untuk maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
  2. Diserahkan kepada golongan fakir miskin; atau
  3. Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada baitulmal.

Keuntungan Dari Saham Yang Berubah Menjadi Tidak Patuh Shariah

Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti pula menambah ketetapan berikut iaitu berkenaan dengan status pelaburan saham yang pada mulanya berstatus patuh Shariah dan kemudian berubah menjadi tidak patuh Shariah.

Contohnya:

Pada tahun 2005, kita beli saham syarikat yang patuh Shariah dengan harga RM 1.00, dan pada 26 Mei 2011 harganya sudah jadi RM 2.37 dan pada 27 Mei 2011, Suruhanjaya Sekuriti isytihar status syarikat tersebut sudah jadi tidak patuh Shariah.

Pada 9 Jun 2011, kita baru perasan statusnya halalnya sudah berubah dan harga naik pula menjadi RM 2.50. Maka, kita perlu jual segera dan pendapatan yang halal dan wajib zakat ke atas kita adalah cuma sehingga nilai RM 2.37.

Untung 13 sen itu tidak boleh diambil tetapi perlu dibersihkan (cleansing) sama ada dengan cara (1) atau (2).

Pergi umrah / haji dengan hasil haram sebab nak tunjuk hasil pendapatan itu halal ? Na’uzubillah, sila semak nasihat-nasihat ulama apakah buat kerja ibadah dengan duit haram ini diterima atau tidak.

Selaku orang Islam yang beriman, kita kena segera berhenti dari mengambil hasil haram, bertaubat untuk tidak mengulanginya lagi dan serahkan duit tersebut kepada badan kebajikan / baitulmal.

About the author: Tidak ada masa urus pelaburan sendiri? Jika ya, sila klik sini — Konsultansi Pelaburan

11 comments… add one
  • drinspirasi Jun 13, 2011

    thanks pakdi for the info..mencari yang halal itu wajib 🙂

  • drinspirasi Jun 13, 2011

    link yang diberikan menarik..baru perasaan sebenarnya Berjaya Food kaunter halal

  • klegacy Jul 5, 2011

    Finally kaunter Proton dah comply. Still remember, years ago pakdi komplen camane proton tak shariah-compliant. 🙂

  • Adi Jul 26, 2011

    Qardawi memberi pendapat berlainan, bahawa pendapatan tak halal lagi perlu dizakat. Detail dibawah.
    “The fact that interest is prohibited is no reason for exempting these bonds from zakah, because a person who commits what is prohibited must not be given any privilege.” Fiqh Zakat (English Pg. 271), baca di: http://monzer.kahf.com/books/english/fiqhalzakah_vol1.pdf

    Saya juga pernah dengar gurauan dari seorang tokoh agama (identiti dirahsiakan) bahawa lembaga zakat selangor walaupun kata ASB/ASN haram tapi tetap terima juga zakat PNB (pelaburan bercampur)..ada kebenaran juga gurauan sinis ini..

    Mungkin, kalau tak terima ia boleh dizakat pon, WAJIB tazkiyah (BERSIH) kan duit tu dengan bagi ke Baitulmal/Charitable body..

    • pakdi Jul 26, 2011

      Ya, kita di Malaysia ada kaedah yang berbeza, bahagian tidak halal itu tidak dizakat, tetapi dibuat pembersihan (cleanse) seperti yang ditulis di atas.

      Kita untung RM 2. Bahagian halal RM 1, haram RM 1. Zakat dikira atas RM 1 sahaja dan yang RM 1 yang haram itu pula SEMUA disalurkan kepada kebajikan.

  • Saharizam Jan 16, 2012

    bagaimana dgn sumber pendapatan yg sepatutnya halal tetapi meragukan, spt dapat gaji penuh 100% tapi kerja tak 100%. Curi masa dsb..

    • Pakdi Jan 16, 2012

      Perbanyakkan sedekah dari masa ke masa.

  • azwan sakri May 12, 2014

    bole pakdi sharekan link atau terangkan dengan lebih lanjut mengenai cleansing pendapatan yg diragukan halalnya? tq

Leave a Comment